Saturday, July 27, 2013

Majlis Iftar Di Teratak Kami

Semalam sampai giliran berlangsungnya majlis iftar di rumah kami. Smua 9 keluarga melayu di qariah Darnall ada giliran masing-masing. Smua 9 maljis iftar dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Kiranya weekend kami full dengan aktiviti iftar bersama di hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan ni. Masing-masing pulak ada giliran masing-masing sama ada nak sediakan lauk atau kuih. So, masa weekend bukak puasa jadi meriah dengan macam-macam makanan. Tapi sebab hari Sabtu minggu ni ada majlis iftar bagi masyarakat Melayu Sheffield, jadi giliran kami hari Jumaat (semalam) supaya setiap keluarga berpeluang menjadi host iftar.

Meh kita tengok gambar-gambar sekitar majlis iftar di rumah kami semalam.

Ini bahagian untuk kaum bapa. Special skit kat backyard. Tuan rumah kami pasang khemah merah tu. Dia baru beli tau. Jadi semalam buat pertama kali semua kaum bapa dapat solat maghrib berjemaah bersama-sama sebab ruang cukup luas. Suasana berbuka lebih santai untuk kaum bapa. Alhamdulillah......

Ini pulak ruang untuk kaum ibu. Haa...tu dia senyuman manis Mokti.

Budak-budak pulak lepak kat sini sambil tengok tv.

Ini juadahnya tapi sebab aku kalut melayan tetamu jadi hanya sempat snap gambar setelah makanan diserbu. Menu tuan rumah, ayam percik, bakar atas BBQ set ye. Tak main la bakar dalam oven. Eceh....Hehehe....

Tu dia....kaum bapa dok makan bersila lepas solat maghrib.

Hari ni (Sabtu), kol 12 tengah hari akan bermula pulak acara rewang untuk sediakan hidangan kambing akikah Abang Fuad (anak tuan rumah) dan Azrai/Yan di rumah kami. Kalau sempat aku update nanti. Skang tengah serabut skit dengan PhD jadi slalu takde mood nak berblog. Mak aku kat kampung plak lately slalu tak sihat. So serabut + sedih. Smoga Allah berikan kesihatan kepada orang tua aku. Amin.

Thursday, July 11, 2013

Gambar Kami Masuk Suratkabar

Hari ni, 11 Julai 2013, gambar kami masuk suratkabar Utusan Malaysia dalam ruangan Salam Perantauan. Tak sangka plak nak keluar di hari kedua Ramadhan (lambat lagi daa....nak raya). Masa hasben send gambar aku tak tengok pon gambar mana yang dia hantar dan oleh kerana takut gambar aku yang tak cun keluar surat kabar jadi sebelum ni doa supaya tak keluar. Tapi bila tengok gambarnya rs syok plak sbb gambar yang dihantar hasben tu rupanya antara gambar favourite aku ms snow yang lepas. Huhuhu...


Kalau bukan kerana akak Sweetie yang bagitau aku di chatbox blog aku ni mesti lewat petang (waktu sini) baru aku tau. Terima kasih akak :) Gambar dalam suratkabar Utusan tu telah diambil gambar pulak oleh seseorang dan dipost di FB group 'Sheffield (Student Baru)' yang telah membuatkan beberapa members of the group excited nak mai Sheffield. Maklumlah, tengok gambar kami dalam salji yang lebat :D


Lepas akak Sweetie bagitau tu sbenarnya aku terus bukak Utusan Online. Rupanya yang publish dalam suratkabar hardcopy tak sama dalam suratkabar online, so gambar pertama kat atas tadi adalah kiriman biras aku di FB. Tapi di ruangan Salam Perantauan dalam Utusan Online aku jumpa yang ni:



Kasi close up skit....



Yang ni tok penghulu persatuan yang hantar. Poyo je siap tulis jawatan dalam persatuan. Huhuhu.....

Wednesday, July 10, 2013

3 Photo Shoot Sessions

After enjoyed strawberry picking at Goechers Farm kami cari tempat berpicnic untuk makan tengah hari. Famili yang lain headed to Clumber Park. Kami dah pernah ke Clumber Park jadi nak tengok-tengok tempat lain pulak bagi mengakhiri our outdoor activities before Ramadhan. Bulan Ramadhan ni kami plan tak ke mana-mana rasanya memandangkan jadual weekend kami telah pon penuh dan padat dengan aktiviti bersama ahli keluarga Darnall seperti tadarus, buka puasa keluarga Darnall, dan 2 siri program buat kuih raya bersama. Lagi pon mana larat nak gi jalan-jalan dengan cuaca panas dan waktu siang yang panjang (puasa hampir 19 jam). 

Tanpa dirancang kami terjebak dengan 3 photo shoot sessions dan setiap satu sesi aku dengan poyonya telah berikan satu tema.


1st Photo Shoot Session
Tema:  Ladang Gulungan Jerami Ala-Ala di US
 
On the way nak cari tempat picnic tu kami singgah di beberapa tempat. Yang pertama adalah ladang yang ada gulungan jerami. Mulanya hasben nak mintak permission pada tuan punya ladang untuk masuk ke ladangnya tapi aku takut le plak kot-kot nanti kena marah sebab mat salleh ni kadang-kadang dia bukannya sporting. So, kami buat keputusan untuk berenti kat sebelah ladang dia dan amik gambar kat situ je. So, gambar kat bawah nilah hasilnya.



Nora, ye ke macam kat US? Ke Kak Lyn je parasan? Huhuhu....


2nd Photo Shoot Session 
Tema:  Lautan Bunga Popi 

Pastu kami teruskan perjalanan cari tempat picnic n tetiba terjumpa padang bunga popi di Suton cum Lound. We were so excited sebab memang kami teringin sangat nak amik gambar kat tempat ada banyak bunga popi. Sebelum ni bila lalu kat lebuhraya M1 nampak dari jauh je dan kami plan nak gi cari tempatnya n amik gambar. Fortunately, we didn't have to do that as we accidentally found one.  Bagi yang tak tahu, bunga popi ni diharamkan sama sekali ditanam kat Malaysia sebab bunga ni boleh menghasilkan dadah. So, kat Malaysia jangan mimpilah nak jumpa bunga popi banyak macam kat sini.







3rd Photo Shoot Session 
Tema:  Eksplorasi Flora 

After that kami teruskan perjalan mencari tempat picnic lagi n berhenti di Idle Valley Nature Reserve. Tapi kami tengok tempatnya tak sesuai untuk kami hampar tikar n dok bersila sambil menghirup kopi panas. However, aku n Aisyah sempat berposing kat 2 port menarik di situ.



Oh, tema mungkin kurang sesuai tapi sebab aku nak jugak bagi satu tema, belasah je lah.


Photo Shoot Session Abis Dah..... 

Dan setelah pencarian tergendala dengan 3 photo shoot sessions akhirnya kami berenti picnic di satu taman tapi aku tak ingat apa nama tempatnya. Takde apa yang menarik kat situ. Matlamat utama kami cuma cari port sesuai nak picnic je.



Mengakhiri post kali ni:

\

Tuesday, July 9, 2013

Strawberry Picking at Goechers Farm


Dah lama kami tunggu nak boleh strawberry picking. Akhirnya semalam tercapailah sudah hasrat kami. Kebetulan cuaca hari ni dah nak menyerupai cuaca Malaysia, mencecah 26 degree celsius, sangatlah sesuai untuk aktiviti picking. Kami ke sana berkonvoi bersama 4 lagi keluarga Darnall yang lain dan bila petik ramai-ramai memang rasa meriah dan excited sangat.






Kalau masa gi Cameron Highland dulu kami hanya sanggup untuk beli strawberry je (picking mahal sangat!) kat sini memang syoklah memetik sebab murah + sedap. Strawberry kat sini sangatlah gemuk-gemuk, merah-merah dan yang paling best manis sangat. To be honest aku rasa strawberry kat sini adalah strawberry paling manis yang pernah aku rasa.

 

Pokok strawberry kat sini dok atas tanah, tak macam yang kat Cameron Higland style dok atas para. Masa mula-mula sampai kawasan kebun tu dari jauh dalam hati aku rasa macam sedih sebab tengok kebun dia macam tak best je sebab nampak semak dan tak nampak pon buah merah-merah. Tapi bila gi dekat-dekat n selak-selak, wooo....banyaknya yang besar-besar dan merah-merah. Kami pon apa lagi, sronoklah memetik. Tak sampai 1/2 jam bakul masing-masing dah penuh ngan buah strawberry.







Sambil petik sambil makan jugak. Pastu bila nak bayar kena timbang. Oleh kerana ada yang dah makan kami bagitau kat tuan kebun tu masa timbang dan dia kata takpe. Dia dah expect customer akan makan masa petik dan katanya takpe makan skit. Yang penting katanya bukan makan satu mangkuk besar. Hehehe.....Memang best lah strawberry picking kat sini. Lain kali kami nak mai lagi n kami plan nak picking buah lain plak. Maybe cherry or apple plak. Moga ada rezki nanti, Inshaa Allah.

Monday, July 8, 2013

Program Sate Keluarga Darnall

After few weeks plan untuk bakar sate tertangguh akhirnya dapatlah jugak kami beramai-ramai 9 keluarga berkumpul di tepi sungai Rivelin Valley merealisasikan hasrat menikmati sate pada hari Ahad, 30 Jun yang lepas. Suasana tepi sungai cukup nyaman dengan warna hijau segar pokok-pokok sekitar membuatkan suasana aktiviti kami rasa selesa dan damai. Jom tengok gambar-gambar yang sempat di snap.

Sehari sebelum kami buat gotong-royong di rumah Nawwal dan Hafizul

Lepas kenal pasti tempat yang sesuai, setup tempat dulu

Kaum bapa bergilir-gilir membakar sate

Sementara yang lain bakar sate, beberapa yang lain plak mencucuk sate

Ni dia suasana kemeriahan kami bakar sate sambil menikmati keindahan alam

Dah abis makan beberapa cucuk. Sebelum tu dah pekena menu sampingan, soto ayam.
 
Tu dia....Ielyas tengah enjoy makan sate

Lepas dah kenyang jalan-jalan daki bukit dekat dengan tempat kami bakar sate. Posing dekat bunga tinker bell

Ielyas pon nak posing jugak

Di saat-saat akhir Nawwal dan Hafizul suami isteri masih berusaha bakar sate

Sesi bergambar beramai-ramai sebelum balik

Pasembor di Sheffield

Alhamdulillah. Hajat nak makan pasembor utara style tercapai Ahad 3 minggu lepas. Kalau kat Malaysia sah aku takkan buat tp sebab kat sini konpem tak boleh nak cari orang jual jadi aku berusaha keras berkungfu di dapur demi sesuap pasembor. Huhuhu.....Mujur banyak bahan membuat boleh dapat kat sini + berkat beberapa bahan membuat seperti cabai dan udang kering yang dikirim dengan rasa kasih dari my parents n parents in law, dapatlah kami merasa makan pasembor kat sini. Aku tiru resepi dari Mat Gebu kat sini cuma aku tambah skit udang kering tumbuk bagi bahan kuah untuk melengkapkan rasa kuah pasembor utara yang sebenar. Sedap lah aku kira sebab kami masing-masing tambah berkali-kali. Masuk bakul angkat sendiri. Huhuhu......