Sunday, August 12, 2012

Bedung


Ntah mimpi apa Ismael syok plak dibedung. Ingat lagi, dulu Ismael kalau nak bagi tido mesti nak kena bedung. Kalau tak dibedung dia akan menggaru-garu muka dia n dia takkan tido lama berbanding kalau dibedung. Kami bedung dia sampailah dia umur 8 bulan. Pastu dah tak boleh bedung lagi sebab takde kain yang sesuai nak bedung dia memandangkan saiz Ismael pon dah makin besar.

Ini tengah main dengan papa dia sbenarnya. Saja gurau-gurau n dia ketawa sronok. Tapi bila snap gambar tak senyum lah plak. Si adik plak sibuk buat hal dia.

Friday, August 10, 2012

Gotong-Royong Aktiviti Berbuka Puasa di Masjid Universiti

Ini adalah aktiviti gotong-royong terakhir aku bersama ahli fakulti yang lain sebelum bercuti panjang

Sepanjang Ramadhan diadakan majlis berbuka puasa di masjid universiti (Gambang). Jadi setiap hari sepanjang Ramadhan ada aktiviti gotong-royong bagi setiap fakulti yang in charge. Fakulti aku kena giliran untuk Jumaat minggu lepas, 14 Ramadhan. Ada beberapa jenis tugasan yang telah diperuntukkan untuk setiap giliran: menyiang, memasak menghidang dan mengemas. Aku dan kawan2 biasanya akan amik yang menyiang. Pada hari kejadian, lepas seminar kumpulan math fakulti, kami terus ke masjid untuk memulakan aktiviti.

Ini semua Mathematician kecuali yang pakai tudung coklat sbelah tudung biru


Kak Erin mengelak tebuan


Antara yang disiang (dipotong - perkataan yang lebih sesuai dalam keadaan ni. Hahaha...). Lada benggala ni untuk buat omlet kata tukang masak.

Oleh kerana tahun ni bulan puasa dalam cuti semester dan student pon tak ramai berada di universiti, tak banyaklah yang nak disiang macam tahun-tahun lepas. Masa macam nilah ada di antara kami yang akan bertanya kabar yang lain sebab kalau waktu kerja biasa masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Smoga gotong-royong macam ni akan diteruskan pada Ramadhan yang lain dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Thursday, August 9, 2012

Ofis Aku di Gambang


Hari tu aku ada sebut akan buat satu post pasal ofis aku di Gambang pulak. So, nak citer sikit pasal ofis (bilik pensyarah) di Gambang. Bangunan yang mengandungi sume bilik pensyarah bagi fakulti aku berasal daripada sebuah bangunan yang mengandungi apartment2 (ada ruang tamu, bilik tidur, dapur n tandas macam apartment untuk orang berkeluarga) untuk pekerja2 industri. Mengikut plan asal gomen dulu, Gambang ni sepatutnya menjadi satu kawasan industri. Kemudian bangunan tu dijadikan sebahagian daripada bangunan universiti yang menempatkan fakulti2.

Setiap apartment asalnya ada 3 bilik. Kemudian setiap apartment diubahsuai supaya ada 3 bilik lagi supaya boleh menempatkan lebih ramai pensyarah. Jadi setiap apartment ada 6 bilik, jadi 6 bilik pensyarah. Aku dapat bilik yang memang dah ada. So, bilik aku ada built in wardrobe yang most spaces aku jadikan tempat simpan buku dan fail.

Built in wardrobe yang menjadi tempat aku display macam-macam untuk memotivasikan diri n to avoid dull surrounding


View from other corner

Bagusnya ofis aku di Gambang ni toilet dia depan mata je. Takyah jalan jauh macam ofis aku di Pekan - tapi taklah jauh mana pon sbenarnya. Lagi satu, ofis aku di Gambang ni dia ada dua point untuk internet connection. So, kalau ada orang lain datang bertandang ke bilik n nak pakai internet, orang tu tak perlu kacau connection aku. Kemudahan lain adalah kemudahan standard. Meja n perabot lain style biasa je tapi kira bersyukur dah tu. Yang penting jangan sampai marking paper kena meniarap atas lantai sudah....huhuhu.....

Wednesday, August 8, 2012

Birthday Card from University

Birthday card ni aku dapat masa di awal-awal aku bekerja. Aku terjumpa kad ni masa aku tengah mengemas ofis aku di Gambang supaya dapat dikosongkan secara beransur-ansur before aku bercuti panjang. Sebelum aku buang, aku nak abadikan kenangan rupa kad tu di blog ni :)

Aku dapat kad tu masa tahun 2006. Masa tu nama universiti pon blom lagi berpangkalkan "Universiti" n bilangan staf kalau tak silap dalam around 500 je. Tu yang universiti masih larat nak bagi setiap staf. Skang ni staf dah cecah angka ribu, mana larat nak bagi. So, sekali jelah sempat merasa dapat kad harijadi dari universiti. Sebagai pengganti, skarang ni birthday wishes di umumkan dalam bentuk e-greeting di community web universiti. Lebih menjimatkan n semua staf boleh tengok update, hari ni hari jadi siapa.
Ini birthday greeting method yang dipraktikkan skarang

Monday, August 6, 2012

Ofis Aku di Pekan

Last semester aku telah ditugaskan untuk mengajar di Pekan. So, secara automatiknya aku ada 2 workstation, 1 di Pekan dan satu di Gambang. Dan juga bermakna aku ada 2 ofis (bilik pensyarah) aku sendiri, sama level dengan bilangan ofis yang dekan ada. Hehehe....

Namun, ofis aku di Pekan adalah ofis sementara saja iaitu menumpang fakulti hasben aku. Oleh kerana masa kami diberikan kunci untuk ofis di Pekan adalah di waktu bangunan fakulti hasben yang baru buat pertama kalinya digunakan (bangunan dan fakulti baru), aku n kawan-kawan yang menumpang ni turut bertuah merasmikan ofis baru, first time user. Condition bilik sangat tip top. Siap bercarpet yang carpetnya sama taraf dengan bilik professor@professor madya.


Keadaan dalam bilik but from these photos maybe tak nampak gempak sebab sepah2 kerana aku sedang berkemas. Ruang kosong tepi tu agak luas, nak tambah sofa atau rak buku pon masih boleh.


Belakang bilik dari pandangan luar


Koridor

Pihak fakulti hasben turut memastikan kami yang menumpang ni mendapat kemudahan yang sama dengan ahli fakulti tu sendiri. Kami dapat telefon yang lebih canggih berbanding di Gambang yg siap dilengkapi dengan caller ID n missed call message. Malah bilik kami turut diberikan kemudahan door message yang telah ditempah khas untuk bilik2 pensyarah. Untuk pengetahuan, bilik pensyarah di fakulti hasben aku adalah yang paling hebat yang ada di universiti setakat ni di mana tempat aku berkhidmat. Luas dan kondusif. Bukan aku saja yang cakap. Ramai staf fakulti2 lain pon cakap menda yang sama.

Dan yang lebih significant lagi, ofis aku sbelah ngan ofis hasben. Jangan marah no....Kami puposely request untuk dok sbelah menyebelah sebab nak mudahkan perbincangan hal2 sambung blajar. Hehehe....alasan....But seriously it helped us a lot to solve many things dalam masa yang singkat that most probably cannot be solved faster kalau ofis kami berjauhan.

The room next door is my husband's room


Bilik depan bilik aku. Bilik profesor adjung yang datang kelas naik helikopter....giler hebat kenderaan datang kerja!


Inilah bangunan di mana bilik aku terletak, Blok D



Pemandangan dari hujung koridor depan Blok D


Pemandangan dari tingkap bilik aku. Kalau petang2 + suasana redup dengan angin sepoi2 bahasa, pergh....sangat mendamaikan

Walau apa pon, aku tetap bersyukur dengan ofis aku di Gambang. Ofis situ pon ada kelebihannya. Nanti aku buat satu post tentang ofis aku di Gambang pulak.

Thursday, August 2, 2012

Karipap Paling Best

Seumur hidup aku, ada 4 karipap yang aku rasa paling Best.

Yang pertama, karipap Makcik Maznah. Yang ni tak boleh nak cari lagi sebab penjualnya pon entah dok mana. Dulu masa aku sekolah menengah, parents aku jual nasi lemak. Makcik Maznah ni ada tumpang letak kuih kat gerai nasi lemak parents aku. Masa tu harganya 20 sen seketul. Ada orang kata mahal sebab masa tu mostly kuih 10 sen seketul. Tapi karipap Cik Maznah ni besar dan intinya padat jadi sesuailah dengan harganya. Rasa karipap Makcik Maznah ni lain dari yang lain sebab intinya dibuat daripada ubi kentang, bukan keledek macam orang lain selalu buat.

Yang kedua, karipap masa aku undergrad di UTM dulu. Yang ni saiznya lebih kecil daripada Makcik Maznah buat. Harganya 50 sen sebijik. Kalau masa zaman tu kira mahallah pada aku jika nak dibandingkan dengan saiznya. Kawan-kawan aku pon cakap macam tu. Tapi oleh kerana sedap ramai yang sanggup beli. Budak penjual karipap tu (aku rasa budak tu ambik komisen menjual) akan jerit-jerit di koridor asrama kuat-kuat perkataan "Karipap! Karipap!" waktu petang-petang, dok kat satu tempat. Pastu student pakat ramai-ramai keluar dari bilik dan beli. Apa yang spesel? Inti dia rasanya sedang-sedang elok dan padat. Yang membuatkan karipap tu best kerana intinya ada daging ayam+belahan telur rebus. Yummy.....terliur plak tengah bulan puasa ni. Takyah lah mimpi nak cari karipap ni sebab tak tau nak cari kat mana.

Yang ketiga, karipap IKEA. Setiap kali kami gi IKEA biasanya aku atau husband takkan lupa beli. Karipap ni rasanya macam karipap masa aku di UTM tu. Kira karipap nostalgia bagi aku. Yang ni masih boleh nak dibeli tapi jauh bebenor dari Kuantan ni.

Yang keempat, karipap ROSARIFIN ENTERPRISE. Karipap ni ada di Indera Sempurna, taman perumahan kami duduk skarang. Yang ni pon rasanya ada mirip-mirip rasa karipap masa di UTM dan juga karipap di IKEA. Yang lagi spesel, karipapnya GIANT size. Kalau karipap telur tu dalamnya ada sebiji telur goreng. Sedap...Cuma lagi sedap kalau bersekali dengan inti keledek+kari. Barulah the real "kari"pap. Aku dah suggest pon kat penjual tu. Dia kata dulu dia ada buat macam yang aku suggest tu tapi sebab dah tak sempat nak buat macam-macam jenis dia dah tak buat jenis tu. Aku jugak sempat tanya kat akak n abang yang jual karipap tu, sebelum ni dia jual kat mana. Sebab dia baru saja meniaga di kawasan perumahan kami tu. Kata dia before this dia meniaga kat Shah Alam. Tapi sebab parent abang tu yang dok di Kuantan ni dah uzur, dia pon baliklah ke Kuantan dan meniaga kat situ. Cuma bulan puasa ni dia tak meniaga kat situ. Dia ada cakap bulan puasa ni dia meniaga kat bazar ramadhan di masjid negeri. Nak gi sana macam tak sanggup sebab kena meredah jem. Aku harap before kami fly kami boleh merasa lagi karipap dia.


Rupa sebenar Karipap Giant. Gambar ni diambil sebelum bulan puasa. Rindu nak merasa lagi karipap ni.

Wednesday, August 1, 2012

Online Shopping for T-Shirt

Baru-baru ni aku sibuk membeli baju t-shirt, jeans dan tudung utk kegunaan masa sambung belajar nanti. Aku ni tak banyak koleksi t-shirt, jeans dan tudung. Percaya atau tak, aku hanya ada 1 jeans dan 7 helai t-shirt yang diulang-ulang pakai untuk keluar jalan-jalan. 3 daripada 7 helai t-shirt tu plak dah nampak lusuh sebab yang itu je aku dok taram. Oleh kerana aku jangkakan yang aku takkan ada banyak masa dan rajin sangat untuk meng"iron" masa buat PhD nanti, aku decide utk bawa lebih t-shirt.

Malangnya tak mudah untuk mencari t-shirt yang LABUH, CANTIK dan BERKUALITI. T-shirt labuh yang selalu di jual di kedai-kedai biasanya takde ketiga-tiga ciri tu. Nak jadi cerita, masa aku gi tengok acara renang SUKMA 2012, ada gerai jualan yang jual t-shirt labuh. Aku beli 3 helai yang aku suka. Tu yang kalau korang perasan dalam recent post aku pasal bertajuk Cerita SUKMA 2012 Lagi ada satu gambar ni aku tengah pegang 2 plastik beg merah polkedot hitam. Pastu bila balik rumah, aku try2 le baju-baju tu dari 3 brand berbeza. Pastu salah satu brand ni aku suka sangat dan penjualnya ada bagi sekali brochure koleksi dari brand yang sama. Penjual tu sbenarnya suruh aku tengok dari FB dia kalau-kalau aku berminat nak beli design yang lain. Tapi bila aku cuba search FB yang diberi tak pulak aku jumpa, maybe dia salah eja nama atau pun aku ni tak reti nak baca tulisan dia sebab serius tulisannya berekor-ekor. Tetiba aku terfikir why not aku try google tengok kot2 ada jual secara online.

Memang ada tapi mostly website dari Indonesia. Kalau ada pon website Malaysia yang jual koleksi dari brand yang sama, mostly tak dapat warna, design, atau saiz yang aku nak. Jadi aku buat keputusan beli aja dari yang Indonesia. Aku beli dari 2 website berbeza dan jumlah t-shirt yang aku beli adalah.....jeng....jeng....jeng....Jangan terkejut....bukan 4, 5 atau 6 helai yang aku beli tapi 15 helai! Huhuhu.....Acilah sebab nanti 3 tahun aku takkan beli baju (ye ke....?)

Parcel post yang pertama diterima dari Denpasar Selatan, Bali. Dalam ni ada 7 helai.


Parcel post yang kedua pula dari Ciputat. Dalam ni ada 8 helai

Setelah terima baju-baju yang dibeli aku pon mencuba-cuba baju tu sambil berangan-angan. Hahaha.....Serius, sangat puas hati. Oh, lupa nak inform yang aku end up beli dari 3 jenama berbeza: Ukhti, Qirani dan Sik, semuanya made in Indonesia. Walaupun made in Indonesia baju-bajunya bagi aku takle nampak ciri-ciri Indonesia except few design dari Ukhti yang aku beli. Husband aku pon kata cantik.

Sebahagian daripada helaian yang aku beli


Ini pulak bil pembelian. Giler mahal...satu bil lebih 1 juta dan satu bil lagi 839 500,
rupiah.... :)

Maybe ada yang hairan kenapa aku beli banyak betul t-shirt. Apsal tak beli di UK nanti je? Untuk makluman, aku dah survey dan menurut sumber-sumber ilham yang aku perolehi, di UK memang susah nak cari t-shirt yang labuh. Inikan pula nak cari yang ada ketiga-tiga ciri yang aku nak: labuh, cantik dan berkualiti. Even kawan aku yang sedang berada di UK skang ni pon kirim dari aku untuk bawakan dia 5 t-shirt muslimah yang dia beli online dari Malaysia.

Post ni bukan berhajat untuk menunjuk-nunjuk. Jangan salah faham. Aku cuma nak bagi idea kepada korang, kalau nak beli sesuatu tu susah sangat nak dapat kat kedai bolehlah cuba beli online. Cuma kena teliti betul-betul dalam segenap aspek. T-shirt brand Ukhti dan Sik tu aku berani beli sebab aku ada contoh saiznya. Yang brand Qirani tu memang aku gamble je cuba. Mujur koleksi Qirani tu cun2 amat n in fact yang paling lawa designnya, yang paling tip top kualiti kainnya dan yang paling ngam saiznya dengan aku.