Thursday, April 9, 2015

The Big Herb Giveaway


Jangan salah faham. Ini bukan post untuk bagi giveaway. Ini citer aku dapat giveaway. Huhuhu.... Recently, Sheffield On A Plate team dari Green Space (mcm satu persatuan) di universiti kami ada bagi starter pack untuk tanam herb. Giveaway tu hanya untuk postgrad students saja. Tak pasti plak kenapa untuk postgrad students je. Maybe sebab postgrad students je yang ramai tak gi bercuti untuk easter break kot especially PhD students.

Giveaway tu di offer melalui email n untuk the first 350 students yang reply email. Sehari selepas aku reply email aku pon pi le amik kat tempat yang diberitahu, dalam students' union building dengan ditemani encik suami.

Inilah Green Space tempat di mana aku pi amik giveaway tu.

Rupanya aku antara orang yang terawal ambik starter pack tu. Dah terlanjur ke Green Space tu kami pon tengok le apa yang ada kat situ. Sebelum ni kami tak pernah singgah situ. Kami jugak tak pernah tahu apa fungsi sebenar Green Space. Yang aku tau antara aktiviti Green Space adalah kumpul bahan makanan bertin yang student tak mau simpan masa cuti panjang n then beri pada mereka yang memerlukan. Itu yang aku tau la. 

 Grow your own herb packs diletak dalam beg plastik hijau 

Tengok-tengok jap apa ada kat situ. Takde sapa pon jaga kat situ masa kami gi tu. Takde sapa  pon nak curi barang kat situ kot tu yang berani depa biarkan tak berjaga. Lagi pon CCTV trang tang tang ada kat depan pintu dia. Tapi kalau kat Malaysia sah akan ada yang berani datang  masuk curi walaupon ada CCTV. Pakai helmet ada tutup gelap depan muka dah boleh curi dengan selamat.  Kreatif tak bertempat. 


Antara perkara lain yang dilakukan oleh Green Space
Lagi perkara lain yang dilakukan oleh Green Space

Starter pack tu diletak dalam beg plastik kaler hijau n kat dalam tu ada 2 jenis benih herba. Setiap beg plastik tak semestinya dapat combination benih herba yang sama dengan beg plastik yang lain. Tapi aku tak tau. Bila balik n baca email semula baru aku tau. Aku sebenarnya berharap aku dapat thyme, pudina or rosemarry. Tapi aku dapat rocket n spinach. Patutnya aku tengok dulu masa ambik tp sebab masa tu aku ingat dapat sama je jadi aku tak sibuk nak pilih. 


Starter pack contents yang aku dapat. Dah siap tanam dah tapi lupa plak nak amik gambar.

1 comment:

Nadt said...

menariknya bagi green give away. hope malaysia pun ble buat macam ni untuk galakkan green environment kan. anyway, your blog is so nice!