Sunday, April 12, 2015

Lunch with Baskin Robbins

Minggu ni spring di UK secara puratanya panas luar biasa sampaikan keluar newspaper headline: "British Early Summer". Actually takde le panas tapi panas yang just nice dan aku masih lagi pakai baju panas bila keluar. 

Dah cuaca panas teringin plak nak makan aiskrim. Jadi Selasa lepas aku n hasben gi makan aiskrim Baskin Robbins masa lunch hour. Kedai BR yang kami gi tu baru je bukak. Tak jauh dari department kami. Jalan kaki relax-relax dalam 3 minit gitu. 



Dalam kepala aku ingat nak makan aiskrim dulu as starter for lunch but then lepas makan aiskrim BR dengan dua scoop dah kenyang amat. So, aritu kami lunch makan aiskrim je. 


Kalau di Malaysia aiskrim BR memang favourite aku. Tapi kat sini so-so aje sbb aku rasa kat sini aiskrimnya macam lebih creamy (rasa susu), tak sama macam rasa aiskrim BR di Malaysia which is not my taste. Tak tau la sama ada perasaan aku atau memang betul. Kalau betul i guess untuk memenuhi citarasa orang tempatan. Untuk pengetahuan aiskrim yang jual kat sini rata-rata rasanya lebih creamy daripada aiskrim standard yang jual di Malaysia. At first aku ingatkan perasaan aku je (skang aku cerita pasal kedai aiskrim selain brand BR). But then masa kakak aku datang UK dulu n dia cuba aiskrim kat sini dia akui perkara yang sama. But she was lucky because she likes it. Walaupon aiskrim BR kat sini tak memenuhi taste aku itu tak bermakna aku takkan makan aiskrim BR lagi. Cuma nasib baik takkan excited sangat la nak makan lagi. Alhamdulillah, jimat duit. Huhuhu....



Lepas kenyang makan aiskrim kami amik gambar kat bawah pokok yang lebat dengan bunga tak jauh dari kedai BR. Bunga apa aku tak tau tapi cantik la. Malangnya hanya ada ipad je nak amik gambar so tak dapatlah nak abadikan kenangan pada tahap profesional (profesional la sangat) dengan bayang segelap arang menyimbah aku. Kira bolehlah daripada takde. Huhuhu....


Nota kaki:
Universiti kami universiti dalam bandar. Tak jauh dari universiti boleh shopping/makan macam-macam. Department aku antara department yg paling dekat dengan segala macam kedai yang best-best n within walking distance je. Kena sentiasa kuatkan keazaman mengadap kerja. Kalau tak alamatnya lagha selalu. Hahaha....

No comments: