Monday, July 28, 2014

Ramadhan Kedua Di UK


Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa sekali lagi di UK, di Sheffield to be particular. Macam tahun lepas, bulan puasa di UK jatuh pada musim panas jadi puasanya panjang kerana waktu siang yang panjang kat sini. Kami puasa secara anggarannya 18-19 jam. Buka puasa dalam pukul plus minus 9.30 malam dan dengan perut masih lagi kenyang kami bersahur pulak lebih kurang kol 2.00 pagi.  Dalam jam 2.30-3.00 pagi dah solat subuh. Terawikh paling mencabar sebab dah lewat malam tatkala mata dah mula mengantuk baru masuk waktu isyak.

Biasanya kami bukak puasa makan nasi dengan sejenis kuih. Kadang-kadang ada jiran Pakistan selang satu rumah dari rumah kami hantar juadah tambahan yang memeriahkan hidangan berbuka. Setakat dah hampir sebulan puasa kami ada dapat 3 kali juadah tambahan dari kawan Malaysia. Kira syukur sangat dah tu.


Majlis Iftar Darnall

Tapi berbuka puasa tahun ni tak semeriah tahun lepas. Tahun lepas, setiap Sabtu dan Ahad kami ada majlis iftar bersama-sama ahli keluarga Darnall. Tahun ni tak boleh buat macam tahun lepas sebab keluasan rumah sewa kami tak cukup luas untuk menampung bilangan keluarga Malaysia yang ramai di Darnall. Jadi, tahun ni majlis iftar bersama dibuat kat satu dewan komuniti yang disewa khas.


Darnall hot mumies bergambar kenangan selepas majlis iftar selesai

Aku buat kuih kecara lauk untuk majlis iftar Darnall


Tetamu Di Bulan Ramadhan

Minggu lepas kami menerima tetamu dari Malaysia. Dan oleh kerana tetamu tersebut adalah professor satu fakulti dengan hasben dan kawan kami Nafis yang buat PhD di Loughborough University, kami jemput Nafis n family iftar bersama di rumah kami. Lagi pon dia tak pernah lagi datang ke rumah kami. Sebelum dia nak balik for good (Alhamdulillah, dia dijangka habis PhD on time atau lebih awal) kami jemput dia mai rumah.

Prof datang dengan wife tapi aku lupa amik gambar ibu-ibu

Hidangan untuk tetamu


Majlis Iftar PMPMS

Acara tradisi majlis Iftar PMPMS jugak telah diadakan minggu lepas, hari Sabtu. Di samping majlis buka puasa diadakan juga bersekali majlis khatam Quran bagi aktiviti tadarus yang telah berjalan sepanjang Ramadhan.



Nota kaki: Post ni terlewat dipublish kerana aku hanya mampu siapkan post ni di saat kurang sejam lagi Ramadhan akan berakhir dek sibuk bebenor. By the way, SELAMAT HARI RAYA kepada semua, MAAF ZAHIR BATIN dipinta.

Saturday, July 12, 2014

Sand n Water Play

Aku dah lama bercita-cita nak bagi chance kat Ismael n Ielyas merasa main sand n water kat belakang umah. Oleh kerana masa terbaik untuk main adalah during summer, aku pon survey lah sand n water play table masa spring aritu kat eBay, Amazon n other related websites. Bila tengok harga table yang baru, yang aku aim mahal sangat le pulak. Pastu aku try tengok harga yang second hand kat eBay tapi mostly tempat nak collect tu jauh sangat, tak berbaloi. Aku kecewa gak mula-mula. Pastu aku terfikir nak ajak hasben survey tengok kat Mothercare Rotherham sebab seingat aku kat sana biasanya jual barang mainan baru jauh lebih murah dari yang di jual dekat high street.

Walaupon harganya agak mahal (even jauh lebih murah dari harga high street), aku puas hati beli sebab Ismael ngan Ielyas enjoy sangat setiap kali main. Bila cuaca mengizinkan dan kami free apa lagi....open table!


Playing for the 1st time, Spring, 15 April 2014

Surprise untuk Ismael n Ielyas pakej skali ngan mesin bubbles

Kebetulan masa pertengahan spring aritu cuaca tak berapa sejuk jadi depa boleh rasmi sand n water play table ni lebih awal, tak tunggu summer dah




*********************************************************

Last week, Summer, 6 July 2014





 Ielyas terutamanya sangat sronok main air



Ismael dah mula hilang tumpuan. Ielyas masih kusyuk main air

Little Tikes car ni pemberian sorang doktor medic melayu yang dah balik Malaysia for good

Friday, July 11, 2014

Shopping Boundary Mill Pulak

 

Oleh kerana last few weeks adalah antara minggu kemuncak summer di UK, banyaklah sale sana sini. Lepas sale Mothercare ada sale kat Boundary Mill plak. Boundary Mill ni lebih kurang macam Parkson kat Malaysia tapi ada 5 stores je kat UK setakat ni dan salah satu daripada 5 tu ada satu kat Sheffield. Kalau gi Boundary Mill aku biasanya gi tengok-tengok kat bahagian pinggan mangkuk, barang dapur n barang hiasan umah. Barang-barang lain macam baju, kasut dan beg aku tak interested. Tengok punya tengok last2 aku telah terbeli (oopss....) barang-barang kat bawah ni:

Ramekins ni beli sebab terpengaruh dengan cara Kenny Rogers serve their fruit salad dan jugak terpengaruh dengan resepi mat salleh yang aku dok tengok kat channel tv sini.

Covered suger bowl ni kebetulan murah sangat jadi aku beli. Harga biasa kalau tak silap dalam GBP8 (harga dekat Boundary Mill, kalau RRP mahal lagi) dan harga sale GBP3.50. Ini sebenarnya brand Portmeirion. Memang super mahallah kalau jual kat Malaysia. Design ni dari Dawn Chorus range.

More from Dawn Chorus range. Yang ni RRP GBP27.50. Memang mahal. Harga sale aku beli ni dapat GBP2.50 je. Macam mana tak beli kalau dah kira murah sangat kan. Dapatlah aku cukupkan chorum koleksi yang aku dah ada dari range yang sama. Huhuhu.....

Yang ni panggil low bowl. Koleksi Pomona, satu lagi range dari Portmeirion.. Diameter dia 13 inches or 33 cm. Besar lah kiranya mangkuk ni dan harga asal dia pon besar jugak sebesar mangkuknya. RRP dia GBP58.50 dan dengan harga sebesar ni konpem aku tak beli. Huhuhu.....Lepas dapat harga super murah baru aku berani nak beli tapi aku still tak nak mention harga dia kat sini sebab takut korang rasa masih dahsyat harganya bila didarab dengan duit Malaysia. Huhuhu.....

Ini serving dish, lagi dari koleksi Pomona.

Dan lagi dari Pomona range, round platter.

Dan lagi dari Pomona range, oval gratin dish.

Sebenarnya orang Malaysia di UK rata-rata suka kumpul Portmeirion sebab buatan dia halus, ada macam-macam jenis bekas dari pinggan sampailah ke tempat letak senduk dan printed design dia yang charming (bagi yang minat design ala Inggeris terutamanya). Dulu mula-mula tengok aku taklah berkenan sangat sebab aku tengok design yang biasa-biasa saja tapi bila tengok design-design lain aku mula berangan nak beli itu dan ini. Dan natijahnya tu yang tershopping harta dapur kat atas tu. Huhuhu...... Actually design Pomona bukan my most favourite range but Botanic Roses. Masalahnya Botanic Roses range telah dihentikan pengeluarannya dan kalau ada jual kat online sangatlah mahal  maybe kerana dianggap design yang eksklusif. Eh, citer keluar tajuk post plak. Habis markah karangan makcik kena tolak. Huhuhu....

Lepas beli-beli sume tu dapat extra 10% off lagi sebab aku VVIP Boundary Mill customer. Kira harga off atas off. Mana tak sronoknya aku bershopping. Mujur hasben sporting n siap bagi galakan lagi.

I think I have enough shopping for this season. Simpan duit untuk boxing day plak which perhaps will be our last boxing day to enjoy.

Saturday, July 5, 2014

Strawberry Picking


Hari Sabtu seminggu sebelum Ramadhan kami sekeluarga ambik peluang gi strawberry picking di Goachers Farm. Perjalanan ke sana makan masa lebih kurang 45 minit dari rumah dan ladang ni memang famous di kalangan orang Melayu yang tinggal di Sheffield. Sbenarnya tahun lepas kami pernah pergi ladang yang sama petik strawberry, epal dan jugak pear. Oleh kerana kami rasa pengalamannya best n hasilnya tidak mengecewakan kami decide untuk gi skali lagi tahun ni. 



Ramai orang petik kat bahagian depan tapi kami petik kat bahagian belakang based on recommendation sorang minah salleh yang kami jumpa masa dia baru lepas siap petik dan kami pula baru nak memulakan misi memetik. Kat belakang buahnya lebih besar-besar dan merah-merah.


Dua beradik sronok bekerjasama


Dekat Goachers Farm kami jumpa ramai Malaysian yang lain pon datang nak petik strawberry jugalah kan. Takkan nak dok saja je kan.


Kami berjaya petik tiga bakul dan setiap satu hampir penuh macam ni

Beli strawberry kat ladang ni lebih murah daripada beli kat supermarket dan yang paling penting rasa strawberry yang baru dipetik tersangatlah manis. Oleh kerana banyak jugak kuantiti yang kami petik, cara nak makan strawberry tu pon dipelbagaikan dan gambar kat bawah ni adalah antara hasilnya.