Friday, April 10, 2015

Cuppacha Bubble Tea

Siang hari dah mula panas skang ni memang sedap makan atau minum benda berais. Baru-baru ni ada sorang junior offer aku rasa bubble tea masa aku on the way nak ke surau. Sedap sangat plak aku rasa, ala-ala rasa teh o beng tapi lebih sedap lagi sampai hati aku ni terkinja-kinja nak gi beli. Tapi tahan saja hasrat hati masa tu sebab nak siapkan kerja yang punya la banyak.

Few days lepas rasa bubble tea adik junior tu kami laki bini ke Students' Union Building dengan dua tujuan: nak amik herb giveaway yang aku citer dalam post sebelum ni n jugak nak beli bubble tea. Dalam building tu ada satu kedai specialize jual bubble tea. Malangnya hajat kami nak menikmati bubble tea hari tu tak kesampaian sebab kedainya tutup disebabkan tengah musim cuti sempena Easter. 


Tengah hari semalam masa lunch hour tatkala cuaca terang-benderang, kami laki bini ke Cuppacha Bubble Tea, tak jauh dari universiti. Kami gi jalan kaki je. Alhamdulillah, kali ni hajat kami tercapai. Aku order Chocolate Milk Tea n pilihan aku memang sangat kena dengan selera aku. Sedap sangat cuma mahal skit. Satu cawan size regular harganya £3.45. Kalau large size £3.75. Dengan harga tu sekali-sekala boleh la. Kalau selalu, serabut kepala. Huhuhu....


Bagusnya setiap cawan bubble tea yang kita beli di Cuppacha tu kita boleh buat pilihan detail kandungannya: jenis jelly, sukatan gula, jenis minuman tu sama ada sejuk atau panas dan kalau nak sejuk kita boleh pulak pilih sukatan aisnya.

Chocolate milk tea with tapioca pearls was mine (di tangan kiri) while mango milk tea with coconut jelly was his choice.  Tengok tu hasben punya gembira dapat minum bubble tea. Hahaha....

Actually lepas tak dapat beli bubble tea kat Students' Union aritu aku dah pi beli tapioca pearl kat kedai oriental. Kengkonon nak buat bubble tea sendiri. Tapi tak sempat lagi nak buat. Kalau sempat this weekend nak cuba. Ismael ngan Ielyas mesti suka.

No comments: