Hari ni mak dan abah hantar gambar persiapan untuk kenduri sambut menantu this coming 6 December. Actually kenduri kawin adik aku, Idan. Idan dan Anis telah selamat diijab kabul 30 Julai lepas tapi kenduri sebelah kami buat lambat skit. Jauh di sudut hati rasa sedih sebab tak dapat berada di Malaysia meraikan hari bahgia adik aku dan tolong mak dan abah masa kenduri. Kami kat sini hanya mampu berdoa semuanya berjalan lancar dan meriah tanpa sebarang masalah.
Gotong-royong packing goody bags untuk tetamu kenduri nanti. Alhamdulillah ramai sedara yang datang tolong mak ngan abah siang tadi. Yang pakai baju t-shirt kuning tu adik bongsu aku, Safuan. |
Ini adalah kenduri kawin kali ke-2 mak dan abah buat selama kami berada di UK. Kiranya aku tak pernah jumpa lagi dua adik ipar baru: isteri Alang dan isteri Idan. Telan air liur je la aku bila abah bagitau lauk-pauk untuk kenduri. Kabarnya adik aku yang bongsu pon dah ada calon menanti. Harap-harap dapatlah kami merasa nasi minyak kenduri kawin terakhir untuk adik aku yang bongsu nanti.
No comments:
Post a Comment