Tuesday, April 28, 2015

Ismael's First School Trip

Today is the first time Ismael gi school trip. School trip tu untuk semua budak Foundation Stage 2 di skolah dia ke Chestnut Centre. Trip ni adalah trip pertama Ismael tanpa mama n papa. Kena bayar £15 untuk gi trip. Jumlah pelajar yang gi dalam around 40+ rasanya (dari dua kelas). Cikgu pengiring ada 12 orang! Ramai cikgu yang mengiring rasanya atas sebab safety atau memang standard procedure untuk bawa budak kecik kot. 

Ismael dah ready nak ke school trip. Arini pakai waterproof jacket sebab cuaca diramalkan hujan.

Kami rasa excited jugak masa hantar Ismael ke skolah hari ni. Masa kami sampai di kelas dah ramai budak-budak sampai. Ramai lah ibu bapak dok tunggu dalam kelas, tak macam hari lain yang mana biasanya lepas hantar ramai yang terus balik. Masing-masing agaknya berperasaan macam kami, excited dan pada masa yang sama risau sebab first time depa jalan tanpa kami. But we know Ismael will be fine.

Sampai kelas cikgu suruh ambik lunch pack masing-masing

Dalam lunch pack tu ada sebotol kecik air mineral, roti+cheese slice, cookie n an apple.

Lepas ambik lunch pack kena pakai safety bib. Kat belakang bib tu ada tulis nama skolah.

Kami tungu sampai bas yang bawa rombongan bergerak. Unfortunately masa Ismael dah naik bas aku tak nampak kelibat dia sebab dia duduk di tengah dan badan dia kecik ditambah plak dengan cermin tingkap bas yang agak gelap. So, masa bas bergerak tu aku lambai je dengan harapan dia nampak. Tak sabar rasanya nak tanya dia macam-macam soalan bila dia balik nanti :)

Tuesday, April 21, 2015

Amigos Mexican Kitchen

Tengah hari Sabtu lepas kami cuba restoren Amigos, satu restoren yang menyajikan hidangan Mexico. Tak jauh pon. Kat Sheffield ni je. To be specific, restoren tu terletak kat London Road. Dah lama dah kami tengok kawan post foto kat FB. Bukan sekali dua tapi banyak kali. In fact, masa aku first year dulu ada sorang professor siap promote restoren tu dalam kelas Fuzzy Logic yang aku pernah attend. Tapi kami tak pernah try walau pon dalam hati memang teringin nak try. Kalau tak silap tahun lepas ada le kami try gi tapi tutup la plak. Baru-baru ni ada lagi kawan tayang gambar dia n famili makan kat Amigos. Kawan tu baru je datang Sheffield tahun lepas tapi dah cuba Amigos dulu dari kami. Tak boleh jadi. Jadi Sabtu tadi hasben decide kami lunch kat Amigos.


Masa kami sampai tu restoren tu baru je bukak. Kami pelanggan pertama untuk hari tu. Sebab takde orang aku pon pulun le amik gambar. Kalau orang ramai masa tu sah takkan ada post ni. Rupa kat dalam restoren aku kira jauh lebih selesa daripada restoren halal lain yang kami pernah gi kat UK ni. Kira cantik jugak la interior dia. Tak lama lepas kami sampai, ramai jugak famili mat salleh masuk. So, aku andaikan restoren ni ada tarikan tersendiri. 



Of course le makanannya halal. Kalau tak halal konpem kami tak gi. Waiter yang layan kami tu sangat friendly n helpful. Kami nak order milk shake saiz regular untuk anak-anak dia siap bagitau ada jugak jual saiz untuk kids. Bukan setakat jimat malah just nice dengan kemampuan Ismael n Ielyas untuk habiskan.




Kat bawah ni antara apa yang kami order:

Taco tray. Yang ini aku paling suggest untuk dicuba. Sedap! 

Nachos, guacamole & fresh tomato salsa

Chicken mole burritos

Chicken chipotie quesadillas 

Chicken panini

Chocolate and banana milk shakes 

Pada pendapat aku kalau first time nak cuba elok cuba taco tray and nachos. Sebab kami rasa itu je dah kenyang untuk 2-3 orang dewasa makan. Kami order banyak sebab tak sangka taco tray tu grand yang amat hidangannya. Sudahnya yang lain-lain tu masing-masing half je kami makan. Mujur boleh tapau bawak balik. Jadi selamat la malam tu aku tak payah pikir nak masak apa untuk dinner. Hehehe.... Actually aku rasa 3 hidangan lain yang kami makan separuh tu isi dalamnya almost the same dengan salah satu atau kombinasi bahan dari taco tray. Aku rasa la.....Cuma bahan nak cover inti n hidangan sampingan yang membezakan burritos/panini/quesadillas daripada taco tray. Apa pon aku rate Amigos as not bad since restoren ni lain dari yang lain. So, dalam hati kira ada intention nak cuba lagi. Kata kawan aku, pergi kat sini terubat la jugak rindu dengan Chili's. Aku tak pernah cuba Chili's kat Malaysia jadi tak boleh nak buat comparison. 

Sebelum balik anak-anak siap dapat coklat n belon. Pandai tuan restoren ambik hati pelanggan.

Monday, April 20, 2015

Signs of Spring

Spring di UK dah sangat ketara. Sana bunga, sini bunga. Jom layan tengok bunga! Sila layan sekali gambar orang baju kaler purple yang suka bunga. Hahaha…..



































Masa spring tengok bunga memang syok. Tapi jadi tak syok pulak bila semakin ramai yang pakai baju tak cukup kain. Jenuh jugaklah nak menjaga pandangan, takut ilmu di dada yang tak berapa nak banyak ni hilang melayang. Huhuhu….