Tuesday, October 14, 2014

KFC Halal


Duduk di Sheffield ni bila teringin nak makan KFC tak perlu risau sebab ada KFC halal. Cuma KFC kat sini taklah 100% sama macam KFC malaysia. Coleslaw KFC kat sini rasa dia masam sikit berbanding KFC kita di Malaysia. Jadi mengikut selera aku kurang sedap lah sikit.  Sini takde mashed potato. So, biasanya kalau kat malaysia kita makan ayam goreng dengan mashed potato selain daripada coleslaw, kat sini ayam goreng di makan bersama dengan gravy (gravy yang rasanya sama dengan gravy yang disira kat mashed potato di KFC Malaysia), baked beans atau/dan sweet corn (on the cob).

Ayam goreng dia yang jenis original recipe aku rasa sama je dengan yang kat Malaysia cuma kat sini takde jenis Hot n Spicy. Walaupon takde ayam jenis Hot n Spicy, kami masih ada pilihan chicken wing yang rasanya aku rasa sama macam rempah Hot n Spicy tu. Hari ni oleh sebab dok sibuk melipat n menyusun kain baju yang bertimbun-timbun, aku terlambat nak masak lunch. Jadi kami pon drive through KFC halal yang tak jauh dari rumah. Pakej satu Wicked Variety Bucket - includes 6 pieces original recipe chicken, 8 hot wings, 4 mini breast fillets, 4 fries - baru dalam GBP13.99. Elok-elok untuk kami empat beranak. Kira murah sangat aku rasa harganya jika dinisbahkan dengan pendapatan orang kat sini. Kalau kat Malaysia pakej macam ni aku agak mesti more than RM20. Memang terasa-rasalah mahalnya bila kita nisbahkan pulak dengan pendapatan orang di Malaysia. 

 Ielyas pandai bukak paket sos tomato tu sendiri. Tengok gambar sebelah kanan tu, air liur dia dah meleleh. Huhuhu....

KFC kat sini takde bagi sos cili. Sos cili Life tu import dari Malaysia ok....


Makan kat bawah je la sebab meja makan penuh ngan file n menda kerja aku

2 comments:

cik ecah said...

Comel nya ielyas gigit sos.. :)

Naflyna said...

Berkat Aisyah asuh dia, banyak benda dia boleh buat sendiri. Pi toilet pon la ni pandai dia p sendiri waktu kak lyn sibuk kat dapur. Dia pon dah totally tak pakai pampers dah :)