Friday, April 22, 2011

Ismael Pada Usia 8 Bulan

Dah lama aku tak update blog aku ni. Cbuk...(ayat cliche). Aku cbuk ngan kerja dan pd masa yg sama takde idea nak post anything kat cni. Sbenarnya byk perkara menarik yang aku buat dan lalui yang boleh dikongsi kat cni. Tapi tak berkesempatan atau tak rajin plak nak menaip. Post kali ni aku nak update pasal Ismael. Ismael dah nak masuk 9 bulan. Berikut adalah perkembangan Ismael yang aku belum rekodkan di blog ni:

Usia 4 bulan:
Ismael dah mula boleh meniarap.

Masa mula-mula test power nak belajar meniarap


Ok..dah pandai meniarap dah...

Usia 6 bulan: Ismael dah mula boleh merangkak.


Usia 7 bulan: Ismael mula pandai duduk, meniti (so slalu lah jugak dia jatuh gedebuk-gedebak. cian anak mama...) dan dah mula tumbuh sebatang gigi.

Ada gaya tak bakal mechatronic engineer?

Usia 8 bulan: Ismael mula pandai berdiri. Sekarang ni Ismael dah sangat mengenali papa n mamanya.

Masa aku amik dia di rumah pengasuh, kalau lambat bertukar tangan dari pengasuh kepada aku, Ismael akan mula menangis.
Kalau aku atau papa dia pakai baju cantik-cantik even belum pun pakai tudung, dia dah mula merengek dan ikut je ke mana kami pergi. Oh, Ismael membuatkan mama slalu tempek bedak ala kadar dan tak sempat nak merah-merahkan bibir sebelum g kerja. Huhuhu...

Kadang-kadang papa bawa Ismael pergi surau. Slalunya papa bagi handphone dekat dia, dia akan cbuk belek handphone tu sambil tengok budak-budak kecik lain main di belakang surau sepangjang papa sembahyang berjemaah. Alhamdulillah, setakat ni dia tak pernah menangis masa papa berjemaah. Apa pun, sebelum Ismael boleh ikut papa pergi surau aku akan tengok dulu mood, kesihatan dan kesesuaian baju yang Ismael pakai. Ismael masih tak boleh faham yang ada masa dia dimarahi. Bila aku atau papa marah, dia akan sengih je sampai nampak gigi nan sebatang tu. Jadi, mama slalu tak jadi marah Ismael ye...

Senyuman menawan yang slalu buat mama tak jadi marah Ismael

No comments: