Monday, February 25, 2013

Ismael Naik Tram

Pada harijadi aku yg ke-32 (17 Februari) Ismael dapat hadiah naik tram. Aku punya besday tapi Ismael yg dapat hadiah. Walaupun Ielyas pon ikut skali naik tram tapi oleh kerana Ismael yang paling excited nak naik tram (Ielyas bukannya kisah naik tram ke atau nak jalan gi belakang umah je pon. Yang penting asalkan papa atau mama bawa dia keluar pintu umah dia nak ikut je. Gi dapur pon nak ikut. Hahaha....) jadi tajuk ni specifically dedicated to Ismael.

Kalau kami naik kereta gi beli barang dapur/keperluan Ismael akan tanya mana tram bila dia nampak landasan tram. Kalau dah nampak tram dengan rasa bestnya dia jerit kat papa n mama bagitau ada tram. Bukannya dia tak pernah naik tram tapi dia memang sangat suka dengan tram. Sampaikan kat rumah setiap hari sebelum tido dia akan tengok youtube video yang tunjuk tram tengah bergerak. Dia siap tau pulak nak tekan apa kat Ipad. Ipad aku dah macam jadi Ipad dia plak. 

Oleh kerana last week kami beli weekly pass untuk pergi balik universiti kami pon bawalah Ismael naik tram, menggunakan seoptimum mungkin harga tambang yang dibayar. Ismael ngan Ielyas tak kena bayar tambang sebab depa bawah 5 tahun. Sebelum sampai di stesen nak naik tram kami nampak tram lalu dari jauh. Kami ajak Ismael balik n kata kat dia tram dah terlepas padahal ada je tram lain yang akan lalu lagi. Saja je nak tengok reaksi dia. Serius, muka dia nampak kecewa. Lepas tu kami bagitau dia akan ada tram lain, muka dia ceria balik.





Aku seronok tengok Ismael enjoy naik tram :)

Kami naik dari stesen Arena Don Valley Stadium, dekat ngan umah kami sampai ke tram station di Middlewood (masih dalam kawasan Sheffiled), stesen paling hujung dalam yellow route service. Sampai di Middlewood kami turun tram dan tengok sekeliling macam takde apa nak tengok. Oleh kerana tram yang sama masih tunggu penumpang untuk patah balik jadi kami dengan selambanya naik balik tram yang sama. Macam takde kerja plak rasanya tapi demi Ismael papa n mama buat tak malu je.

Lepas turun dan naik semula tram di Middlewood Ismael dah mengantuk tapi tetap tak nak tido sebab nak menghayati naik tram sepenuhnya. Huhuhu....

Apa la papa n mama ni buat naik tram lama-lama ni...Tak nampak apa pon. Rasa gerak-gerak je. Baik tido kat umah.

Dalam perjalanan patah balik tu kami brenti jap di station di tengah bandar Sheffiled gi Primark. Primark ni store jual pakaian dengan harga yang kira murah dan berkualitilah jugak kat UK ni. Kami singgah beli seluar utk dua bradik sebab seluar yang depa ada macam tak sesuai nak pakai tengah winter ni. Aku pon pakai long john n pastu pakai seluar lain pulak, kira pakai dua seluar. Kalau anak-anak sian sangat kalau setakat pakai seluar biasa. Lepas turun dari tram Ismael sibuk nak naik tram balik, mujur tak nangis. Kami pujuk dia cakap nanti naik lagi lepas beli barang. 


Lepas beli barang Ismael kalut2 nak naik tram lagi. Sementara tunggu tram utk balik ke rumah tu ada tram lalu tapi bukan ke laluan yang kami nak gi. Ismael tarik2 tangan aku suruh cepat naik tram. Kami cakap kat dia kena tunggu tram yang lain dan mujur dia faham kena tunggu yang lain. Dan tak lama pastu sampailah tram yang kami perlu naik dan Ismael pon skali lagi nampak sronok.

Lepas dah turun tram untuk kesekian kalinya Ismael ajak kami naik tram sekali lagi. Oh, anak aku....Sungguh obses dengan tram. 

No comments: