Di UK biasanya kat pesta, theme park atau kids activities kat mall akan ada face painting. Even kalau kita nak buat birthday party untuk anak pon kita boleh hire artist datang umah untuk face painting budak-budak yang datang birthday party anak kita. Untuk face painting kat tempat awam kami tak pernah bagi Ismael atau Ielyas cuba lagi setakat ni. Tapi beberapa bulan lepas hasben aku teringin nak bagi depa cuba. Jadi hasben pon cari le pensel warna/crayon untuk face painting tu. Tak sangka plak Ismael suka sangat dengan face painting. Ielyas plak, masa first time papa dia lukis kat muka depa dua beradik ala-ala lanun pakai kaler hitam few weeks ago, lepas Ielyas tengok kat cermin terus dia suruh basuh. Huhuhu.....dia rasa tak comei kot....
Semalam aku plak cuba test power melukis rupa harimau. Ala....aku tiru je dari bekas warna face painting tu. Aku lukis kat muka Ismael dulu. Pastu Ielyas gaduh nak jugak. Aku mula-mula rasa macam tak mau lukis kat muka Ielyas sebab aku takut dia suruh basuh sebaik saja dia tengok cermin. Tapi semalam dia seronok. Siap dua beradik dok sengih-sengih depan cermin belek muka depa. Agaknya hasben aku lukis ari tu dia rasa tak nampak macam apa-apa kot. Dia nampak comot je agaknya (hasben tak pandai melukis ni....). Hahaha......
Berangan jadi rimau le tu.... |
No comments:
Post a Comment