Thursday, February 28, 2013

FKM n ex-FKM Staffs n Family Gathering

Gathering dibuat bertempat di Manchaster di 2 buah rumah on 16 February. Rumah Firdaus sbelah siang dan rumah Juli sebelah malam. So, lunch di rumah Firdaus dan dinner di rumah Juli. Best sangat dapat jumpa kawan-kawan seperjuangan. Rasa release jugak tensen aku yang dah lama tak dapat borak-borak. Kat universiti mana ada aku slalu borak-borak sebab kawan-kawan sebilik smua concentrate buat reseach. Kebetulan pulak depa skema amat. Huhuhu....Kalu dengar ada yang borak-borak sakan dalam bilik tu depa borak pasal research! Giler intelektualistik.

Sesi bergambar untuk kaum bapa dan anak-anak di ruma Firdaus dan Sha. Tuan rumah yang tengah dok garu kepala.

Sesi bergambar untuk kaum ibu dan anak-anak di ruma Firdaus dan Sha. Surirumah kepada tuan rumah yang pangku anak baju kaler hijau.




Terima kasih sangat kat kedua-dua tuan rumah yang sediakan tempat dan masak sedap-sedap. Ramai jugak yang bermalam di rumah depa. Maklumlah, ada yang datang dari jauh sampaikan ada yang datang dari Dublin satu famili, naik flight lagi. Aku tak tau pon ramai yang bermalam di sana. Kami tak bermalam sebab hari Isnin (gathering hari Sabtu) kami ada kelas. Kami pon takde plan nak jalan-jalan kat Manchaster since we did it before.




Dah terlanjur ke Manchaster kami gi jap ke Trafford Centre dekat bahagian yang ada Legoland Discovery Centre. Bukan gi Legoland  tapi gi kedai-kedai dekat ngan Legoland tu. Aritu kami gi situ just masuk Legoland n tak berkesempatan nak masuk kedai-kedai tu. Aku teringin nak pi sebab nak tengok kot ada barang-barang umah menarik untuk buat cenderahati. Hehehe....mengumpul koleksi. Kedai-kedai yang ada kat situ semuanya pasal perkakas rumah. Dapatlah dua barang: two-tier cake stand n thermos air jenama Thermos (yang ada kat umah dah rosak). Sambil tu bagi chance kat anak-anak main lari-lari kat luar. Kami gi sana lepas acara makan-makan di rumah Firdaus. Lepas tu baru kami ke rumah Juli plak.

Sesi bergambar untuk kaum bapa dan anak-anak di rumah kedua. Tuan rumah yang berdiri ketiga dari sebelah kanan gambar.

Sesi bergambar untuk kaum ibu dan anak-anak dan anak-anak pulak. Juli yang duduk kedua dari sebelah kiri gambar, pakai baju kaler pink.


Hopefully next time kami boleh jumpa lagi gathering ramai-ramai.

Wednesday, February 27, 2013

Perak Laboratories


Masa awal-awal belajar di Univ. of Sheffield ada orang cakap kat kami ada satu bangunan universiti ni dinamakan sempena negeri Perak. Negeri Perak mana lagi....Perak negeri tanah tumpah darahku le. Tapi masa tu aku macam percaya dan tak percaya jugak. Tapi memang bila tengok nama bangunannya memang ada perkataan Perak kat situ. Tertulis di bangunannya: Alfred Denny Building, Perak Laboratories. 

Last week, kami (aku, hasben, 2 rakan seuniversiti tempat kami bekerja di Malaysia dan 2 lagi rakan yang juga Malaysian) kena gi lab yang terletak dalam bangunan tu. Lab session tu adalah sebahagian daripada modul yang wajib kami amik. Kami kalut mencari labnya kat mana masa masuk building tu sebab kami agak terlambat, ada gap sejam je sebelum lab mula n dalam sejam tulah kami lunch, solat zohor dan berjalan ke lab yang terletak agak jauh dari department kami. Profesor yang ajar subjek tu dah remind awal-awal supaya bertolak awal kerana jaraknya yang agak jauh dan kedudukan lab yang sangatlah berliku-liku. Giler berliku! Sampaikan bila tanya kat porter (penjaga pintu bangunan) kat mana lab tu dia senyum penuh makna sebab memang agak susah nak explain kat mana. Daripada explaination dia yang kami semua tak berapa nak paham sebab loghat dia yang agak pekat dan juga berdasarkan signage yang ada jumpa jugaklah lab yang dicari. 

Dalam lab yang dicari. Canggih sebenarnya lab komputer ni. Tapi terlupa nak snap pemandangan yang menunjukkan kecanggihan lab ni.

Before kami jumpa labnya, kami ternampak ni:

What a surprise!

Apa lagi, sibuk le kami amik gambor. Hehehe.....So, betullah nama Perak tu sempena nama negeri Perak. Sebab apa dapat nama tak pasti plak. Aku cuma dengar orang kata sebab kerajaan negeri Perak pernah bagi funding kepada universiti untuk kajian pasal bijih timah. Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan. 

Aku percaya ramai student Malaysia di universiti ni tak tau pon about this fact. Bila aku citer kat satu student undergrad dia sangat terkejut. Cuma yang kami pelik kenapa tulis kat plat perasmian tu perkataan Menteri Besar Perak. Mana le omputih tau apa itu Menteri Besar Perak.

Tuesday, February 26, 2013

Sheffield Botanical Garden

Kami gi Sheffield Botanical garden Ahad 3 minggu lepas. Tapi ni baru berkesempatan nak buat satu post. Garden ni tak jauh dari rumah kami. Kurang 20 minit perjalanan dengan kereta. Garden ni adalah antara tarikan utama bandar Sheffield. Bila hasben ajak gi sini masa awal-awal kami sampai Sheffield dulu aku tak excited sangat nak gi sebab masa tu dah musim luruh dan aku fikir mesti takde bunga pon nak tengok sbb daun ngan bunga mesti dah luruh. Aku bayangkan eloklah kami gi masa spring nanti. Tapi bila dah buntu nak gi bawa anak2 n Aisyah g jalan yang dekat2 ngan umah kami ni je tetiba aku terdetik nak tengok official website for Sheffield Botanical Garden. Rupanya masa winter ni kat situ ada je bunga-bunga yg specifically boleh hidup masa winter. So, dalam dok sejuk2 kami gigih berjalan sambil snap foto. Mujur cuaca taklah sesejuk mana (tapi masih bawah 10 degree celcius). Jom tengok pemandangan sekitar Sheffield Botanical Garden.













Inshaa Allah, kalau ada rezeki kami datang lagi spring nanti.

Nota kaki:  
Dah tak lama lagi nak masuk spring. Musim yang sangat dinanti-nanti kebanyakan orang di UK. Kami dah tentu lagi sebab first time experience. Kat supermarket skang ni banyak jual alat untuk gardening.

Monday, February 25, 2013

Ismael Naik Tram

Pada harijadi aku yg ke-32 (17 Februari) Ismael dapat hadiah naik tram. Aku punya besday tapi Ismael yg dapat hadiah. Walaupun Ielyas pon ikut skali naik tram tapi oleh kerana Ismael yang paling excited nak naik tram (Ielyas bukannya kisah naik tram ke atau nak jalan gi belakang umah je pon. Yang penting asalkan papa atau mama bawa dia keluar pintu umah dia nak ikut je. Gi dapur pon nak ikut. Hahaha....) jadi tajuk ni specifically dedicated to Ismael.

Kalau kami naik kereta gi beli barang dapur/keperluan Ismael akan tanya mana tram bila dia nampak landasan tram. Kalau dah nampak tram dengan rasa bestnya dia jerit kat papa n mama bagitau ada tram. Bukannya dia tak pernah naik tram tapi dia memang sangat suka dengan tram. Sampaikan kat rumah setiap hari sebelum tido dia akan tengok youtube video yang tunjuk tram tengah bergerak. Dia siap tau pulak nak tekan apa kat Ipad. Ipad aku dah macam jadi Ipad dia plak. 

Oleh kerana last week kami beli weekly pass untuk pergi balik universiti kami pon bawalah Ismael naik tram, menggunakan seoptimum mungkin harga tambang yang dibayar. Ismael ngan Ielyas tak kena bayar tambang sebab depa bawah 5 tahun. Sebelum sampai di stesen nak naik tram kami nampak tram lalu dari jauh. Kami ajak Ismael balik n kata kat dia tram dah terlepas padahal ada je tram lain yang akan lalu lagi. Saja je nak tengok reaksi dia. Serius, muka dia nampak kecewa. Lepas tu kami bagitau dia akan ada tram lain, muka dia ceria balik.





Aku seronok tengok Ismael enjoy naik tram :)

Kami naik dari stesen Arena Don Valley Stadium, dekat ngan umah kami sampai ke tram station di Middlewood (masih dalam kawasan Sheffiled), stesen paling hujung dalam yellow route service. Sampai di Middlewood kami turun tram dan tengok sekeliling macam takde apa nak tengok. Oleh kerana tram yang sama masih tunggu penumpang untuk patah balik jadi kami dengan selambanya naik balik tram yang sama. Macam takde kerja plak rasanya tapi demi Ismael papa n mama buat tak malu je.

Lepas turun dan naik semula tram di Middlewood Ismael dah mengantuk tapi tetap tak nak tido sebab nak menghayati naik tram sepenuhnya. Huhuhu....

Apa la papa n mama ni buat naik tram lama-lama ni...Tak nampak apa pon. Rasa gerak-gerak je. Baik tido kat umah.

Dalam perjalanan patah balik tu kami brenti jap di station di tengah bandar Sheffiled gi Primark. Primark ni store jual pakaian dengan harga yang kira murah dan berkualitilah jugak kat UK ni. Kami singgah beli seluar utk dua bradik sebab seluar yang depa ada macam tak sesuai nak pakai tengah winter ni. Aku pon pakai long john n pastu pakai seluar lain pulak, kira pakai dua seluar. Kalau anak-anak sian sangat kalau setakat pakai seluar biasa. Lepas turun dari tram Ismael sibuk nak naik tram balik, mujur tak nangis. Kami pujuk dia cakap nanti naik lagi lepas beli barang. 


Lepas beli barang Ismael kalut2 nak naik tram lagi. Sementara tunggu tram utk balik ke rumah tu ada tram lalu tapi bukan ke laluan yang kami nak gi. Ismael tarik2 tangan aku suruh cepat naik tram. Kami cakap kat dia kena tunggu tram yang lain dan mujur dia faham kena tunggu yang lain. Dan tak lama pastu sampailah tram yang kami perlu naik dan Ismael pon skali lagi nampak sronok.

Lepas dah turun tram untuk kesekian kalinya Ismael ajak kami naik tram sekali lagi. Oh, anak aku....Sungguh obses dengan tram. 

Sunday, February 24, 2013

Sportingnya Mereka

Tengahari semalam masa on the way nak gi kelas tetiba nampak robot transformer ada kat tepi jalan bersama dengan 2 student Univ. of Sheffield. Depa bertiga ni sebahagian daripada student yang sibuk berkempen untuk jadi wakil dalam student union. 


Daripada cara semua calon dan penyokong berkempen memang jelas menunjukkan depa tak diberikan bajet utk berkempen. Semua poster dan sepanduk kempen depa kat sini dibuat seratus peratus guna kadbod atau kertas kotak bertulis tangan dengan handmade decoration. Malah depa siap tak malu gantung sepanduk kat leher n jalan sana sini utk berkempen. Bukan setakat calon je yang buat tu tapi kawan-kawan dia pon rilek je tolong skali. Kalau kat negara kita aku rasa sah ramai yang dok pandang semacam kat student yang dok gantung sepanduk kat leher atau pakai kostum untuk berkempen. Kat sini depa yang dok lalu lalang rilek je macam biasa. Kalau kat Msia ada eksiden calar segaris pon ramai yang sibuk nak tgk sampai jem berkilometer (ramai jugak yg dok sibuk pelan kereta tu aku rs sebab nak amik nombor plat). Kat sini ada satu eksiden berlaku dalam kawasan hot-sport yang mana beribu student lalu-lalang dengan pemandu masih tersepit di dalam kereta, mostly yang lalu situ tengok gitu aje n bomba & polis je yang sibuk kat situ. Adakah kita terlebih prihatin atau orang sini fikir jangan serabutkan lagi keadaan atau depa memang tak brapa nak kisah hal orang? Ooopss...karangan terkeluar tajuk jap.

Berbalik kepada cerita budak transformer tu tadi dia pon sebenarnya student jugak. Dia tolong kawan dia yang  dicalonkon. So sweet...sanggup dia dok dalam suit kotak dengan cuaca sejuk kat luar bawah 5 degree. Aku dan hasben mula-mula lalu n masuk ke dalam building di mana lecture akan berlangsung sambil tersenyum sbb terfikir betapa sportingnya depa. But then kami patah balik sebab rasa kami patut snap satu foto kenangan. Mana ada suasana kempen macam ni kat universiti di M'sia. Aku sepatutnya amik gambar dekat student union building masa on the way nak ke lab (lab untuk subjek yang aku wajib ambil dan lulus!) hari tu di mana berpuluh sepanduk dan poster berwarna-warni dipacak di kawasan sekitar. 


Yang tak best kat universiti ni ada persatuan LGBT: lesbian, gay, bisexual n trans students! Yang ni aku tak sokong ok....Hahaha.....