Saturday, April 13, 2013

Beli-Belah Baju Panas Untuk Anak-Anak

Weekend last three weeks, tatkala spring baru saja mula kami gi beli baju panas (ada orang panggil baju sejuk sebab pakai masa sejuk dan ada orang panggil baju panas sebab pakai untuk memanaskan badan). Walaupun winter dah berakhir secara teorinya bila masuk 21 Mac dan serentak dengan itu jugak secara rasminya masuk spring, rasa sejuk di UK secara amnya masih terasa seperti winter bila cuaca di UK dikatakan mengalami fenomena kesejukan berpanjangan. Sehingga hari aku menulis ni pon, tak sanggup rasanya aku nak keluar rumah tak pakai baju sejuk walaupon matahari kelihatan kat langit. Sejuk oooo....

Memikirkan kata orang-orang Malaysia kat sini yang panas kat sini masih tetap rasa sejuk bila dok kat luar rumah membuatkan aku tak teragak-agak nak beli baju panas untuk anak-anak buat habuan gi jalan-jalan atau keluar rumah. Lagi pon selama ni sian Ismael ngan Ielyas pi mai pi mai dengan baju panas yg sama. Baju tu lah gi jalan, baju tu lah gi teman mama n papa pi beli barang dapur n baju tu lah jugak guna gi main kat playground. Kali ni aku beli baju panas yang kurang tebal skit, maybe lebih sesuai untuk spring n coming summer. 

For Ismael, 6 pound from Primark

For Ielyas, kalau tak silap 6 pound jugak from Primark. Sini beli baju boleh dapat skali ngan hanger.

For Ielyas, 4 pound from Primark. Murah jugak aku rasa sebab kat Malaysia aku beli jeans Ismael kat pasar minggu pon dalam RM30. Beli jeans panjang tutup kaki penuh sebab koleksi seluar jeans Ielyas mostly 3 suku (warisan dari Ismael yang tak sesuai utk cuaca sejuk)

For Ielyas, 10 pound from Next. Aku puposely beli besar skit so that Ielyas boleh pakai lama. It was 22 pound but maybe Next nak abiskan stock tinggal 10 pound. Next ni kedai favourite orang Malaysia beli baju. Branded lah jugak berbanding Primark. Aku suka design baju budak-budak kat Next. Mostly gorgeous. Kalau yang budak pompuan punya lagi macam nak gila tengok. Jeans budak laki kat Next macam-macam design n colour ada.

Kalau korang nak mai duduk UK, baju panas anak-anak takyah beli banyak yang harga mahal-mahal tu kat Malaysia (kami dulu beli kat Winter Time untuk Ismael harganya RM60 selai!). Tapi kalau beli kat FOS (especially di Mid Valley Megamall KL) tu aku rasa bagus juga beli lebih skit sebab murah dan sesuai untuk dok umah - utk konteks budak laki, budak pompuan tak tau ada ke tak. Masa aku beli dulu untuk saiz budak 2 tahun boleh dapat satu RM5-RM10. Kalau beli baru kat sini yang style aku beli untuk Ismael dari FOS aku rasa adalah kot dalam 4 pound paling kurang harganya, around RM20. Dalam dok sibuk blajar laki bini + pakai duit banyak untuk mulakan  kehidupan baru di negara orang aku bersyukur jugak kami beli baju panas anak-anak yang boleh dikira cukup untuk rotate guna sehari-hari.

No comments: