PhD student perempuan kat department aku tak ramai. Bilik postgrad yang aku duduk dengan kapasiti untuk lebih 20 student skang ni semuanya lelaki kecuali dua orang dan of course le aku salah sorangnya. Itu pon budak pompuan yang sorang lagi tu tak datang buat kerja kat universiti. Jadi tinggal aku sorang je perempuan yang nampak kat situ.
Sebelum tu ada 3 orang yang lain. Tapi semuanya dah berjaya abis PhD masing-masing last year. Ketiga-tiganya Chinese. Dua daripadanya Chinese from China dan aku tak berapa kenal sebab depa suka buat hal sendiri. Sorang lagi tu British Chinese. Namanya Carmen dan kami mula kenal lebih rapat masa kami duduk satu bilik di ofis sementara kami yang mana masa tu ofis asal kami tengah refurbish. Lama jugak kami di ofis sementara tu. Kami dok berdua je untuk satu bilik ofis yang aku kira sangat besar untuk dua orang. Sebelum pindah ke ofis sementara aku perasan Carmen ni jenis jarang datang universiti buat kerja. Tapi masa kami duduk di ofis sementara dia kerap jugak datang. Maybe sebab dia perlu kerap jumpa sv dia masa tu. Bila datang ofis macam-macam le kami borak. Adakala borak kosong je dan adakala borak berisi jugak.
Kalau nak describe dia dalam 3 perkataan aku pilih: brilliant, helpful, frank. Sebelum buat PhD dia kata dia kerja as an engineer kat satu company. Dia kata masa tu antara tugas dia buat controller untuk helikopter. Giler hebat! Bila kami sembang-sembang lagi baru aku tau rupanya degree dia dari Cambridge University. Mak oiii.....patut le kerja hebat.
Ada satu citer nak menunjukkan Carmen ni seorang yang berterus-terang. Ini citer sebelum kami pindah ke ofis sementara. Masa tu ada satu PhD student dari bilik postgrad lain dok chatting kat YM di bilik postgrad kami. Chatting tu takpe le lagi kalau suara dia pelan. Ini chatting sampai satu opis boleh dengar. Memang aku pon stress jugak le sebab kerap sangat. Masalahnya bila dia nak chatting je dia akan datang ke bilik postgrad kami. Pelik dan geram! Masa tu takde sapa berani nak pi tegur dia maybe sebab masing-masing malas nak cari gaduh. Satu hari dia tengah chatting tu kebetulan Carmen kat ofis. Carmen bangun dan gi ke budak tu dan mintak dia chatting kat luar.
Lepas Carmen abis PhD dia dapat kerja contract jadi research assistant kat department kami. Tapi aku dah jarang dapat jumpa dia sebab dia dah pindah ofis dan dia jugak banyak buat kerja dari rumah. Last Wednesday aku terserempak dengan dia dan dia bagitau aku dia dah nak pergi kerja kat tempat lain. So, aku hilang le satu kawan pompuan kat department. Mujur terserempak hari tu. Rupanya sehari sebelum tu adalah hari terakhir dia bekerja dan hari aku terserempak ngan dia tu dia datang untuk hantar report untuk research yang dia dah buat dan nak kemas-kemas barang angkut bawa balik.
Bergambar kenangan dengan Carmen masa hari dia datang kemas barang dia. |
Hari Khamis aku tak ke universiti sebab entertain anak-anak untuk satu hari sempena cuti sekolah. Hari Jumaat aku gi universiti (Bank Holiday tapi aku tetap gi universiti) dan ada sesuatu kat atas meja aku.
Goodbye Carmen! Gonna miss her. |
No comments:
Post a Comment