Tengah hari Sabtu lepas kami cuba restoren Amigos, satu restoren
yang menyajikan hidangan Mexico. Tak jauh pon. Kat Sheffield ni je. To be
specific, restoren tu terletak kat London Road. Dah lama dah kami tengok kawan
post foto kat FB. Bukan sekali dua tapi banyak kali. In fact, masa aku first
year dulu ada sorang professor siap promote restoren tu dalam kelas Fuzzy Logic
yang aku pernah attend. Tapi kami tak pernah try walau pon dalam hati memang
teringin nak try. Kalau tak silap tahun lepas ada le kami try gi tapi tutup la
plak. Baru-baru ni ada lagi kawan tayang gambar dia n famili makan kat Amigos.
Kawan tu baru je datang Sheffield tahun lepas tapi dah cuba Amigos dulu dari
kami. Tak boleh jadi. Jadi Sabtu tadi hasben decide kami lunch kat Amigos.
Masa kami sampai tu restoren tu baru je bukak. Kami
pelanggan pertama untuk hari tu. Sebab takde orang aku pon pulun le amik
gambar. Kalau orang ramai masa tu sah takkan ada post ni. Rupa kat dalam restoren aku kira jauh lebih selesa daripada restoren halal lain yang kami pernah gi kat UK ni. Kira cantik jugak la interior dia. Tak lama lepas kami sampai, ramai jugak famili mat salleh masuk. So, aku andaikan restoren ni ada tarikan tersendiri.
Of course le makanannya halal. Kalau tak halal konpem kami
tak gi. Waiter yang layan kami tu sangat friendly n helpful. Kami nak order
milk shake saiz regular untuk anak-anak dia siap bagitau ada jugak jual saiz
untuk kids. Bukan setakat jimat malah just nice dengan kemampuan Ismael n
Ielyas untuk habiskan.
Kat bawah ni antara apa yang kami order:
Pada pendapat aku kalau first time nak cuba elok cuba taco tray and nachos. Sebab kami rasa itu je dah kenyang untuk 2-3 orang dewasa makan. Kami order banyak sebab tak sangka taco tray tu grand yang amat hidangannya. Sudahnya yang lain-lain tu masing-masing half je kami makan. Mujur boleh tapau bawak balik. Jadi selamat la malam tu aku tak payah pikir nak masak apa untuk dinner. Hehehe.... Actually aku rasa 3 hidangan lain yang kami makan separuh tu isi dalamnya almost the same dengan salah satu atau kombinasi bahan dari taco tray. Aku rasa la.....Cuma bahan nak cover inti n hidangan sampingan yang membezakan burritos/panini/quesadillas daripada taco tray. Apa pon aku rate Amigos as not bad since restoren ni lain dari yang lain. So, dalam hati kira ada intention nak cuba lagi. Kata kawan aku, pergi kat sini terubat la jugak rindu dengan Chili's. Aku tak pernah cuba Chili's kat Malaysia jadi tak boleh nak buat comparison.
No comments:
Post a Comment