Thursday, September 29, 2011

My Latest Favourite Item at IKEA

Masa balik dari beraya di kampung ke Kuantan, kami singgah ke IKEA Damansara. Main agenda nak beli persiapan sambut baby baru. Unfortunately, beberapa barang utama yang dicari dah habis stok. Masa tengah jalan-jalan cari barang tu ternampak beberapa pengunjung lain carry tempat keringkan pinggan mangkuk. Terbekenan la plak...Mula-mula cam tak nak amik. Tapi melihatkan design, warna dan saiznya akhirnya aku beli jugak. Alhamdulillah, elok-elok saiznya utk diletakkan atas sinki dapur. Before this dah lama aku cari yang sesuai tapi tak jumpa. So, skang ni dah ada tempat nak keringkan pinggan/mangkuk lepas dibasuh. Kalau tak sebelum ni tempat keringkan pinggan mangkuk aku ada di bawah sinki! Not convenient dan Ismael pon suka ke situ menyepahkan menda-menda yang diletakkan. Lebih bahaya lagi kalau barang-barang tu kaca.

This is the item. Murah je. Design n color nampak cam mahal. However, it just RM6.50.

Wednesday, September 28, 2011

Jalan-Jalan Cameron Highlands

1st time aku n hasben gi Cameron Highlands masa kami honeymoon. Masa tu awal tahun 2007. Baru-baru ni (29/7/2011 - 31/7/2011) kami berpeluang lagi ke sana sbb kebetulan hasben ada bengkel di Hotel Equatorial Cameron Highlands. Bezanya kali ni kami gi dengan anak. Tapi takdelah jalan sakan macam dulu-dulu tu sbb masa agak terhad memandangkan papa Ismael sedang berbengkel. Besides, aku pon tengah pregnant, tak daya nak jalan banyak.

Kali ni di Cameron Highlands kami ambik peluang jalan-jalan ke tempat yang kami tak pernah gi sblm ni. Kalau dulu masa honeymoon kami gi kebun bunga ros, cactus valley, ladang Teh BOH, kebun strawberry, Kea Farm, pasar petang/pagi Cameron (masa tu hanya ada hari Jumaat petang dan Sabtu pagi saja kalau tak silap) n buterfly farm. Kali ni kami gi pulak tempat lain: Ladang Teh Cameron Bharat, The Smoke House dan Agro Technology Park MARDI. Tapi kami tetap pergi sekali lagi ke pasar petang/pagi Cameron dan jugak Kea Farm. Pasar petang/pagi tu skarang nampak lebih meriah berbanding yang kami gi dulu. Kat pasar tu kami beli topi utk Ismael dan adik Ismael nanti, sepasang baju utk Ismael dan jugak strawberry sebagai cenderahati utk pengasuh Ismael dan jiran skeliling umah. Kea Farm adalah destinasi wajib sebab sayur/buah/teh jual kat sini aku rasa lebih murah. Tapi ada kedai-kedai tertentu je yang jual sayur/buah/teh murah. Kena survey dulu. Kebetulan hari terakhir kami kat Cameron adalah sehari sebelum Ramadhan. Jadi aku beli sayur agak banyak utk masak.

Singgah minum teh di Ladang Teh Cameron Bharat before check in hotel.


Minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang indah dan nyaman.


Terung bulat yang nampak sangat segar dijual di Kea Farm.


Di Kea Farm jugak ada jual banyak souvenir yang kebanyakannya bertemakan strawberry.


The Smoke House. Kami bergambar kat luar je sbb hanya penginap shj boleh masuk ke kawasan halaman dan bangunannya. Bangunannya design rumah Inggeris.


Kebun kobis di Agro Technology Park MARDI. Sayang Ismael tido. Kalau tak boleh snap lagi banyak gambar.


Kebun tomato - Agro Technology Park MARDI


Kebun kekwa - Agro Technology Park MARDI


Lagi foto di Agro Technology Park MARDI. Tak sure plak apa nama bunga ni. Tapi pengunjung boleh beli dengan harga 80 sen sebatang kalau tak silap.


Taman Herba - Agro Technology Park MARDI


Lagi foto pemandangan di Agro Technology Park MARDI.


Berhenti rehat lepas habis tour Agro Technology Park MARDI. Ismael masih nyenyak tido.


Ismael dapat sepasang baju papa beli sebagai tanda pernah menjejakkan kaki di Cameron Highlands.

Kalau korang nak gi berjalan sambil berhibur aku rasa ni bukan tempatnya. Tapi kalau berjalan nak menikmati pemandangan, Cameron memang sesuai. Yang bercadang nak further study ke 4 seasons country bolehlah testing daya tahan kesejukan di Cameron dulu. Kalau rasa tak boleh tahan tak payah le berangan nak dok negara bersalji sebab Cameron belum capai suhu tahap beku lagi. Ismael nampaknya dah berjaya menunjukkan daya tahan setakat suasana cuaca di Cameron. Boleh le kot nanti gi belajar oversea kalau ada rezki. Mama Ismael berangan ni. Huhuhu....

Tuesday, September 13, 2011

Ismael 1 Tahun 1 Bulan

Ismael sambut besday 1 tahun masa bulan Ramadhan. No cake, no special celebration. We just sang him a song in the morning of his birthday and he smiled as he understand what we were doing. Later, papa Ismael bought him a toy but he can't appreciate it during that time. But lately he seems understand how to play the toy.

Ismael 1 tahun 1 bulan.

Ismael dah tahu yang dia boleh naik kereta mainan macam ni di shopping mall. Takde le dia meronta-ronta mintak nak naik mainan ni. Dia cuma toleh lama-lama kat mainan tu. We guess he interested. So, kasi chance utk Ismael. Ni foto masa kat Sogo, KL.

Aku beli mainan ni sebelum dia boleh berjalan utk bagi dia cepat belajar berjalan. Skang ni dia tahu function mainan ni adalah for him to ride on. Cuma Ismael tak tahu nak move forward. For the time being he just knows how to move backward.

Ismael riding lion sambil makan Baby Bite biscuit.

Skarang Ismael dah pandai tepuk tangan dengan bunyi tepukan yang agak kuat. Dia jugak dah pandai nak shake hand with others. Ismael jugak dah pandai merajuk dengan aksi meniarap sambil menangis. Dia jugak dah pandai memberontak dengan berguling-guling di lantai (oh, no.... Mujur bukan kat supermarket).

Before fasting month lepas, aku ingatkan aku tak berpeluang ke masjid utk solat terawikh berjemaah. Alhamdulillah, ada beberapa hari je aku missed ke masjid utk terawikh Ramadhan kali ni. Masa 2nd day Ramadhan kami test tengok Ismael ganggu tak kami nak berterawikh. Dia dok ngan papa sepanjang terawikh. Syukur, Ismael behave almost all the time. Dia jugak mahu pakai kopiah sepanjang berada di masjid. So, cute....

Ismael ready nak ikut papa n mama berterawikh.


Ismael keletihan masa balik dari solat terawikh. Most of the Ramadhan nights kami solat terawikh di Masjid Penjara Penor.

Ismael jugak skang ni suka memanjat. So, kena le slalu observe apa dia buat. Tak boleh lepa. Tapi Ismael masih blom boleh keluarkan sepatah pon perkataan yang boleh kita faham. Not even the word 'mama'. I can't wait the first time he voice out that word.

Friday, September 9, 2011

Cendol Leman Dawi

Kali ni aku nak share satu lagi tempat makan yang best: Gerai Cendol Leman Dawi. Gerai cendol ni aku n husband dapat info dari rancangan Warong Kita di Astro. Takde le kami semata-mata ke sana kerana nak makan cendol tu sbb lokasinya adalah di Negeri Sembilan. Kebetulan masa tu kami berdua kena menghadiri kursus di Ulu Sepri. Tu yang berkesempatan nak makan cendol Leman Dawi. Apa yang best tentang cendol kat sini korang boleh baca sendiri kat banner dalam foto kat entri ni.

Gerai nampak cam biasa tapi tawarannya luar biasa tau...

Cendolnya pon memang sedap. Boleh tambah macam-macam such as jagung, pulut, kacang merah dan lain-lain lagi. Tambahan menda-menda ni je yang membezakan harga cendol. But still sangat puas hati sbb nak tambah basic ramuan cendol tu smuanya free belaka. Besides, disediakan jugak air bali buah percuma untuk pelanggan. Minum le seberapa banyak yang korang nak. Siap boleh tapau lagi air bali tu. Aku rasa kerana konsep bersedekah yang diamalkan tokei cendol ni menyebabkan perniagaan dia maju dan masih boleh kaut keuntungan. So, kalau korang on the way nak ke Ulu Sepri atau balik dari arah Ulu Sepri (terutamanya yang kena dok terperuk hampir seminggu berkursus nun di hujung dunia tu) eloklah membasahkan tekak menikmati cendol Leman Dawi. InsyaAllah, pasti tak kecewa.

Thursday, September 8, 2011

Mee Rebus

Entry ni dah lama aku nak post. Tapi tak terpost sbb bz plus malas nak mengupload gambar from handphone masa tak bz. Dulu masa aku mengandung Ismael aku teringin sangat nak makan mee rebus. Mengandung kali ni pon aku sekali lagi mengidam nak makan mee rebus. Malangnya di Kuantan ni takde jual. Jenuh aku n husband cari merata-rata satu Kuantan. Kat kedai mamak pon kalau ada tulis di menu sekadar tulis je, takde jual. Orang Kuantan tak gemar kot. Tetiba satu hari aku nampak satu kedai makan kat kawasan perumahan kami ni ada jual mee rebus. Aku pon order la. Tapi bukan mee rebus style yang aku cari. Rasa mee rebus tu tak menyerupai langsung mee rebus yang aku nak. Yang sama cuma guna mee kuning. Orang tu masak memang rebus sungguh. Kuahnya cair dan jernih. Aku kecewa jugak, maklumlah orang mengandung tengah mengidam.

Masa pergi JB awal bulan Mei aritu ada la aku nampak jual tapi tak berani nak cuba takut kecewa lagi. Bila balik Taiping di hujung bulan Mei, aku dah bagitau awal-awal kat hasben aku nak makan mee rebus pakcik Wahab. Pakcik Wahab ni ada buka warung bawah pokok ketapang menghala ke Stesen bas Kamunting (dari arah bandar Taiping nak menghala ke plaza to Taiping Utara). Gerai dia dekat dengan stesen minyak Petronas Kamunting Baru. Tetiba abah aku bagi suggestion satu gerai baru yang jual mee rebus. Kami pon pegi cuba. Memang orang ramai kat gerai tu. Tapi sekali lagi aku kecewa sbb tak sesedap yang aku harapkan kerana mee rebus tu ada bau udang dan halia. Oh, tapi aku tak salahkan abah. Mungkin sedap bagi orang lain tapi bukan untuk tekak aku. Nak ke gerai pakcik Wahab dah takde chance masa tu sbb malamnya dah nak balik semula ke Kuantan. So, aku terpaksa le simpan lagi dendam nak makan mee rebus yang sedap.

Akhirnya tanggal 20 Jun dapat le aku makan mee rebus pakcik Wahab. Cuma kali ni pakcik Wahab tak buka gerai bawah pokok ketapang lagi. Pokok ketapang dah ditebang. Mujur dia masih berniaga di kawasan tu jugak. Kalau tak, kempunan le aku nak makan mee rebus yang ter"syok" di abad ini. Hehehe....

Ini dia mee rebus yang aku idamkan. Utara style. Terangkat kesedapannya :) Bukan aku je suka, husband pon suka.


Mee rebus dimakan bersama laicikang. Fuh...lagi power. Murah je ni. Dua orang makan set yang sama tak sampai RM10.

Kalau korang datang Taiping, mesti cuba mee rebus Pakcik Wahab ni. Rugi tak cuba. Sedap sangat. Kat Taiping ni ada banyak tempat makan yang best dan murah yang korang boleh try. Maybe next time aku story tempat makan lain tu. Daa....

Deerland

Entry ni sepatutnya dah lama dah aku publish tapi tak sempat nak buat sebab kami suami isteri balik kampung + kursus hampir seminggu + kesibukan kerja-kerja lain. Lepas visit Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, on the same day kami pergi pulak ke Deerland yang terletak beberapa kilometer dari Pusat Konservasi Gajah tu. Walaupun nama tempatnya Deerland, bukan deer saja yang ada. Macam-macam binatang ada. Antaranya beruang, pelbagai jenis burung, ular, ferret, dan banyak lagi. Tapi kepelbagaian tu taklah sebanyak yang kita boleh tengok macam kat zoo Melaka atau Zoo Taiping tu. Binatang paling besar yang ada kat sini pun deer n bear. Cuma apa yang aku suka pasal mini zoo ni is the way visitors have the chance to get close with those animals.

Papa Ismael bergambar dengan deer. Sayang Ismael tak join sbb dia tengah tido keletihan dalam stroller (stroller kaler oren) selepas tengok gajah.

Aku pon nak bergambar dengan deer.

Bagi makan burung merak. Species apa aku tak pasti lak.

Semasa lawatan kita akan ditemani oleh tour guide. Dia akan bagi maklumat pasal binatang-binatang kat situ. Tour guide tu akan bagi chance utk kita beri makan pada binatang dan jugak pegang binatang tertentu. Sayangnya, baru separuh tour di Deerland tetiba tetiba hujan turun dengan lebatnya. Kelam kabut kami sebab Ismael tengah tido di stroller. Basah jugak la Ismael. Sian dia kesejukan. Mujur ada gazebo di dalam Deerland tu. Pihak Deerland siap hantar kerusi utk visitor yang berteduh kat situ sementara tunggu hujan reda.

Ni tak ingat binatang apa. Species landak rasanya.

Berpeluang pegang ferret. Binatang ni bau busuk sikit. Lepas pegang kena basuh tangan.

Menurut kata tour guide tu, pengunjung akan berpeluang bergambar dengan beruang (boleh peluk-peluk beruang tu) kalau datang sebelah pagi. So, pandailah-pandailah korang plan kalau nak gi Deerland n Pusat Konservasi Gajah pada hari yang sama kalau nak merasa ke'best'an optimum melawat Deerland n beraktiviti bersama gajah.

Kira ok la pergi tengok gajah dan pada hari yang sama boleh tengok binatang lain pulak sekali harung. Tengok gajah dah le free. Cuma nak masuk ke Deerland je kena bayar. Kalu tak silap tiket dewasa RM6. Kanak-kanak tak pasti berapa fee. Tapi ok jugaklah bayar RM6 sebab itu kira sedekah utk kos makanan binatang-binatang yang kita dapat bagi makan kat situ.