Thursday, July 11, 2013

Gambar Kami Masuk Suratkabar

Hari ni, 11 Julai 2013, gambar kami masuk suratkabar Utusan Malaysia dalam ruangan Salam Perantauan. Tak sangka plak nak keluar di hari kedua Ramadhan (lambat lagi daa....nak raya). Masa hasben send gambar aku tak tengok pon gambar mana yang dia hantar dan oleh kerana takut gambar aku yang tak cun keluar surat kabar jadi sebelum ni doa supaya tak keluar. Tapi bila tengok gambarnya rs syok plak sbb gambar yang dihantar hasben tu rupanya antara gambar favourite aku ms snow yang lepas. Huhuhu...


Kalau bukan kerana akak Sweetie yang bagitau aku di chatbox blog aku ni mesti lewat petang (waktu sini) baru aku tau. Terima kasih akak :) Gambar dalam suratkabar Utusan tu telah diambil gambar pulak oleh seseorang dan dipost di FB group 'Sheffield (Student Baru)' yang telah membuatkan beberapa members of the group excited nak mai Sheffield. Maklumlah, tengok gambar kami dalam salji yang lebat :D


Lepas akak Sweetie bagitau tu sbenarnya aku terus bukak Utusan Online. Rupanya yang publish dalam suratkabar hardcopy tak sama dalam suratkabar online, so gambar pertama kat atas tadi adalah kiriman biras aku di FB. Tapi di ruangan Salam Perantauan dalam Utusan Online aku jumpa yang ni:



Kasi close up skit....



Yang ni tok penghulu persatuan yang hantar. Poyo je siap tulis jawatan dalam persatuan. Huhuhu.....

7 comments:

fizz said...

amboiii...glamerla yu masuk surat khabar. Saya nak hantar jugak la gmbr saya dengan kak zana kat trafalqar square, pastu ngaku jd student sana hehhehhhe

Salam Ramadan kak :)

Naflyna said...

Hahaha....nak lg gempak boh nama tgh belajar kat university of trafalgar square. Org suratkabar tu nanti boh je utk publish. Hahaha....

Salam ramadhan 2 u 2

Mahathir Mohamad Kamin said...

Bendahari...bykkk uuitt...

Naflyna said...

Banyak uuit orang.....huhuhu....

cik z said...

selamat berpuasa lyn

Naflyna said...

Selamat berpuasa zana....Tgh serabut ni rasa rindu kat korang sume. Bila nak update blog?

cik z said...

ada byk story tapi masih belum boleh update...sebabnya,...tunggu he he