Wednesday, October 29, 2014

2nd Photobook

Sebaik saja dapat hasil projek 1st Photobook aku aritu, aku bukan main excited nak buat projek photobook seterusnya. Tapi malangnya aku tak sempat nak habiskan projek 2nd photobook sebab nak buat satu photobook yang betul-betul puas hati makan masa sangat lama bagi aku. Nak pilih gambar, susun gambar, edit gambar, pilih frame, pilih background, letak labels, letak effect - semua tu memerlukan kesabaran, ketelitian, ketekunan, pemerhatian dan yang paling penting masa, ya....masa. Masa tu lah part yang paling susah bagi aku.

Setelah hampir satu setengah tahun berkubur dalam laptop akhirnya 2 minggu lepas aku berjaya siapkan the 2nd photobook. Tapi jumlah muka suratnya aku kurangkan dari plan asal. Ye la....sebab nak cepat siap. Dapat siapkan tu pon sebab desperate nak format laptop, takut kalau save n pastu nak bukak tak boleh. Aku stay up satu malam untuk settle kan. Hahaha....boleh plak stay up sbb photobook. 

Photobook yang dinanti selamat sampai Thursday last week. 

Cover depan

Photobook ni cerita tempat-tempat yang kami gi tak jauh dari Sheffield 

Oleh kerana aku dah takde masa nak buat next photobook, lepas abis belajar je la aku sambung balik. Lagi pon baru je baca blog Kisah Insyirah pasal photobook n dapat info harga buat photobook kat Malaysia lagi murah. 

Oooo....bagi sesapa yang nak cuba buat photobook kat UK boleh lah cuba buat di Albelli. Untuk tempahan 1st photobook boleh dapat GBP15 off. Kualitinya aku kategorikan sebagai superb dan pilihan untuk editing sangat banyak berbanding yang aku pernah buat di Snapfish. 


Nota kaki:
Actually projek photobook aku yang seterusnya adalah photobook style gambar tampal-tampal sendiri n buat 4D embellishment. Tapi nampaknya kena simpan dululah projek impian tu. Hrmmm.....entah nanti ada ke masa nak buat bila dah start kerja. Takut tinggal impian je. 

Thursday, October 23, 2014

Curry n Cheese Puff

Kali ni aku nak share resepi curry n cheese puff. Idea nak buat pastry ni tercetus dari buku memasak yang aku beli kat carboot sale few months ago. Tapi aku improvise sikit dari resepi asal untuk sesuaikan dengan tekak melayu dan bahan yang aku ada.

Resepi tercetus dari buku nan satu ni. Aku beli buku ni 50 p je or maybe lebih murah. Tak ingat harga dia tapi yang pasti aku takkan beli buku ni kalau harga dia lebih 50 p. 

Cara nak buatnya senang je dengan syarat kita dah ada ready made puff pastry dan inti karipap. Inti karipap boleh buat siap-siap dan simpan dalam freezer yang mana boleh diguna untuk buat karipap dan pelbagai jenis pastry. Kalau ikut cuaca di UK, aku akan keluarkan inti karipap tu pada malam sebelum tido dan letak dalam suhu bilik kalau aku nak buat puff tu untuk pagi esok. Ready made puff pastry tu korang boleh le beli kat supermarket. Tapi awas, kalau korang duduk oversea sila tengok ingredient kat packaging dia sebab takut terbeli yang ada alcohol. Kalau korang terlebih rajin boleh le buat sendiri puff pastry tu tapi aku gerenti 98% korang malas sebab giler renyah nak buat.

Bahan-Bahan:

Ready made puff pastry
Ready made inti karipap 
Grated cheese (aku pakai yang combination of cheddar and mozzarella)
Kuning telur (dipukul)
Serbuk oregano


Cara Buat:

Potong puff pastry sheet kepada rectangular shapes yang sama besar (berukuran lebih kurang 10-11 cm panjang x 6-7 cm lebar). Jumlah rectangular shapes yang korang akan dapat bergantung kepada saiz pastry sheet yang korang ada.

Ambil satu bahagian dan lipat dua macam gambar kat atas ni. 

Potong bahagian yang terlipat dengan pisau macam dalam gambar.

Bila dibuka lipatannya kita akan dapat macam ditunjukkan dalam gambar.

Then letak inti karipap kat atas satu bahagian yang lain dan tabur sikit grated cheese. And then sapu kuning telur kat sekeliling bahagian tepi.

Letak bahagian yang ada potongan tadi kat atas bahagian yang ada inti dan kelimkan untuk bagi kedua-dua bahagian bercantum.

Next, sapukan kuning telur kat atas puff yang telah siap dikelim dan tabur sikit serbuk oregano. Akhir sekali bakar dalam pre-heated oven selama 20-30 minit pada suhu 200 degrees untuk fan oven (atau ikut saja instruction nak pakai setting oven apa pada packaging ready made puff pastry yang dibeli). 

Masa penyediaan untuk buat puff ni dalam 15-20 minit je. Senang, simple dan sedap! Oh, ya, kesedapannya bergantung jugak kepada kesedapan inti karipap yang korang buat ye...Ismael ngan Ielyas makan sorang seketul dah cukup kenyang dah. Mama ngan papa makan sorang dua ketul. Tapi papa sebenarnya nak lagi la....

Rupa curry n cheese puff yang telah siap masak. Sorry, kualiti gambar kureng skit sebab aku ambik gambar bawah lampu kuning, tak tukar setting apa-apa pada kamera sebab nak cepat.

Friday, October 17, 2014

Face Painting

Di UK biasanya kat pesta, theme park atau kids activities kat mall akan ada face painting. Even kalau kita nak buat birthday party untuk anak pon kita boleh hire artist datang umah untuk face painting budak-budak yang datang birthday party anak kita. Untuk face painting kat tempat awam kami tak pernah bagi Ismael atau Ielyas cuba lagi setakat ni. Tapi beberapa bulan lepas hasben aku teringin nak bagi depa cuba. Jadi hasben pon cari le pensel warna/crayon  untuk face painting tu. Tak sangka plak Ismael suka sangat dengan face painting. Ielyas plak, masa first time papa dia lukis kat muka depa dua beradik ala-ala lanun pakai kaler hitam few weeks ago, lepas Ielyas tengok kat cermin terus dia suruh basuh. Huhuhu.....dia rasa tak comei kot....


Semalam aku plak cuba test power melukis rupa harimau. Ala....aku tiru je dari bekas warna face painting tu. Aku lukis kat muka Ismael dulu. Pastu Ielyas gaduh nak jugak. Aku mula-mula rasa macam tak mau lukis kat muka Ielyas sebab aku takut dia suruh basuh sebaik saja dia tengok cermin. Tapi semalam dia seronok. Siap dua beradik dok sengih-sengih depan cermin belek muka depa. Agaknya hasben aku lukis ari tu dia rasa tak nampak macam apa-apa kot. Dia nampak comot je agaknya (hasben tak pandai melukis ni....). Hahaha......



Berangan jadi rimau le tu....


Wednesday, October 15, 2014

Buku Percuma

Kat Sheffield ni hasben aku ada join satu group utk dapatkan barang-barang percuma atau untuk let go for free any item yang kita tak mau tapi masih elok untuk orang lain pakai. Apa saja barang yang di offer akan trigger ke email. Biasanya kalau nak satu-satu barang yang di offer tu kenalah cepat-cepat contact orang yang offer sebab kalau lambat akan jadi rezeki orang lain yang laju sepantas kilat. Kat group tu kita boleh request apa saja barang yang kita nak cumanya janganlah berharap sangat barang yang kita nak tu mudah nak dapat terutamanya kalau barang-barang tu ada nilai di eBay atau Gumtree. Ye la....barang percuma kan.

Biasanya yang offer barang-barang percuma tu mat salleh. Macam yang aku pernah mention dalam post suatu masa dulu, ramai di kalangan mat salleh British ni jenis yang cermat jadi barang-barang yang depa nak let go biasanya masih sangat elok. Kat group tu pernah ada orang offer basikal, peti sejuk, baby cot, mosses basket, katil, tilam dan macam-macam lagi lah. Walaupon percuma kami tak lah pulun amik smua yang di offer. Kami pernah ambik mainan alat tukang (Ismael n Ielyas main hari-hari masa mainan tu sesuai ngan umur depa), khemah utk camping (tapi kami let go for free balik sebab complicated nak pasang) dan day bed+tilam. 

Hari ni (14 October 2014) plak ada orang offer more than 80 children story books and novels for free! Best....best.....

Smuanya adalah free

Ini macam hasil gi carboot sale lebih 10 kali ni

Tuesday, October 14, 2014

KFC Halal


Duduk di Sheffield ni bila teringin nak makan KFC tak perlu risau sebab ada KFC halal. Cuma KFC kat sini taklah 100% sama macam KFC malaysia. Coleslaw KFC kat sini rasa dia masam sikit berbanding KFC kita di Malaysia. Jadi mengikut selera aku kurang sedap lah sikit.  Sini takde mashed potato. So, biasanya kalau kat malaysia kita makan ayam goreng dengan mashed potato selain daripada coleslaw, kat sini ayam goreng di makan bersama dengan gravy (gravy yang rasanya sama dengan gravy yang disira kat mashed potato di KFC Malaysia), baked beans atau/dan sweet corn (on the cob).

Ayam goreng dia yang jenis original recipe aku rasa sama je dengan yang kat Malaysia cuma kat sini takde jenis Hot n Spicy. Walaupon takde ayam jenis Hot n Spicy, kami masih ada pilihan chicken wing yang rasanya aku rasa sama macam rempah Hot n Spicy tu. Hari ni oleh sebab dok sibuk melipat n menyusun kain baju yang bertimbun-timbun, aku terlambat nak masak lunch. Jadi kami pon drive through KFC halal yang tak jauh dari rumah. Pakej satu Wicked Variety Bucket - includes 6 pieces original recipe chicken, 8 hot wings, 4 mini breast fillets, 4 fries - baru dalam GBP13.99. Elok-elok untuk kami empat beranak. Kira murah sangat aku rasa harganya jika dinisbahkan dengan pendapatan orang kat sini. Kalau kat Malaysia pakej macam ni aku agak mesti more than RM20. Memang terasa-rasalah mahalnya bila kita nisbahkan pulak dengan pendapatan orang di Malaysia. 

 Ielyas pandai bukak paket sos tomato tu sendiri. Tengok gambar sebelah kanan tu, air liur dia dah meleleh. Huhuhu....

KFC kat sini takde bagi sos cili. Sos cili Life tu import dari Malaysia ok....


Makan kat bawah je la sebab meja makan penuh ngan file n menda kerja aku