Saturday, April 6, 2013

Wales - Part 4 - Snowdonia - Hari Ketiga

Perjalanan kami ke Snowdonia kali ni berkonvoi cukup 7 keluarga bersama-sama, takde yang ketinggalan lagi. Tapi di awal perjalanan family Hyreil dah ikut laluan lain sebab dia paling belakang lepas berenti isi minyak kereta. Laluan Hyreil adalah laluan yang patut kami ikut untuk laluan terpendek tapi oleh sebab yang lain masing-masing dok ikut kereta di depan yang dah tersalah simpang jadi semua tak ikut route asal yang dicadangkan oleh Garmin/TomTom.

Dalam perjalanan tu aku rasa tak sedap hati sebab macam Garmin bagi laluan jauh je. Jalan yang kami lalu nampak lain macam sebab tak berapa banyak kereta lalu dan sesetengah jalan sempit pulak jalannya. Tapi kegusaran aku ditenggelamkan oleh pemandangan indah Snowdonia. Dari jauh kami dah boleh nampak gunung Snowdonia diliputi salji seperti nama dia. Dari jauh sangat lawa dan bila kami makin dekat, lagi lawa. Maha suci Allah, cantik sungguh ciptaan-Nya. 

Snowdonia dari jauh
 
Di samping tu dalam perjalanan mendekati Snowdonia tu kami jugak lalu beberapa tempat yang sangat cantik dan kami ambik kesempatan berhenti di dua tempat yang mudah untuk parking bagi konvoi kami. Kami ditakdirkan untuk salah jalan untuk tengok pemandangan-pemandangan cantik. Semua yang sesat rasa tak menyesal kami salah jalan.


Tempat pertama berhenti dalam perjalanan ke Snowdonia. Ada kawasan jeram kecik yang sangat cantik dan kebetulan ada orang tengah dok berlatih rafting.




Kebanyakan kami berstuju keindahan Snowdonia tak dapat digambarkan even dengan lensa kamera. Kena datang tengok sendiri betapa cantiknya Snowdonia. Betullah kata sorang blogger di blog dia yang aku baca sebelum datang UK, sangat cantik. A must place to visit bila sampai Wales. Dan untuk lebih specific, korang kena guna laluan sesat kami. Sebab kalau guna laluan biasa, korang takkan dapat view Snowdonia yang kami tengok. Laluan biasa hanya dapat tengok Snowdonia dari jauh saja. Macam mana tau? Sebab masa balik kami ambik laluan yang Hyreil lalu untuk ke Snowdonia yang tak betul-betul mendekati Snowdonia. Laluan salah kami siap lalu atas Snowdonia tau.

Perhentian kedua. Kami capture pemandangan Snowdonia di mana kami semakin menghampiri Snowdonia.




Melalui snowdonia. Cantik sangat lalu celahan banjaran snowdonia. Sayangnya dok sibuk tengok sampai lupa nak amik gambar. Ini je shot paling baik yang aku ada. Masa tengah lalu sini nampak ada orang dok mendaki gunung kat sini. Kami boleh nampak depa mendaki sebab depa pakai baju kaler terang berlatar belakang salji putih. Senang nampak, langkah keselamatan rasanya.

Sbenarnya kami nak naik ke Snowdonia naik train. Train tolong daki untuk kami. Hehehe....Tapi bila ditanya, perkhidmatan train pada hari tu telah diberhentikan sebab landasan di bahagian tinggi telah dilitupi salji dan bahaya untuk train lalu. Kecewalah jugak kami tapi bila masing-masing sedar kos untuk naik train tu sangatlah mahal (lebih 20 pound per adult!) kami taklah ralat sangat. Perancangan Allah tu adalah sebaik-baik perancangan. Sebagai ganti kami naik steam train lalu tepi tasik dekat-dekat situ je dengan kos 6 pound per adult. Oklah skit harganya. Budak-budak seronok aje. Asal naik train je depa sronok tak kisah pemandangan cantik ke tak. Hahaha....Selesai naik train, masing-masing ikut haluan masing-masing. Mostly balik trus ke Sheffield sebab esoknya anak-anak nak skolah. Kami yang takde kekangan anak berskolah stay lagi satu malam di caravan. In fact, sewa caravan yang dibayar oleh setiap family sbenarnya untuk 4 hari 3 malam.

Dalam perjalanan nak gi naik train brenti amik gambar Ismael berlatar belakang snowdonia. Snowdonia ni sebenarnya satu kawasan banjaran yang dilitupi salji.

Jauh juga nak ke stesen untuk naik train (lalu tepi tasik) dari tempat kami parking. Oleh kerana ramai di antara kami yang dah terbayar kos parking kereta kat stesen train mendaki snowdonia yang tak dapat nak naik, so kami decide jalan kaki dari situ. Kami jalan laju jugak. Kat belakang nampak ramai-ramai tu rombongan kami.

Tulih apa kat situ aku pon tak tau. Hahaha....Belasah je amik gambar.  Bahasa Welsh tu.

Ok, ready for the steam train ride!

Ismael n Ielyas suka naik train

Train nak patah balik. Jadi kepala train bertukar arah.

Antara pemandangan sekitar tasik yang dapat ditengok dalam perjalanan naik steam train

Pemandangan lain nampak kumpulan petempatan berlatar belakang Snowdonia.

Ni dia rombongan tujuh keluarga

Keluarga kami n keluarga Odah ke Bongor pula. Kat situ ada Bongor Pier (Jeti Bongor). Takde apa yang menarik sangat kat situ. 

Bongor Pier

Dari Bongor Pier masih boleh nampak pemandangan Snowdonia dari jauh

Ini rupa jetinya. Gambar ni aku amik dari Google Image. Snowdonia tak nampak dilitupi salji. Aku rasa ada jugak saljinya cuma sikit sangat dan dah dari jauh dalam summer tak banyaklah saljinya.

Lepas tu baru kami balik semula ke caravan. Jauh juga perjalanan nak balik semula ke caravan. Lebih setengah jam jugak. Keluarga yang masih bermalam di caravan ada 3. Satu keluarga balik awal-awal pagi besoknya. Satu lagi check out lebih kurang sama masa dengan kami. Depa sengaja bermalam dulu sebab tak mau balik tergesa-gesa dalam masing-masing keletihan dan masing-masing dengan anak-anak kecik, I guess. Kami? Kami meneruskan jelajah kami di bumi Wales untuk hari terakhir ke Wrexham. Ceritanya di next post nanti.

No comments: