Thursday, December 22, 2016

Kenduri Akikah Untuk Iedris

10-15 Disember lepas kami balik kampung dengan beberapa tujuan. Jangan kata aku tak sibuk. Aku sangatlah sibuk tapi sebab ada keperluan untuk balik kampung kenalah balik. Tujuan utama yang pertama sebab nak buat kenduri akikah Iedris. Tujuan kedua menyelesaikan urusan peribadi hasben bersama keluarga dia yang dah lama dirancang. Yang ketiga tentunya sebab nak ziarah mak abah di kampung Sik dan Taiping. 9 haribulan, hari Jumaat malam kami bertolak balik Kuantan-Sik. Petang Jumaat tu aku buat kelas lewat petang sebab menghabiskan lecture untuk semester ni. Tu yang bertolak waktu malam. Actually aku buat kelas ganti sebab nak bercuti. Malangnya ramai student tak datang. Tapi takpelah sebab aku dah tunaikan tanggungjawab aku dan masa untuk kelas ganti yang dipilih tu adalaah hasil persetujuan bersama dengan student. 

Nyaris-nyaris aku rasa tak nak balik sebab bad mood dengan masalah PhD yang tetiba menyendat pemikiran aku sebelum aku gi lecture kelas ganti tu. Lepas habis lecture fikiran aku tambah serabut mengenangkan macam mana le aku nak overcome masalah aku.  Dah le letih dengan kerja sampai lewat petang. Tapi mengenangkan macam tak patut sangat hanya hasben ngan anak-anak je balik dengan kenduri akikah Iedris dah siap tempahan semuanya, last-last aku ikut balik jugak. Lagi pon takkan hasben aku nak urus anak-anak sendiri dengan Iedris yang masih baby. Balik lah aku ke kampung malam tu dengan cuba buat-buat lupa masalah yang ada.

Terima kasih yang tak terhingga kat mak mertua aku dan Kak Cik (kakak ipar) yang banyak membantu menjayakan kenduri akikah untuk Iedris pada tengah hari 12 Disember. Kendurinya kami buat simple je. Takde buai-buai dengan deko bunga atau props dan takde sedia goodie bag apa-apa pon untuk tetamu. Tak sempat nak fikir semua tu. Buat yang wajib je. Lagi pon untuk Ielyas n Ismael dulu pon tak buat grand. Jadinya tak adil le aku rasa kalau buat grand untuk Iedris.  Baju Iedris pon aku takde beli yang special. Pakai apa yang ada je. Dalam tak grand pon Alhamdulillah, syukur sangat catering yang mak mertua aku carikan sedap hidangannya. Tetamu yang datang aku kira sepatutnya puaslah makan hidangan gulai kambing dua ekor dimasak dengan batang pisang (gulai batang pisang adalah hidangan istimewa kenduri kendara di Sik dan Baling), ayam masak kicap, ikan pekasam, ikan kering goreng beserta ulam-ulaman kampung n sambal belacan. Hari tu saja aku sendiri makan nasik 3 kali ulang. Stress sangat gamaknya. Huhuhu.....

Kak Cik tengah masak bubur kacang hijau sebagai dessert untuk tetamu.

Iedris yang diraikan.

Khemah kenduri untuk tetamu lelaki.

Hidangan buffet dah ready untuk tetamu. Cei....muka nampak macam takde masalah je.  Dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Bergambar kenangan dengan mak mertua sebelum majlis kemuncak bermula.

Antara tetamu yang datang.

Terima kasih sangat kepada semua tetamu yang hadir kenduri. 

Monday, December 19, 2016

Mangkuk Tingkat

Aku boleh terpengaruh nak beli mangkuk tingkat asalnya dari satu foto yg dikongsi oleh seseorang di FB. Rupa mangkuk tingkat dia sweet sangat. Kebetulan weekend minggu aku nak beli tu hasben aku plan nak bawak anak-anak gi picnic jadinya berkobar la semangat aku nak beli mangkuk tingkat yang diidamkan. Actually orang yang share foto tu dia jual mangkuk tingkat tu disamping dia jual barang deko lain. Berdasarkan pengalaman aku, orang yang jadi orang tengah ni biasanya jual lebih mahal dari harga sepatutnya. Ye la, dia meniaga kan...So aku  try le cari di Lazada. Ada rupanya jual kat Lazada. Yet still expensive. Dari info kat Lazada aku try plak cari FB penjual mangkuk tingkat tu: The Mangkuk Tingkat. Murah skit harganya compared to yang jual di Lazada, Lepas bertanya-tanya dan tawar-menawar akhirnya aku pon beli dua set. Satu size kecik dan satu size besar. Yang kecik RM42, yang besar RM60. Sekali dengan kos pos RM115. 

I like pastel colour. Sweet kan?

Material mangkuk tingkatnya bukan dari plastik tau but steel with enamel coated. Penjualnya siap bagi free sepasang sudu garfu plastik comel untuk setiap set mangkuk tingkat yang aku beli. Unfortunately, mangkuk tingkatnya sampai ke tangan aku terlewat dari hari kami gi picnic. Jadinya blom le lagi dapat merasmikan mangkuk tingkat  tu. 

Wednesday, December 7, 2016

Berkelah Di Pantai Sepat

Cuti Sekolah dah seminggu tapi kesian kat Ismael ngan Ielyas sebab depa terasa macam pergi sekolah macam biasa sebab depa kena transit di Pasti. Apakan daya. Kami berdua kerja. Kalau bawak ke tempat kerja alamatnya banyaklah kerja tak siap. Beberapa kali jugaklah dalam seminggu tu depa tanya kenapa depa kena ke sekolah padahal cikgu kata cuti sekolah. Kalau di Sheffield dulu bila cuti sekolah kan boleh main di backyard, pergi playground atau paling tidak main/melukis dalam rumah. Sayu sangat rasa hati aku ni bila depa tanya macam tu. Dah le kami selalu balik lewat sebab aku sibuk mengejar deadline kerja PhD. 

Pagi Sabtu baru ni pon aku masih gigih siapkan kerja PhD yang perlu di emel ke supervisor segera. Bermotivasikan kesiannya pada anak-anak n of course jugak sebab terbayang supervisor setiap pagi cek emel tunggu kerja aku, aku cepat-cepat siapkan kerja pagi tu jugak. Bila Ielyas bangun pagi (masa tu aku masih sibuk mengarang) aku bagitau pada dia kalau kerja mama siap cepat, boleh pergi picnic Ielyas bukan main happy lagi. Dia cepat-cepat pergi mandi dan pakai siap-siap swimming suit. Bila tengok dia pakai swimming suit aku punya pressure sudah jadi kuasa dua dan lagi gigih la aku mengarang dah tak pikir menda lain dah. Huhuhu..... Tak lama pastu Ielyas lalu plak depan aku bagitau dia dah ready dengan toys untuk buat sand castle. Pressure sudah meningkat ke kuasa tiga! Abang Ismael dia yang asalnya masih tido lepas tu pon bangun jugak dan kalut sekali bersiap bila Ielyas bagitau kata nak gi picnic. Pressure mamanya sudah jadi kuasa empat bila tengok depa berdua dah ready kat sofa bed dengan muka innocent tunggu mama siap kerja. Alhamdulillah, akhirnya sasaran kerja untuk hari tu berjaya disiapkan dan dihantar ke supervisor. Maka bolehlah memenuhi janji untuk bawak depa gi picnic.  

Dalam kegigihan kekalutan  aku buat kerja, papa depa sibuk bersiap dengan segala perkakasan nak gi picnic. Habis saja kerja aku cuma perlu bersiap diri dan tinggal masuk kereta saja lagi. Mujur dapat suami sangat memahami dan sangat membantu. 


Tak jauh pon kami gi. Di Pantai Sepat je. Dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta dari rumah kami. Alhamdulillah cuaca pagi tu mendung elok jadi walaupon dah masuk tengah hari anak-anak masih boleh seronok main dengan selesa kat tepi pantai. Gembira sangat rasa dapat tengok Ismael n Ielyas happy hari tu. Aku pon rasa lega sikit sebab lepas stress siapkan kerja boleh tenangkan diri kejap menikmati keindahan pantai. Cewah! Bajet rehat macam kerja dah siap semuanya padahal banyak lagi menanti. Huhuhu....