Friday, July 27, 2012

Cerita SUKMA 2012 Lagi

Ini adalah post tertunda.

Sepanjang SUKMA 2012 berlangsung di Kuantan, kami mengambil peluang utk menyaksikan beberapa acara sukan. Ada yang kami pergi masa hujung minggu dan ada juga sekali kami pergi masa weekday tapi lepas waktu kerja le....

Sabtu, 7 Julai

Ismael, Ielyas n papanya gi tengok Equestrian. Anak-anak siap tak mandi lagi hasben bawa gi. Aku kena kerja on that day. Sbenarnya hasben tertinggal credit card di satu supermarket di Tanjung Lumpur. Jadi dia angkut anak-anak yang blom mandi utk collect smula credit card yang tertinggal tu supaya dapat ambik awal masa supermarket baru buka, takut ada orang yang sampai hati nak swipe. Lepas ambik credit card, kebetulan on the way nak balik tu ada atlet-atlet equestrian tengah training, bukan acaranya lagi. So, depa tengok le 3 beranak.

Ahad, 8 Julai
Mula-mula kami tengok acara renang, waktu petang di Bandar Indera Mahkota. Apa yang aku perasan, sukarelawan yang dok angkut bakul barang-barang perenang tu smua jalan ada tatacaranya. Masa letak bakul tu pon smua sukarelawan letak serentak. Pastu undur ke belakang pon serentak lepas letak bakul. Mesti kena training dulu sebelum tu. Smua sukarelawan SUKMA 2012 dibayar elaun RM 50 sehari. Maklumat ni aku tau masa aku terbaca iklan yang mencari sukarelawan SUKMA.

Tengah tunggu acara renang bermula


Salah satu acara dengan para perenang telah bersedia. Sukarelawan berbaju biru dan hijau tunggu berbaris elok saja untuk tugas seterusnya


Yang nampak bumbung ada banyak palang putih tu adalah kompleks renangnya. Lepas tengok acara renang sempat gi gerai jualan sempena SUKMA bersebelahan dengan kompleks renang. Tu yang ada dua beg plastik kaler merah berpolkedot. Beli 3 helai t-shirt. Sempat lagi bershopping. Hehehe....

Pastu kami tengok acara hoki pulak. Tapi gi kejap je sebab dah nak masuk waktu Maghrib dan kami pulak ada agenda nak beli periuk nasi utk dibawa ke UK selepas tu. Tapi last-last tak jadi beli sebab masa nak redeem voucher Parkson utk beli periuk nasi tu tetiba Ielyas termuntah sakan kat depan redemption counter. Kami terus balik dan agenda membeli cancelled. Eh, terkeluar tajuk pulak :) Ni sebabnya masa trial SPM dulu dapat 6 utk subjek bahasa melayu. Huhuhu.....Dan yang kami rasa pelik, kenapa la buat game masa tengah maghrib. Kata negara Islam, pemainnya pon majoriti Islam. Kita yang menganjur, lagi le sepatutnya mudah nak arrange masa yang sesuai. Ish...ish...ish...

Perlawanan hoki tengah berlangsung

Rabu, 11 Julai
Lepas waktu kerja kami cepat-cepat gi tengok acara Equestrian. Selama ni aku hanya pernah tengok kat tv je. Tapi kali ni dapat tengok yang real punya. Kalau tengok kat tv aku tak berapa minat. Tapi serius best dapat tengok yang real punya.

Ismael kusyuk memerhati kuda melompat palang


Lori stemroll (ntah camne eja aku pon x tau) masuk meratakan gelanggang equestrian sebelum round seterusnya


Ielyas posing dengan senyuman menawan sementara menunggu acara equestrian seterusnya

Setelah selesai acara equestrian hari tu para sukarelawan cepat-cepat dissembled dan simpan palang-palang untuk kuda melompat. Maybe depa buat cepat-cepat sebab dah masuk waktu maghrib.

Masa acara tengah berlangsung ada sekor kuda atlet dari satu negeri ni tetiba kena tarik diri sebab kuda tu mengamuk, depan semua penonton. Masa tu atlet tu dan kudanya tengah bersedia utk masuk ke gelanggang tapi lepas tu terus tarik diri.

Ahad, 15 Julai
Dalam banyak-banyak acara yang kami tengok rasanya Ismael nampak paling interested dengan gimrama. Tak sesuai utk diminati sebab atlet pakai baju sendat dan tak cukup kain. Huhuhu.....But I think it is not because of that Ismael minat gimrama. Kalau tak mesti dia suka tengok jugak acara renang. Dia punya suka dan kusyuk tengok gimrama sampai dia tak pulak sibuk nak ke sana ke mari macam acara sukan lain yang kami tengok. Dan bila balik rumah dia sibuk baling-baling barang kengkonon macam acara gimrama yang guna belantan atau riben tu. Hahaha...Ismael berangan!

Gimrama acara belantan


Gimrama acara riben

Rupanya riben yang diguna untuk gimrama tu ada bekas khas untuk simpan riben tu. Bukan main letak atau gulung gitu aje. Pastu kami nampak kebanyakan jurulatih adalah mat salleh, dari Russia agaknya sbb Russian yang terror2 bab gimrama kat internatinal level. Bukan tu saja, siap ada tukang urut untuk atlet gimrama. Most atlet untuk acara yang kami tengok pada hari tu adalah budak2 dan macam mostly below 13 years old.

Lepas tu kami gi plak ke gelanggang lawnball tak jauh dari tempat acara gimrama berlangsung. Tapi oleh sebab cuaca sangat panas dan takde tempat yang sesuai utk kami menonton, kami pon terus balik.

Majlis penutup pada malam 16 Julai kami takleh gi. Kalau gi berpeluang menang kereta sbb ada lucky draw. Hahaha...macam boleh menang. Masa tu kami dah berada di KL sebab buat visa. InsyaAllah, next post aku akan berkongsi pasal buat visa ke UK.

No comments: