Monday, April 22, 2013

Colours of Spring

Dalam post sebelum ni (klik di sini) aku ada cerita pasal kami gi Sheffield Botanical Garden. Tapi masa tu kami gi masa winter. So, tak banyaklah bunga yang dapat nak tengok. Oleh kerana spring yang sebenar dah mula menjengah since about two weeks ago kami plan nak gi skali lagi dengan harapan dapat tengok banyak bunga. Alhamdulillah, petang tadi harapan kami Allah makbulkan walaupun rasanya taman ni akan dipenuhi bunga lebih banyak lagi dalam 2-3 minggu akan datang. Rancangan kami untuk ke sana diketahui penghulu qariah Darnall,  di mana kami tinggal dan dia pon buat hebahan melalui FB di Qariah Darnall community untuk jalan-jalan beriadah di situ beramai-ramai. So, dalam jam 4 petang 5 keluarga berjaya berkumpul termasuk satu keluarga yang baru sampai kelmarin dari Malaysia dan kami pon jalan beramai-ramai sambil masing-masing seronok ambik gambar :) 

Untuk pengetahuan, Sheffield Botanical Garden ni salah satu a must go place dalam top five attractions di Sheffield. Inshaa Allah kami akan datang lagi ke sana.
































No comments: