Cuti skolah 2 minggu 28 Mac - 12 April (Easter break) tadi kami takde gi jalan jauh. Setakat yang dekat je. Itu pon kami ambik off 2 days (satu hari dari minggu pertama n satu hari dari minggu kedua) demi anak-anak. Kesian kat Ismael ngan Ielyas sebab kalau tak ke mana-mana depa akan terperuk je lah kat rumah selain dari gi main tenis petang Sabtu dan main kat blakang umah.
Cuti satu hari, hari Khamis minggu pertama tu pon kami plan n decide last minute lepas pasti cuaca hari tu betul-betul baik untuk bawa anak-anak ke Alton Towers theme park. Kami decide pagi hari kami nak gi tu. Untuk pengetahuan Alton Towers theme park ni macam Genting Theme Park tu. Tapi Alton Towers jauh lebih besar n lebih best lagi.
Actually tahun 2013 kami pernah gi dah ke Alton Towers tapi kami tak cek kat website yang theme park dia rupanya tutup masa tu. Kami gigih gi masa tu sebab nak utilize Merlin Pass yang kami ada. Tahun 2014 kami tak berniat nak ke Alton Towers sebab mengambil pengajaran dari pengalaman kami gi Chessington World of Adventures dan jugak Legoland Windsor pada tahun 2013 (Dua-dua theme park ni kami masuk dengan Merlin Pass). Masa tu Ielyas kecik lagi, blom pi nursery pon lagi. Tapi bukan masalah dia pergi nursery ke tidak. Kiranya bukan masalah umur dia tapi masalah dengan ketinggian dia. Banyak rides untuk budak-budak required minimum height 90 cm dan Ielyas masa tu tak memenuhi syarat tu. So, most rides memang dia tak dapat naik. Tak dapat naik tu takpe. Masalahnya member melalak le tengok abang dia seronok naik rides. Kalau dia tak dapat naik kami mak ayah ni pon rasa tak best sebab tak dapat bergembira bersama. Atas sebab tu kami simpan dulu Alton Tower visit.
Beberapa hari sebelum kami betul-betul decide nak ke Alton Towers kami ukur dulu ketinggian Ielyas. Alhamdulillah tinggi dia lebih sikit dari 90 cm. Kira elok-elok la. Kalau ngam-ngam tak berani juga nak gi sebab takut alat pengukur kat theme park tu ukur kurang plak.
Jarak perjalan nak ke Alton Towers dari Sheffield lebih kurang sejam setengah. Masa kami sampai ke sana tu kira awal la jugak sebab tempat carpark banyak yang masih kosong. Dari carpark nak ke theme park boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau naik monorail for free. Oleh sebab pekerja yang jaga parking tu kata kami maybe tak perlu tunggu lama untuk naik monorail sebab masih awal kami decide untuk naik monorail. Alhamdulillah, kami kena tunggu dalam 10 minit macam tu je dah sampai turn kami. Kira tak lama la tu sebab pernah orang citer depa kena tunggu lebih 1/2 jam!
Alton Towers theme park terbahagi kepada beberapa bahagian. Kami sebenarnya target satu bahagian je iaitu CBeebies Land sebab kat situ le banyak rides yang Ismael ngan Ielyas boleh naik dan kami tak rasa kami boleh naik banyak rides sebab kami jangkakan orang ramai sempena cuti sekolah. Lagi pon kami expect Ismael n Ielyas akan suka bahagian CBeebies Land sebab dia dibina berdasarkan watak-watak kartun dan rancangan dari CBeebies channel, channel untuk budak-budak yang biasa Ismael n Ielyas tengok. Alhamdulillah kami tak perlu tunggu turn lama untuk naik mana-mana ride di CBeebies Land. Most rides kami hanya perlu tunggu about 5 minutes or less. Alhamdulillah, semua rides yang ada kat situ kami dapat naik. Ielyas nampak sangat enjoy. Ismael a bit moody but he still tried to enjoy.
|
Cer tengok peta kawasan Alton Towers theme park ni. Besar kawasan dia. Ada orang review kat Trip Advisor suggest kalau nak gi ke sini n nak merasa semua bahagian kena gi 2 hari. Kami rasa review tu betul sebab kami yang gi awal dan balik bila dah nak tutup pon hanya sempat gi 2 bahagian je. Itu pon bukan semua rides/game/visit point kami gi. |
Di CBeebies Land ada Octonauts rollercoaster yang kalau aku tak silap baru bukak last year. Bukan rollercoaster cikai simple walaupon untuk budak kecik. Masa aku mula-mula tengok rollercoaster tu punya ketinggian maksimum dan darjah kejunaman track dia aku tak expect Ismael ngan Ielyas boleh naik. Surprisingly, minimum height requirement is 90 cm! Bukan budak je enjoy naik rollercoater, mak bapak budak yang meneman pon syok jugak. Hahaha.....Masa mula-mula cuba naik tu kami kena tunggu dalam 20 minit. Ismael ngan Ielyas seronok sangat. Ismael siap ketawa seronok masa rollercoaster tu turun laju menjunam. Masa tu kami realized CBeebies Land bukan level Ismael sebab most rides n mainan kat situ tak mencabar untuk dia. Patut le masa mula-mula dia moody skit.
|
Dengan maskot Tree Fu Tom |
|
Ride bertemakan kartun Numtums |
|
In The Night Garden Magical Boat Ride. Yang ni kami tunggu lama sikit untuk naik sebab boat dia slow motion skit n ada boat yang naik satu family je, depa tak nak orang lain naik. Jadi muatan boat tidak di gunakan sepenuhnya membuatkan masa menunggu lebih lama. |
|
Justin House Pie-O-Matic Factory. Kat dalam tu boleh main tembak-tembak. Memang best la. |
|
Rupa kat dalam Justin House |
|
Main tembak-tembak kat dalam Justin House ni jauh lebih cool dari yang kat indoor playground yang kami pernah bawak anak-anak main. |
|
Charlie and Lola |
|
Charlie and Lola's Moonsquirters and Greendrops |
|
One of activities yang boleh budak-budak buat dalam Charlie and Lola house |
|
Kat CBeebies Land bagusnya kat tempat beratur nak naik ride ada mainan untuk budak-budak. Jadi takde le depa bosan sangat menunggu. |
|
Postman Pat Parcel Post ride |
|
Nina's Science Lab |
|
Inside Nina's Science Lab |
|
Inside Nina's Science Lab |
|
Yang ride nampak kat sebelah kiri tu Get Set Go Tree Top Adventure |
|
Selesai naik Get Set Go Tree Top Adventure. Ielyas dah turun dengan aku. |
|
Persembahan Zingzillas. Dua beradik kusyuk menonton. |
|
Octonauts rollercoaster. Naik rollercoaster ni adalah pengalaman rollercoaster pertama Ismael n Ielyas. Yang ni kami naik 2 kali. Kali pertama tunggu untuk naik kena tunggu 20 minit. Kali kedua kena tunggu 5 minit je. |
|
Ismael cuba main gendang kat Sensory Garden |
|
What is inside Mr Tumble sporty bag? Alhamdulillah, Ielyas boleh jawab semua jawapan dengan betul untuk semua beg yang ada kat Sensory Garden. |
|
Kami sempat jugak naik cable car. Hasben tengah study kat mana destinasi seterusnya. |
Oleh kerana kami masih banyak masa melebihi jangkaan kami, kami gi jugak ke bahagian Katanga Canyon. Haa.....kat bahagian ni baru Ismael nampak enjoy. Ielyas kira lebih bertuah sebab kat CBeebies Land dia enjoy, kat Katanga Canyon pon dia enjoy. Alhamdulillah, kami memang bertuah sebab semua rides yang kami nak naik di Katanga Canyon kami tak perlu tunggu lama. Kat situ kami paling suka naik Congo River Rapids n Runaway Mine Train. Runaway Mine Train tu rollercoaster jugak. Tapi lagi dahsyat dari Octonauts rollercoaster. Guess what, Ielyas boleh naik! Aku mula-mula rasa macam tak percaya Ielyas boleh naik sebab memang laju macam roller coaster standard untuk orang tua. Kecut perut la masa few times turun menjunam. Bagusnya Ismael ngan Ielyas ketawa seronok. Hahaha.....Memang cool la anak-anak kami.
|
Congo River Rapids ni kami naik 2 kali. Seluar dan kasut kami habis basah. Dalam gambar ni maybe korang tengok macam biasa je sebab ini gambar kat hujung ride. Aku tak boleh nak ambik gambar masa dalam perjalanan sebab laluan dia macam main water rafting. Jadi takut kamera terpelanting atau paling tidak kena air. Sayang kamera beb.... Bukan tu saja, takut jugak dengan aku sekali terpelanting. Paling penting nak kena observe anak-anak. Laluannya panjang dan adventure jugak especially dalam keadaan kami ada dua budak kecik. This ride is one of the must try rides at Alton Towers. |
|
Muka hasben puas hati dengan Congo River Rapids. Ismael macam tergamam sebab dia tak sangka ride tu macam tu. Tapi bila tanya nak naik lagi ke tak, dia angguk. |
|
Runaway Mine Train. Ni pon kami naik 2 kali. |
|
Ride ni memang awsome sampai Ismael senyum sepanjang ride dan ketawa berdekah-dekah bila sampai part menjunam masuk terowong lalu tepi laluan Congo River Rapids (refer foto). Gambar ni kami beli £10, dapat sekeping gambar ngan soft copy skali download dari website yang dia bagi. Mahal tapi nak simpan kenangan kami beli. |
|
Duel, rumah hantu yang dalamnya kita naik ride sambil main tembak-tembak guna cahaya laser. Kami pernah main ride macam ni kat beberapa tempat lain sebelum ni tapi kat sini yang paling best sebab boleh tembak sampai tak larat nak tembak dah. Huhuhu.... |
Di Katanga Canyon hanya satu je target kami nak main yang tak sempat iaitu Battle Galleons. Mainan tu dah tutup sebab masa tu dah dekat kol 5 petang, theme park nak tutup dah. Ismael memang jelas kecewa sebab kat situ dia sempat tengok boleh main tembak-tembak air. Tapi nak buat macam mana. Walau macam mana pon dia sempat jugak la merasa tembak dari tepi, tembak budak-budak last round yang sempat naik pirate ships kat situ.
|
Battle Galleons |
Lepas tu kami pon keluar dari theme park. Semua rides dah tutup sebab theme park dah nak tutup kan. Kira kami main sampai tutup la. Huhuhu....Lepas makan bekal kami kat kerusi rehat depan pintu masuk theme park kami ke carpark jalan kaki. Kami tak tunggu monorail sebab kalau tunggu sah lama sebab barisan pon memang nampak sangat panjang. Kami nak kejar waktu solat. Jauh jugak menapak. Rasa macam lebih 10 minit jugak kami berjalan. Walau pon Ismael n Ielyas letih mujur depa tak request nak dukung. Kalau tak kami laki bini konpem super letih. Huhuhu....
Melalui pengalaman kami, pekerja-pekerja kat theme park mostly layan pengunjung dengan baik terutamanya kat CBeebies Land. Walaupon kalau ikut kat hujung waktu dah nak tutup depa sepatutnya dah keletihan, tapi kebanyakan depa masih mampu senyum dan beramah mesra dengan pengunjung.
Alhamdulillah, pengalaman yang sangat seronok dengan anak-anak. Kami seronok sangat bila depa seronok. Reward untuk depa yang sabar tunggu kami yang selalu balik lambat dari universiti.
Sesapa nak gi Alton Towers selepas 17 April boleh le try ke Enchanted Village. Bahagian baru di Alton Towers. Aku expect mesti cantik tempat tu sebab promo pon baik punya.
Tips nak pergi melawat Alton Tower:
- Rajin-rajin le tengok suratkabar (biasanya suratkabar yang kena beli, bukan dapat free) kot-kot boleh dapat tiket free dengan kumpul kupon dari suratkabar.
- Kalau takde kupon suratkabar gi le beli cereal yang ada bagi offer untuk tiket masuk. Macam kami hari tu kami beli satu tiket dewasa dapat satu tiket dewasa free sebab bawa kupon potong dari kotal cereal yang kami beli. Kadang-kadang beli diaper jenama Pampers pon boleh dapat kupon jugak.
- Pergi awal supaya parking tak jauh sangat dari stesen monorail atau tak jauh sangat dari theme park kalau nak kena jalan kaki. Pergi awal jugak supaya boleh naik banyak rides. Baru berbaloi bayar mahal harga tiket masuk.
- Jangan pergi during weekend terutamanya weekend masa cuti sekolah sebab dari pengalaman semua kawan-kawan kami yang gi during weekend depa terpaksa tunggu lama untuk naik rides. Ada kawan kami dia kata dia terpaksa tunggu 75 minit untuk naik Octonauts rollercoaster. Kalau itu situasi kami, sah-sah kami balik sebab Ismael ngan Ielyas konpem akan bosan dan menangis. Elakkan jugak gi masa public/bank holiday atas implikasi yang sama. Kami gi hari Khamis, memang best lah sebab orang tak ramai sangat. Puas lah naik semua rides yang mana sempat. In fact ada 3 rides kami ulang 2 kali. Hehehe.....
- Bagi yang ada anak kecik macam kami elok bawa bekal yang mudah nak makan macam sandwich, chicken wrap, kuih-muih atau roti supaya bila depa lapar bila-bila masa depa boleh makan even masa tengah beratur sementara tunggu nak naik rides. Mak bapak budak pon boleh tumpang sekaki bila kelaparan. Air lagi la jangan lupa kan. Nanti tercekik susah plak.
- Dicadangkan bawa bekal untuk jimat. Kat sini boleh bawa bekal. Pihak theme park allow kita bawa makanan sendiri. Tapi of course kalau mak ayah nak turut serta main tak mau arak tarak beg bekal tu kan. So, sewa le locker kat pintu masuk. Mahal jugak le sewa locker tu tapi nak main ke tak? Kalau tak mau bawak bekal pon boleh. Kat dalam theme park tu ada satu restoren halal di Katanga Canyon.
- Kalau nak main kat Katanga Canyon sangat digalakkan bawa baju hujan untuk semua yang nak main. Bawa siap-siap dari rumah kalau tak mau basah. Main/naik Congo River Rapids, Battle Galleons dan The Flume macam bohong kalau tak basah sebab berasaskan air. Masa kami gi tu aku perasan ada vendor machine jual instant rain coat kat area Battle Galleons. Harga satu £2 n mudah koyak sebab nipis. Macam mana aku tau mudah koyak? Sebab aku tengok orang pakai la. Kami bawak baju hujan ke hari tu? Of course tak sebab kami tak target boleh main kat Katanga Canyon dan kami anak beranak kebasahan sebab naik Congo River Rapids. Oh, ye. Kalau tak nak pakai baju hujan tapi nak keringkan baju pon boleh. Boleh masuk dalam mesin pengering dengan bayaran £2. Tapi tak sure plak kering setakat mana. Lagi satu option tanpa kos, bawak baju persalinan. Tapi kena gigih le gi menyalin baju. Satu lagi option, lantak pi lah basah! Option lantak pi adalah option kami. Hahaha....
|
Mesin pengering kat hujung laluan keluar dari kawasan Congo River Rapids ride. Boleh masuk 3-4 orang sekali gus tapi tak sure plak kering setakat mana. |
No comments:
Post a Comment