Wednesday, April 8, 2015

Langsai Satu Hutang

Alhamdulillah, last month aku dah bayar semua baki pinjaman PTPTN yang hampir mengambil masa 10 tahun untuk diselesaikan. So, langsai sudah satu lagi hutang duit dalam hidup aku. Kalau ikutkan surat pinjaman asal tempoh pembayaran balik adalah 15 tahun. Tapi sebab sebelum potongan gaji dibuat aku bayar lebih sikit jadi lepas dikira-kira secara anggaran aku akan dapat habis bayar tahun depan. 

Satu hari masa belanjawan dibentangkan kerajaan umumkan sesapa yang langsaikan hutang akan dapat diskaun 20%. Tapi sebaik saja dengar annoucement tu aku ingat nak let it go sebab bila kira value time of money macam tak untung sangat. Then bulan lepas bila tengok countdown offer diskaun 20% tu hampir ke penghujung aku pon buat le kira-kira adakah aku patut dan mampu nak bayar. Finally aku decide untuk bayar habis sebab secara kasarnya aku akan untung lebih dari RM500. Actually lepas settle bayar aku realize untungnya lebih banyak dari yang aku anggarkan. 

Aku uruskan pembayaran last minute jugak. Ada prosesnya jugak. Bukan main bayar gitu je. Ada beberapa siri berbalas emel dengan PTPTN agent. Mula-mula aku ingat dah tak sempat dah nak kejar due date diskaun 20% tu. Mujur PTPTN agent yang in charge untuk aku tu able to give quick response. 

Aku langsaikan bayaran 24 Mac. 30 Mac aku tengok pada penyata online secara rasminya aku terlepas dari hutang PTPTN. Alhamdulillah, lega sangat-sangat. Kalau tengok penyata kat bawah di bahagian baki keseluruhan pembiayaan tu dok dalam kurungan. Itu maknanya PTPTN hutang aku pulak. Hahaha..... PTPTN dah hantar surat kepada majikan untuk stop potongan gaji. So, next step adalah aku kena buat permohonan untuk claim balik lebihan bayaran. Tapi kena tunggu sampai potongan gaji tak lagi dibuat.


Skang ni tinggal hutang rumah saja lagi. Kalau dapat durian runtuh juta-juta boleh le langsaikan. Mana la tahu tetiba menang peraduan apa-apa. Hahaha....berangan tak ingat padahal takde masuk apa-apa peraduan pon. 


Nota kaki:
Teringat dulu masa zaman belajar dok gurau ngan kawan-kawan kata nak cari suami kaya supaya boleh tolong bayarkan PTPTN. Sudahnya masing-masing yang dok gurau-gurau dulu kawin ngan suami yang jugak berhutang ngan PTPTN. Hahaha.....

2 comments:

Sweetie said...

Kalau tak ada hutang... hidup ni sunyi! hahahahha! Hutang tu yang buat otak kita sentiasa berfikir, mcm mana nak selesaikan...

Naflyna said...

Hahaha....Aritu saya punya sibuk pikir nak bayar hutang sampai hilang few hours masa study. Sudahnya plan saya tertangguh skit. Selesai satu masalah, datang satu masalah lain dan otak terus berfikir nak selesai masalah. Huhuhu..