Sunday, April 7, 2013

Wales - Part 5 - Wrexham - Hari Keempat

Ini post bahagian terakhir percutian kami di Wales. Hari terakhir di Wales kami ke Wrexham. Sebelum ke Wrexham kami pi tengok air terjun tak berapa jauh sangat dari caravan kami. Lawatan ke air terjun ni takde dalam perancangan kami tapi sebab taklah jauh sangat nak gi kami ke sana dulu. Rupanya air terjunnya tak besar mana pon. Tak boleh mandi, hanya untuk tontonan. Cantiklah juga.


 Gambar sebelah kanan air terjun kecik. Air terjun utama gambar sebelah kiri..



Lepas tu baru kami menuju ke Wrexham. Sampai sana kami ke Pontcysyllte Aqueduct and Canal. Masa sampai tu aku tak tau pon apa sbenarnya tarikan tempat tu. Ikut je perancangan jalan-jalan yang hasben atur. Rupanya aqueduct ni salah satu tempat yang telah diwartakan sebagai wolrd heritage site. Aqueduct ni satu terusan dan saliran di mana bot-bot penambang kecik baleh lalu. Binaannya sangat mengkagumkan. Terusan berupa jambatan, menyeberangi sungai, dibina sangat tinggi. Jambatan tu selain ada saliran air ada jugak laluan pejalan kaki tapi agak sempit. Tapi tak sesuai sangat untuk kita yang muslim ni lalu sebab banyak mat salleh yang mai dok bawak anjing. Mujur masa kami lalu tu cuma bertembung dengan dua ekor anjing kecik. Itupon anjing tu berlari galak sampai aku dah nak hampir terkena. Hasben aku siap jerit pada mat salleh tu yang dia takut kat  anjing tu yang dia takut kat anjing tu sambil rapatkan badan ke pagar jambatan. Huhuhu....Mat salleh tu senyum je. Sbenarnya bukan takut apa, takut tersentuh je. Tak sesuai jugak nak lalu bagi yg bawak anak kecik mcam kami sebab jadi seriau dengan pagar jambatan dia yang nampak macam muat je utk Ismael atau Ielyas boleh terperesok kat celah pagar besi tu. Tinggi oooo....aku gayat sampai ketar lutut. Kami hanya jalan sampai tengah jambatan je. Tak berani dah nak sampai hujung. Hasben aku mula-mula dia kata ok, takde rasa gayat. Tapi at last terasa jugak gayatnya. Kalau aku jalan tanpa anak-anak rasa boleh sampai hujung. Tapi sebab jalan ngan anak-anak, gayatnya lain macam sebab dok terbayang kalau tetiba anak terjatuh ke bawah!


Inilah jambatannya. Panjang jugak

Pemandangan dari tengah jambatan



 Gambar kiri: Inilah rupa terusan dan laluan atas jambatannya. Bot kecik kurus boleh lalu kat situ. Ada perkhidmatan bot dari sini (Wales) sampai ke England. Tapi hanya untuk tujuan pelancongan aje. Gambar kanan: Kami nak turun tengok pemandangan kat bawah plak.

Yea!!! Berjaya sampai kat bawah.

Cantikkan pemandangan air terjun anak ni?


Lepas tu kami ke destinasi seterusnya. Plan asal ingat nak naik bot boleh lalu kat aqueduct tu tapi rupanya hanya untuk perjalanan jauh aje (bermalam atas bot). Papa Ismael nak juga bawak dua bradik boleh naik bot, so carilah alternatif lain yang dia dah ada dalam perancangan jugak. Tapi sebelum tu kami round kejap pekan Wrexham, sebuah pekan kecil yang pemandangan sungainya sangatlah menakjubkan. Tengok gambar kat bawah. Lepas tu kami rehat jap untuk lunch and then barulah gi naik bot.



Salah satu souvenir shop di Pekan Wrexham. Panjang betul nama kedainya. Tulis apa pon kami tak tau.

Perkhidmatan bot yang kami naik tu special sikit. Bot tu bukan jalan pakai enjin atau orang kayuhkan tapi ditarik oleh sekor kuda. Masa kami naik tu takde orang lain pon yang nak naik. Maybe sebab bukan hari cuti atau weekend. So, kami conquer macam VIP. 





Bot ni melalui terusan yang sama dari Pontcysyllte Aqueduct yang kami lawat sebelumnya. Terusan ni sampai ke England tau. Tapi kami takdelah naik bot ni sampai ke England. Tapi harganya aku rs berpatutan jugak (6 pound per adult) sebab perjalanan bot tu pergi balik amik masa 45 minit. Sambil tu hirup udara nyaman, menikmati ketenangan kawasan sekitar, terusan yang bersih dan jernih serta bunyi tapak kuda.

Sambil tu tengok itik liar berenang-renang. Itik ni boleh terbang ok...

Destinasi terakhir kami adalah Horseshoe Falls. It is a man-made falls macam bentuk ladam kuda. Cantik dan jadi lebih cantik kerana diserikan oleh pemandangan semulajadi di sekitarnya.




Selesai tengok-tengok dan bergambar kat Horseshoe Falls tu kami solat jamak ta'khir di kawasan parking. Pastu terus balik menuju ke negara England, specifically ke bandar Sheffield. 
 
So, berakhirlah cerita jalan-jalan kami di negara Wales.

2 comments:

penDragon said...

Salam kenal....cantik pemandangan tempat ni, esp Horseshoe Falls...

Naflyna said...

Salam kenal. Horseshoe Falls mmg cantik. Terletak tak jauh dr pekan Wrexham