Saturday, April 23, 2011

New Items for Ismael

Baby High Chair

Suatu masa dulu aku cuma boleh berangan ada benda ni kat meja makan kami. Tapi sekarang kami dah ada satu kerana Ismael. At the moment kami biasanya gunakan this chair masa kami makan. Bukan masa Ismael makan. Berbekalkan satu senduk nasi@senduk kuah@teether, Ismael akan slalunya boleh bertahan selama kami menjamu selera. Huhuhu... Bagusnya this chair kami beli dgn harga yang agak murah berbanding yang ada di pasaran, RM49 di IKEA. The design is simple n the parts can be disassembled n suitable for storage with limited space required.



Bath Toys

Mandi selalunya adalah masa yang sangat dinantikan Ismael sejak lahir lagi. Masa baru lahir dia akan senyap je, macam tengah menikmati masa mandi dengan kusyuk sekali. Sejak Ismael sudah terror merangkak, masa mandi masih lagi masa yang menyeronokkan bagi dia tapi sangat susah utk mama or papa nak handle. Dia akan sibuk nak tengok air mengalir. So, Ismael akan cuba berkali-kali bangun dari bath seat. Utk memastikan he stays still on the bath seat, kami umpan dia dengan toys. Tapi aku rs toys yg kami umpan dia tu kurang sesuai dari segi saiz dan material nya and definitely not suitable for bay bath time. Jadi kami beli yang baru. Ala...murah je, RM5. Ada logo MC k...safe for baby. Beli kat Tesco Taiping masa kami balik kampung baru-baru ni.


Ada macam-macam binatang n macam-macam kaler. Kalau dia boring yang jenis katak, umpan yang jenis lain plak. Hehehe....


Walk n' Ride Toy

Mainan ni utk menggalakkan Ismael supaya boleh berjalan. Mulanya aku nampak macam dia tak interested. Terasa rugi plak beli masa tu. Tapi aku x putus asa. Aku biar je mainan tu kat ruang tamu. Lama-lama aku perasan dia mula interested. Mainan ni bentuk singa n bila hidung singa tu ditekan dia akan keluar bunyi singa mengaum atau muzik atau singa ketawa. Once Ismael realize bila hidung tu keluarkan bunyi jika ditekan, dia pon mula dok menekan-nekan. Yang kelakarnya, ada satu masa ni Ismael cuba sumbatkan pacifier dia ke hidung singa tu. Aku agak dia fikir singa tu menangis kot, sbb tu dia bagi pacifier dia sbb Ismael bila menangis nak pacifier. Huhuhu...



Baby Car Seat

Baby car seat@baby carrier Ismael yang 1st diberi oleh kenalan yang pernah tinggal di UK. Depa beli di car boot sale di sana dan kebetulan depa ada lebih dari satu. Jadi diaorg bermurah hati bagi kami satu. Bukan car seat saja yg dia bagi, malah bouncer, baby bath seat dan mcm2 lagi. They are so sweet.... Tapi Ismael dah mula x mahu dok senyap dlm baby car seat tu yang kami guna sejak dia lahir. Aku dpt idea nak beli baby car seat yg baru bila ada sorang kawan bgtau yg anak dia mahu dok baby car seat yang jenis duduk, tak mau lagi yang jenis tidur.


Dalam car seat jenis tido


So, we decided to buy a brand new baby car seat kat Anakku Taman Tas. Di Kuantan tak banyak pilihan macam KL. Kalau nak beli kat tempat lain di Kuantan ni aku rasa mahal sgt coz too branded. Ada yg cecah RM400 ke RM1000. Kebetulan masa kami nak beli tu Anakku ada wat sale. Dapat le diskaun 30%. So, we managed to buy with affordable price at RM320 (Mahal jugak sbenarnya bagi aku...)


Pandangan depan


Pandangan sisi


Ismael looks happy with his new car seat sebab dia boleh tengok view di luar kereta. Kalau sblm ni dia asyik nampak syiling kereta je, boring kot... Therefore, papa n mama simpan baby car seat Ismael yg dulu tu utk adik ye.... ADIK???

No comments: