Wednesday, February 27, 2013

Perak Laboratories


Masa awal-awal belajar di Univ. of Sheffield ada orang cakap kat kami ada satu bangunan universiti ni dinamakan sempena negeri Perak. Negeri Perak mana lagi....Perak negeri tanah tumpah darahku le. Tapi masa tu aku macam percaya dan tak percaya jugak. Tapi memang bila tengok nama bangunannya memang ada perkataan Perak kat situ. Tertulis di bangunannya: Alfred Denny Building, Perak Laboratories. 

Last week, kami (aku, hasben, 2 rakan seuniversiti tempat kami bekerja di Malaysia dan 2 lagi rakan yang juga Malaysian) kena gi lab yang terletak dalam bangunan tu. Lab session tu adalah sebahagian daripada modul yang wajib kami amik. Kami kalut mencari labnya kat mana masa masuk building tu sebab kami agak terlambat, ada gap sejam je sebelum lab mula n dalam sejam tulah kami lunch, solat zohor dan berjalan ke lab yang terletak agak jauh dari department kami. Profesor yang ajar subjek tu dah remind awal-awal supaya bertolak awal kerana jaraknya yang agak jauh dan kedudukan lab yang sangatlah berliku-liku. Giler berliku! Sampaikan bila tanya kat porter (penjaga pintu bangunan) kat mana lab tu dia senyum penuh makna sebab memang agak susah nak explain kat mana. Daripada explaination dia yang kami semua tak berapa nak paham sebab loghat dia yang agak pekat dan juga berdasarkan signage yang ada jumpa jugaklah lab yang dicari. 

Dalam lab yang dicari. Canggih sebenarnya lab komputer ni. Tapi terlupa nak snap pemandangan yang menunjukkan kecanggihan lab ni.

Before kami jumpa labnya, kami ternampak ni:

What a surprise!

Apa lagi, sibuk le kami amik gambor. Hehehe.....So, betullah nama Perak tu sempena nama negeri Perak. Sebab apa dapat nama tak pasti plak. Aku cuma dengar orang kata sebab kerajaan negeri Perak pernah bagi funding kepada universiti untuk kajian pasal bijih timah. Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan. 

Aku percaya ramai student Malaysia di universiti ni tak tau pon about this fact. Bila aku citer kat satu student undergrad dia sangat terkejut. Cuma yang kami pelik kenapa tulis kat plat perasmian tu perkataan Menteri Besar Perak. Mana le omputih tau apa itu Menteri Besar Perak.

No comments: