Monday, April 22, 2013

Colours of Spring

Dalam post sebelum ni (klik di sini) aku ada cerita pasal kami gi Sheffield Botanical Garden. Tapi masa tu kami gi masa winter. So, tak banyaklah bunga yang dapat nak tengok. Oleh kerana spring yang sebenar dah mula menjengah since about two weeks ago kami plan nak gi skali lagi dengan harapan dapat tengok banyak bunga. Alhamdulillah, petang tadi harapan kami Allah makbulkan walaupun rasanya taman ni akan dipenuhi bunga lebih banyak lagi dalam 2-3 minggu akan datang. Rancangan kami untuk ke sana diketahui penghulu qariah Darnall,  di mana kami tinggal dan dia pon buat hebahan melalui FB di Qariah Darnall community untuk jalan-jalan beriadah di situ beramai-ramai. So, dalam jam 4 petang 5 keluarga berjaya berkumpul termasuk satu keluarga yang baru sampai kelmarin dari Malaysia dan kami pon jalan beramai-ramai sambil masing-masing seronok ambik gambar :) 

Untuk pengetahuan, Sheffield Botanical Garden ni salah satu a must go place dalam top five attractions di Sheffield. Inshaa Allah kami akan datang lagi ke sana.
































Freezer

Kekangan masa dan rasa malas nak gi beli lauk kerap sangat untuk makan sehari-hari membuatkan kami decide untuk beli freezer. Oleh kerana bahagian freezer peti sejuk umah kami tak cukup besar untuk menampung stok lauk jadi kami nekad untuk beli satu freezer. Lagi pon kat umah kami di Malaysia takde freezer lagi. Jadi ini barang kenangan dok UK yang pertama termahal yang kami akan bawak balik. Hahaha....PhD pon baru 6 bulan, dah berangan nak balik. OK lah kan, motivation untuk habiskan PhD cepat-cepat.


Before this every 3 or 4 days nak kena gi beli lauk. Kadang-kadang baru lepas balik universiti dalam kepenatan berfikir solution programming/macam-macam menda nak kena settle tetiba realize nak kena beli lauk sebab dah abis. Dari rumah kami nak gi beli lauk bukanlah dekat sangat. Tapi taklah jauh sangat, cuma bukan walking distance la. Alhamdulillah, sejak ada freezer ni kami cuma perlu gi beli lauk sminggu sekali je. Jadi bila balik umah dari universiti boleh la spend masa ngan anak-anak kat umah. What a relief....


Kami beli ni through online pada 7 April n penghantaran dijanjikan pada 8 April. Mula-mula nak beli kat Argos tapi sebab Argos takde stock kaler silver (nak matching ngan kaler fridge kami di Malaysia), aku try google pilihan yang lain. Finally, kami beli dari Appliances Online. In fact, harga dia lagi murah dari Argos dan penghantaran dibuat pada masa yang dijanjikan. Sangat puas hati :)

Note: 
Kat UK ni kalau nak beli apa-apa boleh buat comparison harga di internet. Dari nak beli petrol, survey electric n gas tariff, nak beli insurance kereta dan macam-macam lagi lah. Ada banyak website yang diwujudkan untuk pengguna buat comparison. So, pandai-pandailah buat pilihan untuk penjimatan.

Sunday, April 21, 2013

Car Boot Sale

Ramai orang Malaysia yang dok UK suka gi car boot sale yang biasanya dipanggil "car boot" je. Aktiviti terapi minda kata sorang Malaysian di sini. Bagi yang tak tahu, carboot ni macam pasar jualan barang-barang terpakai. Tapi ada juga barang yang dijual blom terpakai maybe sebab tuan punya nak jual sebab dapat hadiah dan dia dah ada benda yang sama atau serupa. Di panggil car boot sale sebab peniaga yang menjual akan bukak bonet kereta untuk pamer barang-barang jualan atau paling tidak kerana boot keretanya dipenuhi barang-barang nak dijual. 

Sebelum mai UK dan masa tu tak pernah terfikir pon nak mai further study kat UK, kami hanya pernah dengar cerita kawan-kawan yang pernah tinggal kat UK kata sronok sangat gi car boot. Bila kami merasai sendiri pengalaman gi car boot beberapa kali, serius memang sronok. Yang paling sronok aku rasa car boot masa spring dan dikatakan masa summer lagi beronok-ronok.

Kami nak masuk carboot Twin Oaks di J29. Ini gambar kami gi car boot tengah hari tadi. Car boot Twin Oaks ni dia pelik sikit sebab bukak waktu tengah hari. Semua carboot yang kami pernah gi bukak waktu pagi. Nampak macam biasa je kan? Takpe, tengok gambar seterusnya.

Yang ni pon tak menampakkan ke"grand"nan carboot lagi. Ini kami di pintu masuk kena bayar 1 pound fee per adult.

Haa....tu dia...Tapi ni korang hanya nampak sebahagian je ni. Baru view 1/3 keluasan tempat car boot ni.

Lagi suasana di carboot Twin Oaks

Kalau pi car boot kami aim yang bukan trader (orang yang bukan jual barang terpakai sebagai mata pencarian) sebab kalau yang bukan trader ni dia jual barang-barang sebab dia nak clear kan rumahnya dan dia biasanya akan let go dengan harga murah-murah dan kalau boleh dia nak balik umah dengan barang habis terjual. Kadang-kadang kalau dia dah rasa malas nak tunggu lama, dia akan bagi free je barang yang dia bawak yang sepatutnya nak jual. Untuk pastikan orang tu bukan trader, depa biasanya tak letak tanda harga. Tapi ada jugak trader yang tak letak tanda harga pada barang jualan dia. Trader biasanya susah nak tawar harga. Lagi satu, kawan kami bagi petua aim orang yang nak let go barang tu pakai kereta baru dan mahal. Maksudnya dia kaya dan dia memang nak kosongkan rumah dia je n duit jualan tu untuk sekadar ada hasil gitu-gitu je. Biasanya orang kaya mat salleh ni aku prasan depa cermat jaga barang-barang depa. Jadi barang-barang yang depa jual tu kalau kita perlu dan mau memang berbaloi beli.

Ada orang pernah kata kat kami tak perlu gi car boot sebab barang yang dijual barang yang nak dibuang dan ada yang lebih kasar lagi kata kat car boot ni jual sampah je. Amboi, sedapnya bahasa. Tak mau gi car boot takyahlah condemn lebih-lebih. Bagi aku, pandai-pandailah pilih barang nak beli. Kalau kita rasa berbaloi beli dan nak pakai, adakah itu sampah? Kalau korang bernasib baik, ada barang yang dijual depa hanya pakai beberapa kali je n nampak masih baru. Ada hari tu kami beli baby high chair, mat salleh tu jual siap dengan manual dia siap dok dalam plastik asal lagi. Dia macam dah plan akan jual semula baby high chair tu. Baby high chair tu plak memang nampak elok sangat. Almost look brand new. Rasanya kalau beli baru more than 30 pound. Tapi dia jual kat kami 7 pound je. So, sampah ke tu? Memang ada sesetengah barang yang dijual buruk benar (yg baru sesuai nak kata sampah) tapi bukan semua. Itu pon menda yang mungkin kita kata sampah, ada orang lain rasa dia boleh utilize benda tu. Tak payah le beli kalau tak berbaloi atau tak perlu atau tak mau. Dok kat UK ni kami as students dan berkeluraga pulak bukanlah kaya sangat dengan elaun yang taklah banyak mana (itu pon kami tetap bersyukur sebab kawan-kawan kat bandar lain di UK ni cost of living lebih tinggi). Kalau semua toys anak-anak mesti nak beli kat supermarket (sini tak pernah jumpa orang jual mainan murah-murah macam kat pasar malam kita di Malaysia) alamatnya tak terbeli sangat le. Mahal ooo...Toys yang baru-baru kat sini aku rasa mahal maybe sebab mainan kat sini high quality n really safe for kids. Omputih sangat particular dalam soal keselamatan budak-budak Eh, sori. Macam terkeluar tajuk plak. Terluah perasaan plak tetiba sebab terasa hati ada orang kata kami beli sampah. Huhuhu.....Ok mai kita tengok adakah kami beli sampah. Judge it yourself.

Mainan pertama anak-anak beli kat car boot Marshlane. Beli dengan harga 2 pound. Mahal skit sebab masa beli muziknya elok berfungsi n keadaanya nampak almost brand new. Tapi sebab Ismael ngan Ielyas selalu terjatuhkan, dah tak bunyi dah. However, Ielyas masih suka main helikopter ni. Dia dok selalu tarik helikopter ni ke sana ke mari. Memang berbaloi beli.

Mainan ni 10 pence je. Mcm 10 sen lah umpamanya. Tak mampu nak beli Beetle sbenar, bawa balik Beetle ni dah ok dah. Huhuhu...

Walker cum ride. 4 pound, Fischer Price tau. Kalau beli baru kat Malaysia more than RM200 ok! Music dia semua function elok lagi. Ielyas suka main ni

Yang ni 1 pound. Jadi rebutan antara Ismael dan Ielyas. Mainan kat sini aku prasan mostly jual yang high quality walaupun made in China. Toys kat sini smua soft edges and have fine finishing yang selamat untuk budak-budak main.

Ketiga-tiga ni 50 pence je. Buat habuan Ielyas menelepon sana sini dan Ismael amik gambar pemandangan indah kat UK.

Yang ni jadi target aku gi carboot skarang ni. Kat Malaysia susah nak cari buku budak-budak yang best. Kalau ada pon sangatlah mahal. Kat sini buku yang hard cover/pages siap ada muzik atau pop ups boleh dapat 20 pence to 50 pence je. Sangat murah.

Contohnya buku ni, every page is a hard page and ada pop up. Baru 20 pence that is approximately RM1. Masih elok yang amat keadaannya. Kalau buku macam ni kat Malaysia aku rasa more than RM30.

Kiri: Rocking horse ni masa kami beli nampak baru sangat-sangat macam tak pernah guna. Kuda tu kalau tekan telinganya akan kluar bunyi kuda n mulut dia boleh gerak-gerak lagi. Baru 2 pound. 
Kanan: Ismael ngan Ielyas suka main ni. Mainan ni nampaknya buat depa berfikir. 2 pound jugak. Masa kat Malaysia dulu aku nyaris-nyaris nak beli mainan yang serupa untuk Ismael di Ikea  yang harganya RM49.90! Rasanya yang kami beli ni lagi menarik kot


Oleh kerana Ismael ngan Ielyas suka tengok citer Pingu kami beli ni. Patung pingu ni ada bunyi-bunyi macam pingu bila digoncang. Sayap dia boleh gerak-gerak lagi. 20 pence je.

Yang ni baru 4 pound. Masih baru sebab masa beli surface nya nampak takde any scratch n plug dia pon masih ada lagi plug cover. In fact, aku rasa iron ni yang mulanya aku kata cikai sbenarnya lebih canggih dari apa yang aku beli kat Malaysia dengan harga RM70++.
 
Calender ni beli dari car boot Twin Oaks. Masih dalam plastik cuma sebab skang dah masuk bulan April dia jual murah. Sini omputih suka calender yang fancy-fancy. Cantik-cantik sangat cuma kalau beli yang betul baru aku pernah tengok mahal. Guess how much? This was just 10 pence. Gambar kiri calender cover n gambar kanan belakang calender.


 calender ni plak hasben punya. Yang kaler pink tadi aku punya.


Baju sejuk made of wool macam ni kalau beli baru more than 40 pound oooo....Maybe can raeach 80 pound! Kat Malaysia aku tengok yang serupa macam ni ribu! Ambik engkau mahal berganda. Beli kat car boot baru 2 pound. Maybe omputih dia jual bila musim winter/autumn dah abis dan next autumn/winter dia nak beli baju pulak. Tapi susah nak dapat masa autumn n winter. Bila masuk spring baru nampak yang macam ni ada jual di car boot. Kalau beli banyak-banyak dan mahal-mahal nak buat apa. Lepas habis belajar bukan nak terpakai sangat pon. Ntah-ntah takkan pakai dah pon. Beli kat car boot berbaloi-baloi....

Yang ni maybe Fizah akan jeles. Huhuhu....Mini fridge yang sangat sesuai letak kat ofis. Boleh letak air kotak/tin n lepas balik dari mengajar dengan cuaca panas-panas giler nikmat.....Sori Fizah yang kak lyn punya dulu kak lyn tak jual kat fizah. Ni kami beli satu lagi untuk ofis hasben plak. Hehehe....Kawan kami beli baru dulu mahal sangat, kalau tak silap RM200. Ni kami beli di carboot Twin Oaks baru 4 pound.