Oleh kerana target kerja programming aku hari ni tercapai, aku dengan agak rasa bersalah (sebab patutnya kerja kuat lagi) ajak hasben gi ke Broomhill. Hajat sbenar nak gi satu charity shop kat sana. Tak sangka plak pastu hasben ajak jalan ke Hillsbrough. Oleh kerana kami ada pass tram dan bas Stagecoach memang tak payah fikir le pasal kos pengangkutan nak ke sana. Sampai di pekan Hillsbrough baru aku perasan pekan dia memang ada suasana pekan mat salleh yang sebenar. Kalau belah-belah tempat tinggal kami di Darnall tak nampak macam pekan omputih sebab kedai-kedai kat Darnall mostly milik orang Pakistan. Selain tu kat Hillsbrough ada lebih banyak kedai charity shop, lebih dari apa yang aku jangkakan.
Bila dah sampai Hillsbrough hasben ajak singgah ke Dunelm Mill padahal aku tak terfikir langsung pon nak gi ke Dunelm Mill hari ni. Keinginan nak ke situ memang ada tapi tak tau pulak bila boleh pegi dengan dok sibuk nak hantar transfer report. Memang bestlah hasben aku ni sebab memahami impian, harapan dan minat aku. Huhuhu.... Kami tau pasal Dunelm Mill ni dari seorang rakan blogger yang posted a comment of my blog post titled Ter"shopping". Dia cadangkan aku try terjah Dunelm Mill. Memang best.....(Thank you Asma!). Kalaulah ada orang bawa kami ke situ masa kami mula-mula cari barang rumah utk memulakan kehidupan di UK memang best lah sebab banyak barang yang serupa n even many of them better than what we bought in terms of price, quality n appearance. Dunelm Mill ni lebih kurang macam Wilkinson (aku suka jugak tengok barang-barang kat sini) tapi dia lebih banyak jual barang-barang perhiasan dan perkakasan rumah. So, inilah hasil terjahan ke Dunelm Mill:
Lepas berbelanja agak sakan di Dunelm Mill kami pon decide utk balik semula ke office, sambung kerja balik le.... Dalam perjalanan nak ke tram stop ternampak Home Bargain. Hasben aku teringat landlord kami pernah sebut yang santan kat situ murah n kebetulan stok santan kat umah pon dah tak banyak. Jadi kami pon singgah plak situ. Haisshh....tak habis lagi nak keluar duit rupanya. Santannya murah jugak la. Dan kat bawah ni antara barang yang aku beli di Home Bargain selain dari barang keperluan yang lain.
Bila shopping mesti teringat kat anak-anak. Jadi beli bip ni kat Ismael n Ielyas sorang satu. 99 pence each. |
Dah berbulan-bulan aku ingat nak beli body scrub. Ni baru sempat nak pikir beli. Murah je, 89 pence. |
Bila kami survey harga barang-barang kat situ kami buat kesimpulan yang kami patut kurangkan beli barang di Tesco sebab banyak barang yang sama kami boleh beli lebih murah di Home Bargain (macam syampu, shower gel, pembersih tandas dll). Kesimpulan bersama adalah, beli sayur dan buah di Lidl atau Aldi sebagai langkah penjimatan yang menguntungkan.
4 comments:
Cantik bedspread tu, saya pon ada tapi beli brand new kat eBay. Msia pon dah banyak jual mcm2 pilihan ada. Pyrex tu mmg berbaloi beli, senang nak simpan leftover food sbb ada cover skali. Biasanya beli kat Morrison time sale, harga dapat kadang2 half price dr kedai lain. Jimat disitu maklumlah kalo dah Nama student tu, budget pon tightkan, mana yg boleh jimat, kita jimat ;)
bestnya shopping! :)
betul lyn banyak belanja di home bargain/lidl/aldi/ untuk barangan dapur lebih jimat lagi.... klu tak ada baru pi asda/tesco
kami pun jarang pi shopping di dua tempat tersebut kerana mahai!!!!
Asma > Sy baru prasan bekas Pyrex tu ada mcm2 jenis. Kena kumpul ni..... :)
Nora > Saat shopping memang best. Bila dapat barang yg kita suka lagi best. Tapi SUPER BEST kalau kerja PhD menjadi. Huhuhu.....
Anonymous > Kami suami isteri sepakat utk lebih berjimat-cermat dgn berbelanja di home bargain/lidl/aldi :)
Post a Comment