Monday, December 19, 2016

Mangkuk Tingkat

Aku boleh terpengaruh nak beli mangkuk tingkat asalnya dari satu foto yg dikongsi oleh seseorang di FB. Rupa mangkuk tingkat dia sweet sangat. Kebetulan weekend minggu aku nak beli tu hasben aku plan nak bawak anak-anak gi picnic jadinya berkobar la semangat aku nak beli mangkuk tingkat yang diidamkan. Actually orang yang share foto tu dia jual mangkuk tingkat tu disamping dia jual barang deko lain. Berdasarkan pengalaman aku, orang yang jadi orang tengah ni biasanya jual lebih mahal dari harga sepatutnya. Ye la, dia meniaga kan...So aku  try le cari di Lazada. Ada rupanya jual kat Lazada. Yet still expensive. Dari info kat Lazada aku try plak cari FB penjual mangkuk tingkat tu: The Mangkuk Tingkat. Murah skit harganya compared to yang jual di Lazada, Lepas bertanya-tanya dan tawar-menawar akhirnya aku pon beli dua set. Satu size kecik dan satu size besar. Yang kecik RM42, yang besar RM60. Sekali dengan kos pos RM115. 

I like pastel colour. Sweet kan?

Material mangkuk tingkatnya bukan dari plastik tau but steel with enamel coated. Penjualnya siap bagi free sepasang sudu garfu plastik comel untuk setiap set mangkuk tingkat yang aku beli. Unfortunately, mangkuk tingkatnya sampai ke tangan aku terlewat dari hari kami gi picnic. Jadinya blom le lagi dapat merasmikan mangkuk tingkat  tu. 

4 comments:

Sweetie said...

Saya pun dah lama berkenan dengan mangkuk tingkat tu... Ingat nak gi Padang Besar cari.

Naflyna said...

Saya rasa memang boleh cari kat padang besar sebab orang yang jual tu dari Perlis. Boleh jadi jauh lebih murah. Macam mana akak Sweetie tau ada jual di Padang Besar?

Sweetie said...

Mangkuk tingkat ni banyak di jual di Thailand. Padang Besar adalah sempadan kan... mesti dah di bawa masuk ke situ.

Aananda said...

In this blog, given a very good information related to the tour...By traveling we get new energy..For this purpose, we also started a tour & travel company through which people are very happy.