Thursday, October 23, 2014

Curry n Cheese Puff

Kali ni aku nak share resepi curry n cheese puff. Idea nak buat pastry ni tercetus dari buku memasak yang aku beli kat carboot sale few months ago. Tapi aku improvise sikit dari resepi asal untuk sesuaikan dengan tekak melayu dan bahan yang aku ada.

Resepi tercetus dari buku nan satu ni. Aku beli buku ni 50 p je or maybe lebih murah. Tak ingat harga dia tapi yang pasti aku takkan beli buku ni kalau harga dia lebih 50 p. 

Cara nak buatnya senang je dengan syarat kita dah ada ready made puff pastry dan inti karipap. Inti karipap boleh buat siap-siap dan simpan dalam freezer yang mana boleh diguna untuk buat karipap dan pelbagai jenis pastry. Kalau ikut cuaca di UK, aku akan keluarkan inti karipap tu pada malam sebelum tido dan letak dalam suhu bilik kalau aku nak buat puff tu untuk pagi esok. Ready made puff pastry tu korang boleh le beli kat supermarket. Tapi awas, kalau korang duduk oversea sila tengok ingredient kat packaging dia sebab takut terbeli yang ada alcohol. Kalau korang terlebih rajin boleh le buat sendiri puff pastry tu tapi aku gerenti 98% korang malas sebab giler renyah nak buat.

Bahan-Bahan:

Ready made puff pastry
Ready made inti karipap 
Grated cheese (aku pakai yang combination of cheddar and mozzarella)
Kuning telur (dipukul)
Serbuk oregano


Cara Buat:

Potong puff pastry sheet kepada rectangular shapes yang sama besar (berukuran lebih kurang 10-11 cm panjang x 6-7 cm lebar). Jumlah rectangular shapes yang korang akan dapat bergantung kepada saiz pastry sheet yang korang ada.

Ambil satu bahagian dan lipat dua macam gambar kat atas ni. 

Potong bahagian yang terlipat dengan pisau macam dalam gambar.

Bila dibuka lipatannya kita akan dapat macam ditunjukkan dalam gambar.

Then letak inti karipap kat atas satu bahagian yang lain dan tabur sikit grated cheese. And then sapu kuning telur kat sekeliling bahagian tepi.

Letak bahagian yang ada potongan tadi kat atas bahagian yang ada inti dan kelimkan untuk bagi kedua-dua bahagian bercantum.

Next, sapukan kuning telur kat atas puff yang telah siap dikelim dan tabur sikit serbuk oregano. Akhir sekali bakar dalam pre-heated oven selama 20-30 minit pada suhu 200 degrees untuk fan oven (atau ikut saja instruction nak pakai setting oven apa pada packaging ready made puff pastry yang dibeli). 

Masa penyediaan untuk buat puff ni dalam 15-20 minit je. Senang, simple dan sedap! Oh, ya, kesedapannya bergantung jugak kepada kesedapan inti karipap yang korang buat ye...Ismael ngan Ielyas makan sorang seketul dah cukup kenyang dah. Mama ngan papa makan sorang dua ketul. Tapi papa sebenarnya nak lagi la....

Rupa curry n cheese puff yang telah siap masak. Sorry, kualiti gambar kureng skit sebab aku ambik gambar bawah lampu kuning, tak tukar setting apa-apa pada kamera sebab nak cepat.

6 comments:

Me, Myself and I said...

sedapnya.. hari ni terus singgah sainsbury cari puff pastry tu.. esok nak buat sardine puff.. thanks for the ideas..

Naflyna said...

Haah la...blh buat sardine puff plak. Thanks to you too for the brilliant idea :)

Unknown said...

nampak sedapnya.. eh puff pastry tu kat msia ada jual x? ke kena uli sendiri? hu hu...

p/s: salam maalhijrah lin

Naflyna said...

Aku pernah tengok dalam blog masak2 cik mat gebu dia kata ada jual kat supermarket kat kl or selangor aku rs senang cari. Kat kuantan tak tau le ada jual ke tak

Unknown said...

kak lyn, terer masak le ni..

Naflyna said...

Hahaha....fatehah sudah jumpa blog kak lyn. Malunyer dengan blog penuh sawang ni. Mana ada terer masak. Yg mudah2 reti la buat