Monday, July 20, 2009

Bercuti di Kuching Sarawak

Bukan aku tak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak. Pernah. Dok sana 2 tahun lagi, specifically Sibu Sarawak. Cuma itu suatu masa dulu. Lama dah…masa tu aku darjah satu sampai darjah dua. Bercuti di Sarawak mengingatkan aku perjalanan kami balik ke Semenanjung dr Sibu ke Kuching, Kuching Ke KL, dan akhirnya KL ke Parit Buntar. Sangatlah panjang perjalanan kami. Perjalanan Sibu-Kuching guna jalan darat masa tu sangatlah mencabar. Bukan calang-calang jauh. Dahlah jauh, most of the time kami terpaksa melalui jalan batu-batu putih, bukan jalan tar. Debu jangan cakap le. Abah aku siap bawak kereta slow sebab debu macam jerebu tahap kronik. Mana ada R&R. RR kami masa tu kat tepi anak sungai berdekatan ngan umah orang peribumi Sarawak. Tapi itu citer dulu. Skang Sarawak dah jauh berubah.

25 Jun 2009 - Khamis
Sebenarnya before kami bertolak ke Kuching kami transit kat umah adik aku kat KL. Kebetulan adik aku dan suaminya tak niaga malam kami sampai, depa bawak le kami gi jalan-jalan ke Haus Depot (geng Ikea) dan pasar tengah malam Downtown Cheras. Sebelum sampai Kuching kami dah beli-belah dah…

26 Jun 2009 – Jumaat
Kami mulakan perjalanan KLIA-Kuching. Untuk kesekian kalinya aku merasa lagi naik kapal terbang. Bersama dengan husband le…siapa lagi. Kali ni pergi dan balik kami naik Air Asia, merentasi Laut China Selatan. Kami siap tempah makanan. Sedap makanan atas flight Air Asia. Aku makan hot dog masa pergi Kuching dan masa balik aku pilih nasi lemak. Masa balik siap beli souvenir atas flight lagi buat kenangan tanda first time dalam hayat aku, aku naik Air Asia. Sampai di Airport Kuching kami dijemput oleh kakak ipar aku dan kawan sekerja dia. Selama kami berada di Kuching, penginapan was totally free coz tumpang umah ipar aku. Malamnya, kami dibawa oleh biras aku dinner kat satu food court dalam supermarket. Kami diperkenalkan dengan nasi ayam penyet versi Sarawak. Bukan saja sedap malah presentationnya pun menarik.

27 Jun 2009 – Sabtu
Pada sebelah pagi kami dibawa oleh biras aku tengok-tengok bandar Kuching supaya hari Isnin nanti kami boleh gi jalan-jalan sendiri.Sambil tu kami dibawa singgah ke beberapa tempat tumpuan pelancong di Kuching.


First destination adalah tempat orang buat pasu Sarawak. Kami belilah satu pasu yang boleh buat tempat letak payung atau gubah bunga.

Then, kami ke kedai buat kek lapis Sarawak – Di Wannie, antara yang paling famous kat Kuching. Kek lapis yang jual kat kedai ni harganya bukan calang-calang harga. Antara RM35 – RM45. Tapi memang sedap kalau compare ngan yang banyak dijual di tempat lain di Kuching. Huh…memang remeh nak buat kek lapis Sarawak yang sebenar. Bubuh satu layer then bakar 15 minit camtu. Pastu ulang proses sampai lapisan yang terakhir. Aku anggarkan kalau yang paling remeh boleh mencecah lebih 20 lapisan. Tapi hasilnya memang sedap. Ada macam-macam jenis. Boleh rasa-rasa, pilih, dan bayar. Mudah je prosesnya. Tapi pada hari ni kami rasa-rasa dan blah. Hehehe…. Hari lain baru nak beli.Pastu kami ke Pasar Satok. Pasar Satok ni beroperasi pada siang hari Sabtu dan Ahad saja.

Uii….macam-macam ada jual kat sini, tak macam pasar sehari atau pasar minggu biasa di Semenanjung. Ada jual sayur+buah (even yang takkan kita jumpa di Semenanjung pun ada), ikan, pokok bunga hiasan, kain baju, makanan, local crafts, sampailah ke binatang peliharaan pon ada siap dengan aksesorinya.



Lepas penat pusing-pusing kat Pasar Satok, kami lunch di satu restoran nama dia Hot Mama CafĂ©. Restoran ni menyediakan makanan Indonesia dengan suasana Indonesia jugak. Sekali lagi aku makan Nasi Ayam Penyet. Walau kali ni rasanya lain skit tapi tetap sedap. Specialnya restoran ni kalau kita order air minuman tertentu, dia letakkan dalam balang kaca. Kira macam air gelas besar le…Tengok saja di gambar macam mana rupanya.




28 Jun 2009 – Ahad

Di Sarawak, pukul 6 pagi dah macam kol 7 pagi kat Semenanjung. Lepas Subuh, kami dah bersiap untuk ke Serikin. Kat sini adalah tempat tumpuan pelancong Malaysia. Pelancong luar nampak tak ramai kat sini. Aku rasa depa lebih interested nak melawat tempat-tempat yang bersifat cultural. Tempatnya dikatakan berhampiran dengan sempadan Sarawak-Indonesia. Peniaganya pun bertutur dalam loghat Indonesia. Kat sini suami aku memborong sakan mengalahkan aku. Hehehe….Aku cuma beli telekung 2 pasang + baju tidur. Telekung kat sini murah-murah dan cantik-cantik.Petangnya kami dibawa berkelah di tepi pantai berhampiran Gunung Santubong.


29 Jun 2009– Isnin
Hari ni aku n husband buat aktiviti sendiri. Biras aku sudi meminjamkan kereta Wira biru kesayangan dia pada kami untuk kami explore sendiri bandaraya Kuching. Kami spent the whole day membeli souvenirs di deretan kedai souvenirs opposite Kuching Waterfront. Rasanya boleh bayangkan betapa banyaknya kedai souvenirs kat cni sebab dekat 4 jam kami kat cni. Itu pon kami tak masuk setiap satu. Kami beli macam-macam untuk family members dan kawan-kawan sepejabat. Di sepanjang deretan kedai ni juga ada orang jual kek lapis Sarawak tapi takle sesedap kek lapis Sarawak Di Wannie. Harganya pun jauh lebih murah – RM10 saja satu. Tapi kalau pilih betul-betul ada juga yang sedap. Macam mana nak tahu sedap ke tak. Rasa aje sample yang dia bagi kita untuk rasa. Boleh le tahu yang mana sedap dan yang mana tak ikut tekak masing-masing. Satu perkara yang sukar bila kita berada di kawasan kedai souvenirs ni adalah nak cari kedai untuk lunch. Kalau ada pon macam was-was je halal ke tak sebab tak sure yang niaga tu orang Islam ke tak. Muka dah Melayu tapi musykil plak agamanya sebab pakai seluar pendek. Tambahan plak ipar aku ada berpesan kalau nak makan kena hati-hati takut tak halal. So, kena le kami pergi ke tempat lain untuk isi perut yang dah mendendangkan lagu Titanic.


30 Jun 2009 – Selasa
Hari ni pun kami buat aktiviti sendiri. Sebelah pagi kami spent melawat muzium-muzium. Mula-mula kami gi Muzium Kucing. Muzium Kucing ni mempamerkan semua perkara yang ada kaitan ngan kucing termasuk bandar “Kuching”.Pastu kami ke Muzium Negeri. Kat sini ada pamer perkara-perkara mengenai warisan, budaya, sejarah, suku kaum di Sarawak. Salah satu bahan pameran yang menarik perhatian aku adalah rangka buaya yang pernah membaham orang dengan jam orang yang dibaham. Menurut fakta, masa jam tu terhenti adalah masa di mana orang tu dibaham.


Pada sebelah petang kami ke Kampung Budaya Sarawak. Aku rasa kalau kita dah datang ke Kuching dari jauh tapi tak gi Kampung Budaya ni tak sah.

Tiket masuk memang le sangat mahal – RM60 bagi sorang dewasa. Berbaloi atau tak bergantung kepada persepsi kita. Kalau kita memang jenis yang suka nak mempelajari/mengetahui budaya orang lain aku rasa memang berbaloi. Kat cni ada model-model rumah suku kaum utama di Sarawak. Kalau nak pergi yang real blom tentu dapat gi sebab bukan calang-calang jauh. Kosnya pon mesti tinggi. Pastu kalau kita dapat pergi tengok yang real pun blom tentu dapat tengok untuk suku kaum yang berbeza.



Kat kampung budaya ni semua suku kaum utama di Sarawak dibina satu model rumah mengikut warisan masing-masing. Ada rumah kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Melayu Sarawak dan Cina Sarawak. Baru le aku tahu perbezaan rumah-rumah depa ni. Perbezaan ni dapat kita perhatikan dari segi
- lokasi(lereng bukit/tengah hutan/tepi sungai)
- ketinggian (suku kaum tertentu tiang rumahnya tinggi-tinggi)
- rekabentuk

Kesimpulannya semua adalah rumah panjang kecuali rumah kaum Penan, Melayu Sarawak, dan Cina Sarawak. Cuba imagine, model rumah panjang yang dibina kat kampong budaya ni overall dikatakan hanya 4 bahagian sahaja yang mana ada 4 pintu. Kalau rumah panjang yang betol sbenarnya amatlah panjang up to 50 pintu! 4 pintu aku estimate lebih kurang 20 meter. Dah kalau 50 pintu = 250 meter! Sangatlah panjang….sesuai dengan nama dia rumah panjang. Di setiap rumah akan ada orang yang menunggu visitors untuk bagi keterangan dan menjawab macam-macam persoalan berkaitan ngan rumah yang depa jaga dan budaya kaum rumah berkenaan. Ada jugak rumah yang kita gi ni akan ada short performance cam tarian dan nyanyian. Kebetulan timing kami datang tu memang kena. Kami mulakan lawatan kol 2 petang habiskan jelajah ke semua model rumah till 3.45 pm, pastu lunch (kali ni kami bawa bekal nasi lemak sebab experience hari sebelumnya susah nak cari tempat makan halal) di pondok rehat dalam kawasan kampung budaya, and finally at 4pm kami gi tengok persembahan kebudayaan. I can say that I enjoyed with the performance. Sebabnya through the performance aku dah boleh membezakan suku kaum utama di Sarawak base on their costume and dance.


Habis saja persembahan kebudayaan ni kampong budaya ni akan ditutup. So, kalau datang tak timing betol-betol memang rugi le bayar RM60.

1 Julai 2009 – Rabu
Dah nak balik dah….Flight kami petang kol 3.05 pm. Sebelum balik kami dibawa oleh biras aku sekali lagi ke kedai kek Di Wannie. Sbenarnya 3 kek lapis yang aku beli kat kedai ni special untuk mak aku. Mak aku kata untuk raya posa nanti. Wow….awalnya kuih raya mak aku dah sedia. Ntah-ntah tak sempat tunggu raya pe mak...Kali ni kami rasa-rasa, pilih, bayar dan blah. Hehehe… Pastu kami dibawa pusing-pusing kat pusat pentadbiran bandaraya Kuching. Next destination adalah kedai kek lapis Sarawak Dayang Salhah. Yang ni pon salah satu brand kek lapis yang famous kat Kuching. Kami beli jugak 3 jenis. Destinasi terakhir lunch di Restoren Di Wannie. Kali ni kami cuba laksa Sarawak. Bolehlah tahan sedap… (bukan selera aku kot…).

Bye…bye…Kuching!


Apa yang unik di Kuching?

(1) Masjid/surau yang kami kunjung untuk sembahyang tidak ada pembahagi macam masjid/surau biasa. So, mungkin kita akan rasa kurang selesa sebelum, semasa dan selepas sembahyang.

(2) Di Kuching ada banyak bulatan. Yang uniknya, nama bagi setiap bulatan sangatlah panjang.


(3) Bas awam kat sini macam zaman 70-an, tak nampak langsung bas moden macam kat Semenanjung.

Tuesday, June 23, 2009

Olimpiad Matematik Kebangsaan 2009

20 Jun 2009 aku dan kawan-kawan mengendalikan Olimpiad Matematik Kebangsaan 2009 (OMK09). Universiti kami dipilih buat kali pertamanya sebagai salah sebuah pusat pertandingan di negeri Pahang. Secara khususnya pengendalian dibuat oleh fakulti kami bernaung dan lebih khusus lagi mostly dikendalikan oleh orang-orang Matematik.

Sejak 2 minggu sebelum OMK09 aku dah sibuk menguruskan macam-macam perkara. Ini adalah first event besar aku jd leader selama bekerja di universiti ni. Walau letih dan banyak kerja tertangguh aku tetap rasa bertuah diberikan peluang untuk menimba pengalaman.

Salah satu kenangan yang nak aku abadikan di sini adalah design banner OMK09 yang juga merupakan add keluar di laman web universiti. Hati aku berbunga-bunga bila first time tengok design banner ni. Malah selepas OMK09 pun aku masih happy tengok bannernya di pintu masuk universiti. I think that design is so cute. Tapi so sorry since aku edit skit design ni kat cni. Aku hilangkan beberapa perkara for privacy. Tak paham? Takpelah, takyah paham. So apa yang korang boleh tengok ni hanya sebahagian dr design tu.


Malangnya pagi tadi masa lalu di pintu masuk universiti aku tengok banner OMK09 dah jatuh separuh ditiup angin. Maybe sbb hujan lebat lewat petang semalam. Lagi sedih masa balik kerja aku tengok dah takde dah di situ bagi memberi laluan kepada banner lain. Waa..... :(

Kawan-kawan aku banyak membantu aku sebelum dan semasa pertandingan. Thanx guys...luv u all. Hope to get your commitment again in future time, kalau ada peluang lagi la... Tak lupa juga penghargaan suamiku tercinta yang turut sama membantu. Terima kasih abang sebab sudi membantu saya walaupun tengah sibuk buat master thesis correction. Even after OMK09 suami aku masih sudi membantu dan meneman aku ke pejabat pos bagi menguruskan pos kertas jawapan peserta. Tanpa abang siapalah saya nak mengangkat kertas soalan/jawapan yang berat gajah tu. Hehehe...

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang & Kursus SPSS

Pada 9/6/2009 mencatat sejarah baru dalam hidup aku bila aku buat kali pertama dapat naik kapal terbang. Aku dapat naik flight tu sbb pergi kursus SPSS anjuran UniMEP di Anjung UniMEP, Kuala Lumpur.

Masa kena scan nak masuk departure hall, aku dengan excitednya mendepang tangan. Tiba-tiba akak yang tunggu untuk cek tu bgtau takyah cek sbb scan tak bunyi. Lor...baru aku tau rupanya kalau bunyi baru kena cek. Manalah aku tau. Poyo je muka aku mendepang tangan ala-ala Titanic.

Mungkin bagi orang lain, naik flight bukanlah sesuatu yang best sangat. Tapi aku memang teruja masa mula-mula menjejakkan kaki aku ke atas flight. Ye la....first time kan....Ada la jugak terselit rasa takut, tambahan plak masa tu baru je kuar berita kapal terbang terhempas dalam perjalanan ke Paris dari Rio De Jenerio . Oleh sbb tu, masa pramugara buat demo keselamatan, aku beria menjengah-jengah apa yang didemokan. Kena jengah sebab kerusi tempat duduk kat depan tinggi. Aku sempat kerling penumpang lain, mostly buat x peduli je. Macam pramugara-pramugara tengah buat demo tu x wujud pon. Rasanya depa dah biasa naik flight dan slalu tengok demo tu. Aku rasa pramugara tu pun terperasan yang aku bersungguh nak tengok demo dia. He...he...he...

Aku gi kursus ngan kawan-kawan aku yang jugak kawan-kawan fakulti. Kawan-kawan aku sungguh sporting sbb bagi peluang kat aku dok tepi tingkap pergi dan balik. Jadi dapatlah aku tengok keajaiban alam ciptaan Allah. It was really amazing being on top of the clouds. Malah aku dapat tengok pemandangan bawah macam simbol-simbol dalam buku Geografi. Subhanallah, cantik sangat.

Aku pernah sebut pada husband aku yang aku akan pastikan pengalaman pertama naik flight adalah kerana sesuatu yang significant. Alhamdulillah, itu berlaku sebab banyak ilmu yang aku dapat di kursus tu. Tak sia-sia. Banyak perkara yang selama ni aku tak berapa faham dalam Statistik, terjawab di kursus ni. Tp aku rs mesti ada attenders kursus ni yg bukan kawan-kawan aku tensen ngan aku n kawan aku Fairyiza sbb kami ni banyak betul soalan. Soalan-soalan aku sumenya memang benda-benda yang aku dah set dalam kepala aku sblm datang kursus tu adalah yang aku mesti dapat tahu. Kebetulan aku pernah ajar subjek yang menggunakan knowledge yang digunakan di kursus tu, itu yang jadi aku seronok bertanya sbb aku tau apa yang aku tanya. Perhaps, they got tensen since they didn’t know what to ask. Hehehehe… So, aku dapat pengajaran, sblm pergi kursus-kursus seumpama ni kena bersedia basic knowledge di sebaliknya baru le seronok belajar.

Kalu dah kursus kat tengah-tengah Bandar KL, dekat plak ngan Sogo, apa lagi... Kebetulan plak sale, itu yang buat lagi best tu. Malam kedua di KL kami gi Sogo. Malam kedua kami ke Jalan Masjid India, borong kain dan tudung. Dapat le aku beli sepasang kain baju kurung corak batik + tudung untuk raya puasa nanti.

Monday, June 1, 2009

A Visit to Melaka

Exciting! Percutian aku bersama suami tercinta di Melaka memang best dan berbaloi. Dengan pakej bernilai RM208 seorang, kami dapat menginap di A Famosa Resort untuk 3 hari 2 malam, melawat A Famosa Animal World Safari, masuk ke A Famosa Water World, dan A Famosa Cowboy Town. Bila dicongak kembali memang berbaloi sebab kos lawatan di sekitar taman tema A Famosa sahaja tanpa penginapan bagi seorang ialah RM136.

Antara ketiga-tiga taman tema, kami paling enjoy ke Animal World Safari. My first impression, safari ni adalah sama saja dengan zoo yang lain kat Malaysia ni. Rupanya tak. Safari ni memang safari sebab binatang memang dok kat luar dan orang kat dalam kandang. Maksud kandang di sini jip ala bas pelancong yang boleh muat dalam 15-20 orang. Cuma bilangan jenis binatang kat safari ni tak sebanyak yang kita boleh tengok kat zoo Negara/Melaka/Taiping. Tp pada aku, dia offer pengalaman berbeza.

Pastu siap ada pertunjukan gajah ala sarkas yang kita selalu tengok kat tv, tapi yang ni lg best ler sbb real beb! Gajah-gajah ni dilatih oleh orang-orang Thai. Kami tengok gajah main bola dengan siap ada gajah sebagai gol keeper, gajah menari ikut lagu hindustan, gajah main basketball, gajah melukis, aksi gajah senyum nampak gigi dan macam-macam lagi. Bukan tu aje, lepas abis show, boleh bergambar dengan gajah macam-macam pose dan beli lukisan oleh gajah tapi dengan bayaran RM10. Pengunjung boleh juga cuba bagi makan gajah sambil snap photo tapi kena bayar RM4 untuk 5 kerat tebu bagi makan gajah. Yang menariknya, selepas habis bagi makan gajah ni, dia akan silang kaki sambil henjut-henjut kepala sebagai tanda terima kasih. They are so cute!

Then, kami juga berpeluang tengok variety animal show. Ada persembahan melibatkan tikus, memerang, kucing, anjing, orang utan naik basikal dan main golf, beruang dan beberapa lagi jenis binatang lain yang aku dah tak ingat lg dan ada juga yang aku tak tahu binatang apa. Semuanya menghiburkan dan yang menariknya semua persembahan bukan di dalam kandang dan kita boleh terlibat dengan persembahan kalau mau.

Ada lagi....kami pergi pulak ke animal bird show. Yang ni serius impressive! Aku ngan suami memang ketawa sakan dengar 2 burung kakak tua menyanyi lagu hepi birthday. Bukan tu saja, burung kakak tua ni boleh meniru bunyi kucing, bunyi anak anjing, bunyi ayam betina, tanya apa kabar dalam English, bahasa melayu, dan bahasa cina. Burung kakak tua ni jugak boleh memberi jawapan bagi hasil tambah 2 nombor antara 1 hingga 60. Selain tu ada persembahan burung merpati, helang, flamingo, enggang, termasuk jugak ayam dan itik. Ayam itik kan keluarga burung. So, termasuklah dalam show tu.

Selain lawatan dan shows tu, pengunjung berpeluang merasai animal rides macam unta, gajah (gajah yang buat persembahan tadi) dan kuda.

Masa kita mula-mula masuk dan keluar kat safari ni akan ada beberapa pekerja kat situ yang akan offer kita bergambar ngan binatang macam gajah, unta, harimau, orang utan, dan burung kakak tua. Jangan takut...percuma aje tapi kalau nak gambar tu kena beli ngan harga tertentu. Harganya quite expensive tapi kalau rs nak buat kenangan boleh le beli.
Dalam safari ni juga ada monkey island, chicken farm dan macam2 lagi. Selain tu ada beberapa souvenir shop bagi yang nak bawa balik ole-ole untuk diri sendiri, orang tersayang atau kawan-kawan. Selain tu ada persembahan lain yang kami x berkesempatan nak tengok sebab nak rush ke water world plak.

Water world ni serupa je ngan water world yang lain cam The Lost World of Tambun (Ipoh) dan The Carnival (Sungai Petani). Aku tak compare ngan Sunway Lagoon sebab aku tak pernah gi situ. Masa kami gi tu weekdays, jadi tak le ramai orang. Apa lagi...kami turun naik macam-macam jenis water slides sampai esoknya kaki aku rs lenguh yang amat sangat. Lepas dua hari baru hilang rasa lenguh tu beb...

Hari terakhir kat Melaka kami gi ke bandar Melaka. Kalau sesapa yang tak tengok sendiri dan tak menghayati sejarah Melaka, mesti heran atau tertanya-tanya apa yang membuatkan Melaka terpilih sebagai World Heritage City by UNESCO. Bila kami suami isteri melawat Melaka, kami telah sedar kenapa. Salah satu buktinya adalah Kampung Morten yang cukup terserlah sebagai perkampungan Melayu Melaka. Selama ni aku tak pernah tau wujudnya perkampungan ni. Kami tau ni menerusi Melaka river cruise. Sebelum melalui Kampung Morten, kita akan lalu dulu di satu kawasan bangunan-bangunan lama yang pemandangannya ala-ala berada di bangunan-bangunan lama di Itali. Serius cantik...Kami juga mengambil peluang naik beca yang sarat dengan artificial flowers mengelilingi bandar Melaka. Terasa macam berada di zaman P Ramlee :) Kami melalui Jln Hang Jebat (atau lebih dikenali sebagai Jonker Street) yang famous di kalangan peminat barang antik, melawat makam Hang Jebat, melawat makam Hang Kasturi dan singgah ke kota A Famosa.

Oh ye, terlupa saya satu menda. Sebenarnya sebelum kami check in ke hotel, kami melawat Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN. Tapi hasilya menghampakan sebab kami rasa pihak yang berkenaan don't really preserve the place terutamanya bahagian rumah-rumah ASEAN. Sana sini rosak, dan ada yang tak boleh masuk pun. Cuma aku teruja dengan ciri-ciri rumah Sabah dan rumah panjang Sarawak yang sangat unik sbb tiang dibuat daripada batang pokok yang memang nampak macam batang pokok dan berlantai buluh. Malah, tangga rumah panjang Sarawak diperbuat daripada batang pokok yang juga masih nampak macam batang pokok. Ada satu menda yang buat aku tersentuh bila masuk ke salah sebuah rumah melayu kat taman ni - para pinggan style lama. Aku sempat merasa menggunakan jenis para pinggan ni masa kecik-kecik dulu kat kedua-dua rumah grandparents aku. Lepas basuh pinggan, tak payah buat dua kali kerja. Mengering dan menyimpan dua-dua kat para pinggan ni. Oleh sebab dulu aku kecik, bila tak sampai nak amik pinggan, aku akan panjat para pinggan tu. Kalu budak-budak arini panjat para pinggan mak di zaman moden ni, sah-sah kena bebel atau silap-silap haribulan kena pelempang free sebab para pinggan yang mak beli kat kedai perabot Ah Chong dah reban. Para pinggan dulu tak macam para pinggan rumah melayu lama - tahan lasak, boleh dipanjat oleh dua tiga orang pon takpe. Mak dan ayah kita pon boleh panjat. Hu...hu...hu...

Masa naik beca, pakcik yang bawak beca tu jugak merangkap tourist guide, terangkan itu dan ini. Kata dia kat Melaka ni ada 29 buah muzium! Banyak giler...aku pun tak sure sama ada fakta dia tu betol ke tidak. Tapi memang aku sendiri nampak ada macam-macam muzium. Salah satu muzium yang aku x pernah terfikir ada kat dunia ni tapi ada kat Melaka ialah Muzium Kecantikan. Kami sempat gi satu jenis je (Muzium Samudera) sebab kaki aku dah lenguh gara-gara beriya sangat mandi kat water worlld. Muzium Samudera saja ada 3 bangunan berbeza. Ada satu dua fakta je yang aku boleh ingat hasil lawatan ke muzium ni sebab kepala otak aku dok concentrate kat kaki yang lenguh macam kekurangan kalsium.

Hujung bulan ni aku dan suami akan ke Sarawak. Kalau boleh aku nak wat comparison rumah panjang Sarawak yang real dengan rumah panjang Sarawak di Taman Mini Malaysia.