Thursday, February 28, 2013

FKM n ex-FKM Staffs n Family Gathering

Gathering dibuat bertempat di Manchaster di 2 buah rumah on 16 February. Rumah Firdaus sbelah siang dan rumah Juli sebelah malam. So, lunch di rumah Firdaus dan dinner di rumah Juli. Best sangat dapat jumpa kawan-kawan seperjuangan. Rasa release jugak tensen aku yang dah lama tak dapat borak-borak. Kat universiti mana ada aku slalu borak-borak sebab kawan-kawan sebilik smua concentrate buat reseach. Kebetulan pulak depa skema amat. Huhuhu....Kalu dengar ada yang borak-borak sakan dalam bilik tu depa borak pasal research! Giler intelektualistik.

Sesi bergambar untuk kaum bapa dan anak-anak di ruma Firdaus dan Sha. Tuan rumah yang tengah dok garu kepala.

Sesi bergambar untuk kaum ibu dan anak-anak di ruma Firdaus dan Sha. Surirumah kepada tuan rumah yang pangku anak baju kaler hijau.




Terima kasih sangat kat kedua-dua tuan rumah yang sediakan tempat dan masak sedap-sedap. Ramai jugak yang bermalam di rumah depa. Maklumlah, ada yang datang dari jauh sampaikan ada yang datang dari Dublin satu famili, naik flight lagi. Aku tak tau pon ramai yang bermalam di sana. Kami tak bermalam sebab hari Isnin (gathering hari Sabtu) kami ada kelas. Kami pon takde plan nak jalan-jalan kat Manchaster since we did it before.




Dah terlanjur ke Manchaster kami gi jap ke Trafford Centre dekat bahagian yang ada Legoland Discovery Centre. Bukan gi Legoland  tapi gi kedai-kedai dekat ngan Legoland tu. Aritu kami gi situ just masuk Legoland n tak berkesempatan nak masuk kedai-kedai tu. Aku teringin nak pi sebab nak tengok kot ada barang-barang umah menarik untuk buat cenderahati. Hehehe....mengumpul koleksi. Kedai-kedai yang ada kat situ semuanya pasal perkakas rumah. Dapatlah dua barang: two-tier cake stand n thermos air jenama Thermos (yang ada kat umah dah rosak). Sambil tu bagi chance kat anak-anak main lari-lari kat luar. Kami gi sana lepas acara makan-makan di rumah Firdaus. Lepas tu baru kami ke rumah Juli plak.

Sesi bergambar untuk kaum bapa dan anak-anak di rumah kedua. Tuan rumah yang berdiri ketiga dari sebelah kanan gambar.

Sesi bergambar untuk kaum ibu dan anak-anak dan anak-anak pulak. Juli yang duduk kedua dari sebelah kiri gambar, pakai baju kaler pink.


Hopefully next time kami boleh jumpa lagi gathering ramai-ramai.

No comments: