Sunday, April 24, 2011

Masak-Masak

Aku ni bukanlah rajin sgt memasak. Dan tak pandai jugak memasak mcm kekawan yg lain. Hehehe... Aku biasanya rajin masak kalau hujung minggu dan dah rs tak lalu sgt nak makan luar. Post kali ni aku nak share beberapa foto apa yang aku pernah masak.

Gaya masak ala-ala malas skit sbb ada burger je...Aku sebijik, hasben sebijik - utk dinner. Even ala-ala malas skit, hasben tanya, ada sebijik lagi tak? Huhuhu...


Gaya masak ala-ala rajin skit sbb ada lebih dari satu macam dalam satu pinggan - utk dinner jugak. Oopss...nugget terhangit skit. Masa ni kali pertama cuba buat whipped potato. Sedap jugak, tapi tak le sesedap yg KFC punya. Bolehlah... Fizah, kenal tak sudu dlm pinggan tu? Itu hadiah kawin yg fizah bagi k Lyn :)


Ha...yg ini versi terlebih rajin. Sup tu tak pakai rempah sup bunjut tu k... Resipinya aku amik dr internet. Resipi tu suruh buat rempah sendiri. Sedap beb... First time aku buat sup yang sedap. Sorry, aku masuk bakul angkat sendiri ntah kenapa. Erkk...

Abang Ismael

Sungguh tak aku sangka yang Ismael akan jadi abang dalam masa terdekat. Aku memang tak merancang sbb dulu masa nak dapatkan Ismael pun agak susah dan lama. Hakikatnya itulah anugerah Allah utk aku n hasben. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni aku dah masuk week 11 of pregnancy. Kalau ikutkan, expected due date 12/11/11. Kalau aku bersalin awal sehari, tarikh lahir adik Ismael akan sgt2 cantik sgt; 11/11/11. Kalau dapat le... Tak kisah pun. Nak baby boy or baby girl? Kami tak kisah. Mana-mana pun tak apa. Yang penting, adik Ismael sihat dan akan jadi anak yang taat perintah Allah. Amin.

Gaya seorang abang. Macho tak?

Saturday, April 23, 2011

New Items for Ismael

Baby High Chair

Suatu masa dulu aku cuma boleh berangan ada benda ni kat meja makan kami. Tapi sekarang kami dah ada satu kerana Ismael. At the moment kami biasanya gunakan this chair masa kami makan. Bukan masa Ismael makan. Berbekalkan satu senduk nasi@senduk kuah@teether, Ismael akan slalunya boleh bertahan selama kami menjamu selera. Huhuhu... Bagusnya this chair kami beli dgn harga yang agak murah berbanding yang ada di pasaran, RM49 di IKEA. The design is simple n the parts can be disassembled n suitable for storage with limited space required.



Bath Toys

Mandi selalunya adalah masa yang sangat dinantikan Ismael sejak lahir lagi. Masa baru lahir dia akan senyap je, macam tengah menikmati masa mandi dengan kusyuk sekali. Sejak Ismael sudah terror merangkak, masa mandi masih lagi masa yang menyeronokkan bagi dia tapi sangat susah utk mama or papa nak handle. Dia akan sibuk nak tengok air mengalir. So, Ismael akan cuba berkali-kali bangun dari bath seat. Utk memastikan he stays still on the bath seat, kami umpan dia dengan toys. Tapi aku rs toys yg kami umpan dia tu kurang sesuai dari segi saiz dan material nya and definitely not suitable for bay bath time. Jadi kami beli yang baru. Ala...murah je, RM5. Ada logo MC k...safe for baby. Beli kat Tesco Taiping masa kami balik kampung baru-baru ni.


Ada macam-macam binatang n macam-macam kaler. Kalau dia boring yang jenis katak, umpan yang jenis lain plak. Hehehe....


Walk n' Ride Toy

Mainan ni utk menggalakkan Ismael supaya boleh berjalan. Mulanya aku nampak macam dia tak interested. Terasa rugi plak beli masa tu. Tapi aku x putus asa. Aku biar je mainan tu kat ruang tamu. Lama-lama aku perasan dia mula interested. Mainan ni bentuk singa n bila hidung singa tu ditekan dia akan keluar bunyi singa mengaum atau muzik atau singa ketawa. Once Ismael realize bila hidung tu keluarkan bunyi jika ditekan, dia pon mula dok menekan-nekan. Yang kelakarnya, ada satu masa ni Ismael cuba sumbatkan pacifier dia ke hidung singa tu. Aku agak dia fikir singa tu menangis kot, sbb tu dia bagi pacifier dia sbb Ismael bila menangis nak pacifier. Huhuhu...



Baby Car Seat

Baby car seat@baby carrier Ismael yang 1st diberi oleh kenalan yang pernah tinggal di UK. Depa beli di car boot sale di sana dan kebetulan depa ada lebih dari satu. Jadi diaorg bermurah hati bagi kami satu. Bukan car seat saja yg dia bagi, malah bouncer, baby bath seat dan mcm2 lagi. They are so sweet.... Tapi Ismael dah mula x mahu dok senyap dlm baby car seat tu yang kami guna sejak dia lahir. Aku dpt idea nak beli baby car seat yg baru bila ada sorang kawan bgtau yg anak dia mahu dok baby car seat yang jenis duduk, tak mau lagi yang jenis tidur.


Dalam car seat jenis tido


So, we decided to buy a brand new baby car seat kat Anakku Taman Tas. Di Kuantan tak banyak pilihan macam KL. Kalau nak beli kat tempat lain di Kuantan ni aku rasa mahal sgt coz too branded. Ada yg cecah RM400 ke RM1000. Kebetulan masa kami nak beli tu Anakku ada wat sale. Dapat le diskaun 30%. So, we managed to buy with affordable price at RM320 (Mahal jugak sbenarnya bagi aku...)


Pandangan depan


Pandangan sisi


Ismael looks happy with his new car seat sebab dia boleh tengok view di luar kereta. Kalau sblm ni dia asyik nampak syiling kereta je, boring kot... Therefore, papa n mama simpan baby car seat Ismael yg dulu tu utk adik ye.... ADIK???

Friday, April 22, 2011

Ismael Pada Usia 8 Bulan

Dah lama aku tak update blog aku ni. Cbuk...(ayat cliche). Aku cbuk ngan kerja dan pd masa yg sama takde idea nak post anything kat cni. Sbenarnya byk perkara menarik yang aku buat dan lalui yang boleh dikongsi kat cni. Tapi tak berkesempatan atau tak rajin plak nak menaip. Post kali ni aku nak update pasal Ismael. Ismael dah nak masuk 9 bulan. Berikut adalah perkembangan Ismael yang aku belum rekodkan di blog ni:

Usia 4 bulan:
Ismael dah mula boleh meniarap.

Masa mula-mula test power nak belajar meniarap


Ok..dah pandai meniarap dah...

Usia 6 bulan: Ismael dah mula boleh merangkak.


Usia 7 bulan: Ismael mula pandai duduk, meniti (so slalu lah jugak dia jatuh gedebuk-gedebak. cian anak mama...) dan dah mula tumbuh sebatang gigi.

Ada gaya tak bakal mechatronic engineer?

Usia 8 bulan: Ismael mula pandai berdiri. Sekarang ni Ismael dah sangat mengenali papa n mamanya.

Masa aku amik dia di rumah pengasuh, kalau lambat bertukar tangan dari pengasuh kepada aku, Ismael akan mula menangis.
Kalau aku atau papa dia pakai baju cantik-cantik even belum pun pakai tudung, dia dah mula merengek dan ikut je ke mana kami pergi. Oh, Ismael membuatkan mama slalu tempek bedak ala kadar dan tak sempat nak merah-merahkan bibir sebelum g kerja. Huhuhu...

Kadang-kadang papa bawa Ismael pergi surau. Slalunya papa bagi handphone dekat dia, dia akan cbuk belek handphone tu sambil tengok budak-budak kecik lain main di belakang surau sepangjang papa sembahyang berjemaah. Alhamdulillah, setakat ni dia tak pernah menangis masa papa berjemaah. Apa pun, sebelum Ismael boleh ikut papa pergi surau aku akan tengok dulu mood, kesihatan dan kesesuaian baju yang Ismael pakai. Ismael masih tak boleh faham yang ada masa dia dimarahi. Bila aku atau papa marah, dia akan sengih je sampai nampak gigi nan sebatang tu. Jadi, mama slalu tak jadi marah Ismael ye...

Senyuman menawan yang slalu buat mama tak jadi marah Ismael