Keperluan yang aku akan bincangkan di sini adalah based on Adult students - Tier 4 (General) visa category dan juga Visa for dependents for this visa category. Jenuh jugaklah kami mengisi borang2 dan menyediakan semua perkara yang diperlukan. Banyak jugaklah persoalan kami yang terjawab melalui sumber2 dari bloggers dan website tertentu. Ada jugak soalan2 kami yang tak terjawab dan kami main redah je. So, kat cni aku nak berkongsi apa yang korang perlu buat dan bawa masa ke ofis utk buat Visa di KL tu.
EXPLANATION A: Bagi yang sambung belajar dengan ada sponsor perlu bawa:
- Borang VAF9 yang telah siap diisi secara online - setelah siap isi online, print out dan make sure turunkan tanda tangan. Ada satu item dalam isi borang ni, dia akan suruh kita buat selection kategori, kalau korang ditaja (KPT, JPA, MARA, etc.) pilih Tier 4 General Sponsored.
- Borang POINTS BASED SYSTEM APPENDIX 8, TIER 4 (GENERAL) STUDENT, SELF-ASSESSMENT yang telah siap diisi tangan - print out dan make sure turunkan tanda tangan. Borang ni kalau korang nak isi tanpa panduan memang tak faham apa yang nak kena tulis. Mujur kami dapat satu link yang provide panduan macam mana nak isi. Panduan untuk isi boleh rujuk di sini dan juga sini. Info from these two links complement each other.
- Two recent passport photographs - dalam UKBA website ada mention photo measurement is 45mm x 35mm. Kalau korang berada di kedai-kedai yang dah biasa buat (aku rasa kalau kita berada dibandar besar takde masalah kot nak cari kedai yang biasa buat) dia memang dah tahu measurement tu yang mana saiznya a bit smaller than gambar passport biasa. Pastu dalam UKBA website juga ada mention photo must be taken against a light grey or cream background. Tapi di Kuantan ni memang takde background kaler yang disebut tu. Hanya ada kaler putih dan boleh aje rupanya.
- ATAS certificate (bagi yang telah dimaklumkan dalam offer letter universiti perlu ada this certificate) - print out
- CAS statement (ini dapat daripada universiti) - print out
- IELTS Test Report Form
- Passport
- Degree certificate - bawa yang bahasa melayu dan yang translation kalau korang belajar kat Malaysia
- Master certificate - bawa yang bahasa melayu dan yang translation kalau korang belajar kat Malaysia
- Degree transcript
- Master transcript
- Financial affidavit from sponsor (kalau ada) - Kalau takde sponsor kena semak dari UKBA website apa yang diperlukan. Tidak dibincangkan di sini.
- Surat Visa (bagi yang ditaja oleh KPT)
- Offer letter from university
- Fotokopi item nombor 8-14 utk serahan
- Bank draft Alliance Bank bernilai RM1416 (ini kos buat visa masa kami) . Rujuk sini utk info lanjut cara bayaran. Kalau buat bank draft Alliance Bank cakap je nak buat bank draft untuk buat visa ke UK. Kita akan diberi borang yang sepatutnya diisi.
EXPLANATION B: Bagi setiap anak perlu bawa:
- Borang VAF10 yang telah siap diisi secara online - setelah siap isi online, print out dan make sure parent yang sambung belajar turunkan tanda tangan (kalau dua-dua sambung belajar macam kami, parent yang induk akan tanda tangan). Kira macam tanda tangan bagi pihak anak.
- Two recent passport photographs
- Passport
- Surat beranak anak (tak perlu diterjemah sebab surat beranak sekarang sudah dwibahasa)
- Fotokopi item nombor 4 utk serahan
- Bank draft by Alliance Bank bernilai RM1416 bagi setiap dependent
Anak tak perlu bawa kalau bawah 5 tahun. Kalau lima tahun dan ke atas kena bawa sebab nak kena ambik biometric information.
Bagi student yang bawa isteri atau suami yang tak sambung belajar senarai semaknya sama dengan EXPLANATION B cuma kena tambah dua lagi dokumen iaitu sijil nikah original dan translation (perlu ditranslate oleh orang/agensi yang bertauliah). Fotokopi juga kedua-dua dokumen ni. Cuma aku tak pasti siapa yang nak kena turunkan tanda tangan bagi borang VAF10 tu, spouse yang belajar atau isteri/suami sebagai dependent itu sendiri. Yang ni kena cek info lain.
Untuk makluman, item 6-14 di EXPLANATION A dan item 3-4 di EXPLANATION B adalah dokumen-dokumen original. Masa di pejabat buat Visa nanti kita kena serahkan semua item 6-14 di EXPLANATION A dan item 3-4 di EXPLANATION B dan UKBA akan hold these original documents sehingga pada satu masa yang dia perlukan, maybe around 1 to 2 weeks. So, janganlah korang terkejut pulak. Pastu nanti masa urusan visa tu officer bertugas di kaunter visa tu dia akan tanya sama ada kita nak dia courier those original documents including the visa atau kita nak datang ambik sendiri. Untuk courier kena bayar RM20 for each applicant. Kami pilih untuk courier jadi total RM80 utk 4 applicants.
Kat pejabat tu nanti korang akan perasan ada kaunter utk buat visa ke UK dan Australia. Jangan salah kaunter. Orang kat luar office yang in charge bagi nombor giliran tu maybe tersilap bagi nombor ke kaunter Australia. Nanti letih je korang menunggu macam ada satu couple yang aku nampak masa tu. Sian depa...Dah le bawa baby n maknya tu nampak baru lepas pantang je...
Takyahlah gabra! Bukan korang akan diintebiu pon. Huhuhu...Suasana orang berurusan kat situ lebih kurang macam suasana kat pejabat pos je. Kami ingatkan nak kena mengadap mat salleh yang nak tanya macam-macam. Rupa-rupanya officer yang dok di kaunter yang menguruskan kutipan segala macam dokumen dan borang tu orang2 Malaysia je. Pak guard kat luar pejabat tu pon mamat Bangla yang berpakaian ala2 polis British dengan topi cowboy dan boleh cakap melayu lagi. Before boleh masuk ke pejabat untuk berurusan guard tu dia mintak kami tinggalkan barang-barang (including handbag) yang tak berkenaan. Pastu dia scan kami guna scanner macam yang kat airport tu.
Kami terpaksa tunggu lama untuk selesai urusan. Kami masuk situ kol 11 pagi dan selesai kol 1 tengah hari. Maybe sebab musim ramai budak undergrad pon nak gi study ke UK bulan september ni. Masuk situ korang tidak dibenarkan menjawab any phone call or texting. Kalau tak nanti akan ada orang tegur korang.
Bagi student yang ditaja oleh KPT macam kami, surat financial affidavit dan surat visa yang kita dapat dari KPT adalah yang kita print out dari link yang dia bagi. So, memang takde pihak dari KPT yang akan initial surat tu. Officer di kaunter tu nanti berkemungkinan akan menasihatkan korang supaya mendapatkan financial affidavit/surat visa yang ada initial (dia kata itu baru dikira original copy). Tak payah le korang sibuk nak tepon orang KPT sebab depa "selalu sibuk". Kata je kat officer tu korang nak proceed sebab kami buat macam tu, boleh je dapat visanya. Officer tu hanyalah pihak yang mengurus mengumpulkan dokumen dan borang, bukan pembuat keputusan sama ada permohonan visa berjaya atau tak.
Oh, lagi satu, before masuk pejabat urusan visa tu sebaiknya pegilah toilet membuang apa yang patut terlebih dulu sebab kalau korang keluar balik dari pejabat visa tu untuk gi toilet, nanti kena ambik smula nombor giliran. So, lagi lama le nak kena tunggu.
Pastu kat situ agak sejuk. Bagi mereka2 yang badannya meyerap haba sejuk dengan cepat adalah dinasihatkan untuk pakai pakaian yang sesuai.
Bagi yang tak tau, visa tu sbenarnya akan diprint dalam kita punya passport. Sebelum ni aku membayangkan dia akan bagi satu buku macam passport tu.
Untuk makluman, kami buat visa pada 17/07/2012 dan courier visa dan documents (as requested) selamat kami terima pada 31/07/2012. So, makan masa 2 minggu camtu. Sepatutnya kami dapat paket courier earlier than that date tapi sebab ada salah faham daripada pihak di KL yang mengurus visa kami tu menyebabkan ada sedikit delay. Dia ingat kami akan collect, dia tersalah tengok rekod. Ada kawan aku yang fly awal bulan 7 lepas dia cakap urusan visa dia selesai dalam tempoh sminggu camtu. Tempoh tu aku rasa bergantung kepada sama ada masa kita apply tu ramai jugak tak orang lain yang apply sama.
Smoga panduan ni sedikit sebanyak dapat membantu bagi rakan-rakan yang nak ke UK atau anda yang google dan terjumpa post aku ni.