Saturday, July 5, 2014

Strawberry Picking


Hari Sabtu seminggu sebelum Ramadhan kami sekeluarga ambik peluang gi strawberry picking di Goachers Farm. Perjalanan ke sana makan masa lebih kurang 45 minit dari rumah dan ladang ni memang famous di kalangan orang Melayu yang tinggal di Sheffield. Sbenarnya tahun lepas kami pernah pergi ladang yang sama petik strawberry, epal dan jugak pear. Oleh kerana kami rasa pengalamannya best n hasilnya tidak mengecewakan kami decide untuk gi skali lagi tahun ni. 



Ramai orang petik kat bahagian depan tapi kami petik kat bahagian belakang based on recommendation sorang minah salleh yang kami jumpa masa dia baru lepas siap petik dan kami pula baru nak memulakan misi memetik. Kat belakang buahnya lebih besar-besar dan merah-merah.


Dua beradik sronok bekerjasama


Dekat Goachers Farm kami jumpa ramai Malaysian yang lain pon datang nak petik strawberry jugalah kan. Takkan nak dok saja je kan.


Kami berjaya petik tiga bakul dan setiap satu hampir penuh macam ni

Beli strawberry kat ladang ni lebih murah daripada beli kat supermarket dan yang paling penting rasa strawberry yang baru dipetik tersangatlah manis. Oleh kerana banyak jugak kuantiti yang kami petik, cara nak makan strawberry tu pon dipelbagaikan dan gambar kat bawah ni adalah antara hasilnya.


2 comments:

Sweetie said...

Tak balik M'sia ke raya tahun ni naflyna

Naflyna said...

Allahuakbar....Allah saja yg tahu betapa saya rasa nak balik Msia raya tahun ni tambahan plak adik saya nak kawin raya ke-3 ni. Tapi sebab kalau balik saya tau kerja phd kami akan tertangguh jadi kami simpan dalam2 hasrat nak balik tu. Huhuhu......

Anak akak Sweetie mesti sronok hari-hari berbuka dapat makan air tangan mak, beraya dengan mak di Malaysia yg tentu-tentunya meriah. Kami kat sini, hari raya kedua mayb dah kena gi opis balik ngadap komputer. Huhuhu....

Selamat berpuasa kak Sweetie :)