Tuesday, August 24, 2010

Aksi Anak Mama

Post kali ni memaparkan aksi-aksi Ismael. Malangnya sukar benar nak dapat chance utk snap his photos while smiling. Layan jelah the following photos.


8 August 2010, Sunday, 10.41 am
Going to Clinic for the First Time

Ismael sedang menunggu untuk diambil darah bagi ujian jaundis. Nurse cucuk sikit kat tapak kaki. Fortunately tak nangis, cuma merengek skit je. Gambar ni diambil di Klinik Kesihatan Permatang Badak.


10 August 2010, Tuesday, 9.37 pm
Aksi Tido 1

Masa ni mama n Ismael dah berada di Perak. Mama Ismael berpantang di kampung. Papa dah balik ke Kuantan. Ismael susah nak tido jadi Mak Pah bedung Ismael dengan kain pelikat papanya supaya nyenyak tido.


14 August 2010, Friday, 12.11 pm
Aksi Tido 2

Macam tengah baca doa dalam tido :)


14 August 2010, Friday, 12.22 pm
Mengamuk sakan

Ini aksi Ismael mengamuk sakan. Rasanya sbb mama bagi susu lambat kot...


15 August 2010, Saturday, 10.23 am
Bising La!!!


Abah Wan buat kerja-kerja dhrilling. Ismael tengah tido n terjaga. Dia rasa bising kot jadi dia tekup telinga dia. Pandai anak mama...


17 August 2010, Friday, 5.09 pm

Aksi Tido 3

Ismael tido sambil peluk bantal kacangnya.


17 August 2010, Friday, 8.05 pm
Aksi Tido 4

Lagi photo Ismael tido sambil peluk bantal kacangnya.


22 August 2010, Sunday, 5.02 pm
Ismael n Papa

Papa was playing with Ismael. Cian anak mama sbb mama snap gambar dia dengan rambut serabai. Hu...hu...hu...

Papa was trying buang angin Ismael.

Monday, August 23, 2010

Pengalaman Bersalin

Selama ni aku terfikir macam mana sbenarnya sakit nak beranak. Akhirnya aku dapat lalui sendiri rs sakit tu. Memang sakit, tapi rasa sakit yang berakhir dengan nikmat bila kita dapat tengok anak kita selamat dilahirkan, lebih-lebih lagi anak sulong dan bagi kami suami isteri nikmat itu mungkin lebih lagi drpd orang lain sebab kami dah agak lama menanti menimang cahaya mata. Post kali ni aku nak kongsikan pengalam bersalin yang aku lalui.


2 Ogos 2010 (Isnin)

Aku dan suami pergi buat prenatal check up. Doc kata baby blom engage sepenuhnya. Aku agak risau sbb bila Dr kata mcm tu
maksudnya ada possibility induce. Doc suruh datang coming Saturday utk check up susulan sbb katanya air ketuban dah mula berkurang dan tali pusat pon dah menunjukkan kematangannya yang membawa maksud baby tak boleh dibiarkan lebih lama dalam kandungan. Kata Doc lagi aku kena bersedia utk di induce pada hari tersebut kalau labour tak berlaku sblm Sabtu. Fuh...berdebar juga aku masa tu sbb ada orang kata induce labour lebih sakit dari normal. Wallahualam. Doc sempat kata doa-doalah supaya bersalin before Sabtu.


3 Ogos 2010 (Selasa)


10.05 pagi - 5.33 petangAku masih pergi kerja macam biasa. Expected due date (EDD) patutnya hari ni. Bila orang tanya bila EDD aku menjawab sambil sengih-sengih.

9.00 malam
Aku dah mula rasa contraction tapi aku ingatkan false labour sbb contraction tak begitu konsisten. Untuk lupakan rasa sakit aku tido. Aku tido kat sofa di ruang tamu sbb rasa lebih selesa tido dalam keadaan duduk. Husband setia temankan aku tido di lantai ruang tamu.

11. 55 malam
Aku terjaga dari tido sbb tetiba rs contaction yg kuat. Aku tengok jam. Contraction konsisten datang setiap 10 minit. Pastu setiap 7 minit.


4 Ogos 2010 (Rabu)
1.00 pagi
Aku gerakkan husband. Bagitau contraction nampak konsisten. Husband ajak gi hospital. Aku kata nanti dulu sbb aku masih tak sure betul ke dah sampai masanya. Aku kemaskan baki barang-barang going to hospital.

1.15 pagi
Dah ada show (turun darah). So, aku dah yakin dah sampai masa ke hospital. Masa ni contraction datang setiap 5 minit. Aku cepat-cepat salin baju yang sesuai.

1.30 pagi
Bertolak ke Kuantan Medical Center (KMC).

2.00 pagi
Sampai di KMC. Terus masuk labour room dan midwife check bukaan. Bapak sakit! Fisrt attempt nak check bukaan tak berjaya sbb aku bagitau dekat midwife tu sakit. Rupanya ada cara pernafasan masa nak check bukaan. Kena buat relax. Baru le tak sakit. So, masa 2nd attempt baru boleh check bukaan. Unfortunately, midwife kata takde bukaan langsung. Allahuakbar. Terkejut aku sbb sakit contraction dah setiap 5 minit. Pastu aku tanya, boleh balik ke sbb melalui pembacaan secara purata bukaan akan buka 1 cm bagi setiap 1 jam. Maksudnya ada lebih kurang 10 jam baru boleh dapat bukaan penuh. Midwife kata nanti dia check contraction guna CTG dulu. CTG showed there were contractions. Pastu midwife kata nanti dia call doc dan tanya dulu boleh bagi balik ke tak. Then, tak lama pastu dia kata doc tak bagi balik. Malang skali lagi sbb takde bilik kosong. So, aku kena stay di labour room. Nasib baik labour room tu utk sorang patient. Cuma toilet je kena sharing dgn patient di labour room next door. Pastu dia bagitau akan check jalan skali lagi pukul 9.00 pagi. Waa....lamanya kena tunggu. Aku rs tak boleh tido. Aku cuba duduk di katil sambil buat teknik pernafasan utk kurangkan rasa contraction mcm dalam buku yang aku baca. Sambil tu aku berjalan-jalan kat luar labour room cuba utk kurangkan rs sakit juga. Pastu sambung duduk dalam labour room dalam keadaan upright position sambil ditemani husband.

9.00 pagi
Check jalan skali lagi tapi dibuat oleh midwife lain plak. Tukar shift. Midwife yang ni nampak more friendly. Sblm tu doc ada visit aku. Aku berdebar menunggu berapa bukaan utk kali ni. Allahuakbar. Midwife kata baru buka 1/2 cm! Dari pukul 2 pagi sampai dah pukul 9 pagi baru buka 1/2 cm. Aku rs kecewa. Lebih kecewa lagi sbb dia kata patient di labour room next door dah buka 3 cm. Tapi husband bagi kata-kata semangat. So, aku terus bersabar. Contraction masih setiap 5 minit.

9.30 pagi
Aku diberi suntikan pethadine supaya aku boleh tido dan berehat. Kata midwife sian tengok aku menahan sakit lama. Aku rela je sbb aku tahu kalau tak cukup rehat dikhuatiri aku tak larat nak meneran bila sampai masanya nanti.

12.15 tengahari
Rasa contraction semakin kuat tapi aku dah tak tengok jam betul-betul lagi sbb terasa sakit sangat. Aku mintak husband tolong amikkan surah Yasin dan aku baca sekali. Pastu husband tolong bacakan Yasin pulak. Aku doa sambil air mata menitik minta Allah permudahkan proses bersalin utk aku.

12.55 tengahari
Aku bagitau husband suruh panggil midwife sbb aku nak mintak dia bagi aku epidural sbb rasa dah tak tahan menahan sakit. Midwife masuk labour room aku dan bagitau aku dia nak cek jalan sekali lagi tanpa aku dan husband sempat bagitau aku nak epidural. Pastu midwife tu terkejut sbb dah buka 9 cm. Aku bersemangat balik. Syukur Alhamdulillah banyak bukaan dalam tempoh yang singkat. Midwife pun sibuk sediakan peralatan yang perlu. Sekejap je dia dah ready peralatan di atas meja troli yang dilapik kain hijau. Perghh...gerun aku sbb nampak mcm aku berada di bilik pembedahan.

1.00 tengahari

Doc dah ready di labour room aku. Bila contraction datang aku disuruh meneran. Di labour room tu ada doc, midwife, n sorang nurse. Husband aku boleh je nak berada di labour room masa tu tapi mengenangkan dia tak berani nak tengok darah, dia hanya berada di pintu labour room. Tapi dia masih sempat snap few photos masa aku dalam proses meneran tu. Nurse n midwife bagi encouragement yang tak putus-putus masa aku meneran. Doc bz memerhatikan mesin CTG sambil bersedia menyambut baby. Masa tu aku sempat tengok alat yang doc gunakan utk pecahkan air ketuban. Alatnya kaler pink (mungkin ada kaler lain, aku agak le) dan panjang lebih kurang 30 cm. Masa dia nak cucuk tu doc check dulu kepala baby kat mana. Pastu baru dia cucuk. Lepas dia cucuk tu memang terasa banyak air keluar. Air tu terasa macam suam-suam skit.

1.39 petang
Aku selamat melahirkan baby boy secara normal with episiotomy. Last attempt meneran aku dah hampir menyerah kalah nak meneran tapi syukur ditakdirkan tatkala rasa dah habis tenaga meneran akhirnya baby berjaya dilahirkan. First time dengar baby menangis rasa happy dan terharu sangat. Alhamdulillah baby sihat dan cukup sifatnya. Sebaik dilahirkan doc terus letak baby atas perut aku.

Nafri Nur Ismael baru sahaja dilahirkan ke dunia

Menunggu utk dibersihkan. Alhamdulillah, mak aku kata baby dibersihkan dengan baik skali sbb takde langsung saki baki darah di rambutnya n air ketuban pun dikeluarkan sehabisnya.

Tali pusat baby masa tu belum potong lagi. Pastu baru tali pusat dipotong. Tak lama pastu doc bagitau dia nak keluarkan uri. Proses keluarkan uri langsung tak sakit. Then, doc bagitau dia nak jahit guntingan episiotomy. Doc bagitau aku tak perlu risau sbb dia bg aku bius utk kurangkan rs sakit. Dia ada pesan sblm mulakan jahitan, kalau rs sakit bagitau dia. Walaupun diberi ubat bius, terasa jugak sakitnya. Tapi aku rs dah tak kisah sbb sakit meneran jauh lebih sakit. Aku dibiarkan berehat kat labour room. Sementara menunggu husband masuk dan tunjukkan gambar anak kami yang telah dibersihkan n covered by receiving blanket. Comel sangat...Di labour room tu jugak aku sempat tengok midwife basuh uri.

Dah bersih dah...Comei kan?

Lepas ada bilik kosong, aku dipindahkan dari labour room. Malang skali lagi takde bilik kosong utk seorang seperti yang kami request. Hanya ada bilik berdua. Aku mula-mula tak kisah. Aku tak kisah sbb bagi aku as long as dia tak menyusahkan kami ok je. Malangnya apa yang suami aku risaukan terjadi jugak. Patient India ni n family members dia berborak sakan, pasang tv bukan main kuat, n pasang mp3 lagu tamil bukan main kuat. Aku mula rs tak selesa tapi aku bersabar je sbb malas nak bising-bising even husband bersedia nak minta diaorang tu utk beri kerjasama.

Bila husband request pada nurse utk aku tengok baby, baby pun dihantar ke bilik. Aku tengok muka husband berseri-seri sbb dia happy sangat. Aku pun rasa happy sangat. Rasa mcm tak percaya kami dah ada anak sendiri.

Papa Ismael berseri-seri. Tapi baby Ismael muka berkerut pulak. Hu...hu...hu...

11.00 malam
Pukul 11 malam, mak, abah, Imah (adik aku), Sham (suami Imah), n Ammar (anak Imah n Sham) sampai di KMC utk visit aku n baby. Pastu diaorang pergi ke rumah kami tanpa ditemani husband aku. Aku belum boleh balik sbb baby masih belum buang air besar.


5 Ogos 2010 (Khamis)

Keesokan pagi diaorang sume datang jemput aku utk balik lepas baby dah kena cucuk. Lepas bayar bil hospital (RM2685 dengan diskaun doc RM350 - sbb regular patient rsnya) dan ambil ubat kami pun balik. Overall aku puas hati labour service di KMC. Cuma aku kecewa sbb sebaik baby dibersihkan slps dilahirkan, nurse tak mintak permission utk bagi susu formula kat baby. So, anak aku dah sempat kenyang susu formula dulu. Pasal bilik tu aku rs nasib tak menyebelahi. Kalau dapat duduk bilik sorang mungkin takde masalah bising-bising tu.

Wednesday, August 11, 2010

Kelahiran Yang Dinanti

Akhirnya penantian aku dan suami selama hampir 4 tahun untuk mendapat cahaya mata telah berakhir. Nafri Nur Ismael telah selamat dilahirkan ke dunia di Kuantan Medical Center pada jam 1.39 pm.

NAFRI NUR ISMAEL
Our New Bundle of Joy!!!
Born on August 4, 2010
Weight at birth: 2.79 kg
Length at birth: 45.5 cm
Head circumference: 32 cm
Apgar Score: 8/9
Blood Type: O+

Sunday, August 1, 2010

Rumah Kami Syurga Kami

Genap setahun
Hari ni genap setahun kami duduk di rumah kami sendiri. Masih teringat-ingat kenangan sblm berpindah ke rumah kami. Kami sibuk survey sana sini mencari lampu dan kipas, grill, langsir, bathroom fittings dan macam-macam lagi. Banyak jugak duit saving kami telah dikeluarkan. Selain tu kami jugak sibuk mencari orang buat wiring, piping, dan pasang curtain rails. Dah dapat cari, kena observe pula kerja-kerjanya supaya apa yang dibuat memenuhi specification yang telah ditetapkan.

Ini antara perkara yang aku sibukkan. Plan for house wiring. Aku buat dan bagi pada wiring man. Senang untuk rujukan.

Pemandangan bahagian depan rumah selepas setahun diduduki. Ini memang rupa asal rumah tanpa renovation. Bukan takde impian tapi takde bajet sbenarnya. Huhuhu...

Pemandangan tasik depan umah. Tasik dah comei cuma yang buat x comei sampah sarap yang dibuang orang. Nasib baik tak terapung kat tengah tasik, kalu x lg hodoh.

Sebelum pindah sepenuhnya, kami mengangkut berkoyan-koyan barang ke sana dengan kereta kancil dan Iswara kami sebab kalau boleh tak nak lori kena buat 2 trip. Lagi pun tak nak menyusahkan kawan-kawan dan sedara yang nak tolong mengangkat barang sebab jarak antara umah sewa kami dulu dengan umah kami sekarang agak jauh jugak. Finally, matlamat kami berjaya untuk mengangkut dengan satu trip menggunakan lori muatan 3 tan.

Ruang rehat. Serius takde barang cam rumah orang lain. Boleh solat jemaah 30 orang rasanya. Rak tv pun cuma RM19.90!

Master bedroom

Salah satu sudut di ruang dapur. Guna rak-rak RM19.90 lagi

Sudut berblogging di rumah

Mencantikkan laman
Tak lama lepas masuk umah baru, kami excited mencantikkan halaman tepi dan depan umah dengan rumput dan pokok bunga. Merata kami cari tanah, pasu, rumput, dan pokok bunga. Banyak dah nursery kat sekitar Kuantan kami jelajah. Mula-mula kami tanam pearl grass kat depan umah dengan investment RM250. Kami tanam sendiri. Masa awal-awal tanam nampak comei. Tapi lama-lama nampak sadis…Mungkin sebab kemarau panjang membuatkan pearl grass tu tak boleh nak hidup subur. Skarang, memang mcm dah takde harapan. Rasanya kena tanam semula. Kat tepi umah pun kami tanam dengan pearl grass. Tapi tanam lepas beberapa bulan setelah tanam kat bahagian depan rumah. Kali ni investment jauh lebih murah sbb kami beli rumputnya di nursery Sg Buloh. Kat sana rumput-rumputnya murah. Kalu sblm tu kami beli pearl grass dengan harga RM5 bagi 1X2 kaki persegi, di Sg Buloh boleh dapat dengan harga RM1.80. Pearl grass yang telah ditanam kat halaman tepi umah nampak ok skit sbb cahaya matahari tak kena sepanjang masa mcm kat depan rumah. Yang terkini kami cuba tanam rumput kampung yang diberi oleh jiran seberang tasik umah kami. So far, nampak pertumbuhannya memberangsangkan. Harap-harap boleh dapat a nice greenish lawn.

Antara pokok hiasan yang masih survive, disusun di atas almari kasut

Pemandangan sisi rumah

Jiran kami
Alhamdullillah kerana setakat ni 3 jiran sebaris dengan rumah kami very friendly. Kami siap bertukar-tukar juadah berbuka beberapa kali masa bulan Ramadhan lepas. Kalau kami balik bercuti kami x perlu risau sangat kalau jiran-jiran lain tak ke mana sbb kami rasa jiran-jiran kami concern dengan umah jiran-jiran yang lain. Contohnya, bila ampaian jemur baju umah kami terbalik sebab angin kuat, jiran sebelah umah kami tolong angkatkan balik. Jiran sbelah umah kami jugak pandai jaga hati kami bila dia nak buat pagar batu. Siap mintak permission utk tanggalkan pagar dawai side umah kami supaya kerja-kerja menaikkan bata boleh dibuat. Even masa baru-baru pindah siap panggil aku yang waktu tu dalam umah sbb nak bagitau dia nak drill dinding waktu malam sebab takut mengganggu. Padahal masa tu bukanlah lewat malam dan aku pun x kisah sbb nama pun baru pindah. Boleh diterima. Tapi itulah jiran kami. Syukur Allah kurniakan kami jiran-jiran yang baik.


Walau pearl grass yang kami tanam tak menjadi, RUMAH KAMI TETAP SYURGA KAMI.

To Yanti:
Selamat masuk umah baru! Tima kaseh jemputan kenduri. Sedap nasi ambang yang dah lama sangat saya tak rasa. Your kitchen cabinet really make me jealous. Bila le agaknya sy boleh ada kitchen cabinet camtu. Nafri puji grill cantik tapi sayang sy tak tengok.