Wednesday, April 15, 2015

Puzzle Marathon

Malam Khamis last week Ismael n Ielyas telah bekerjasama menyiapkan puzzles yang depa ada. Mula-mula tu depa buat berdua je. Aku tengok je sambil buat kerja aku. 

Masa aku tengok Ismael ngan Ielyas susun puzzles yang depa dah siapkan jadi bentuk robot ni aku rasa excited n trus join sekaki.

Pastu bila tengok depa dua beradik bersungguh aku rasa excited plak. Pastu aku terus join depa siapkan puzzle yang lain. Tak lama pastu papa depa pon terpengaruh sama. Hahaha....Untuk bagi depa seronok kami decide untuk siapkan seberapa banyak yang boleh sebelum masuk tido. Dan hasilnya adalah seperti dalam gambar kat bawah. Ismael n Ielyas pandai main puzzle. Banyak yang depa boleh sambung sendiri.

Inilah antara hiburan murah di rumah untuk anak-anak. Murah sebab semua puzzle yang depa ada kecuali dua set (satu hadiah birthday Ielyas orang bagi dan satu lagi hadiah dari ayah Anzalna) kami beli dari carboot sale atau charity shop je. Satu set duduk dalam satu kotak dan satu set tak bermakna hanya satu puzzle. Boleh jadi ada 2-8 puzzles. Kalau di carboot sale satu set boleh dibeli dengan harga 20-50 pence. Kedai charity biasanya mahal sikit tapi still jauh lebih murah dari harga brand new dan sambil tu mengumpul saham akhirat secara tak langsung sebab membeli sambil menderma. 

Puzzle yang berjaya disiapkan sebelum kami masuk tido. Ada yang lompong sebab hilang dan ada jugak sebab memang masa beli tu dah tak cukup.

2 comments:

Me, Myself and I said...

boleh geng dgn Alma jgk..tetiap hari nk buat puzzles.. kitaorg pun gigih cari puzzle books kalau pg charity dan pop-up books.

Naflyna said...

Thumbs up to Alma 😃