Monday, July 28, 2014

Ramadhan Kedua Di UK


Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa sekali lagi di UK, di Sheffield to be particular. Macam tahun lepas, bulan puasa di UK jatuh pada musim panas jadi puasanya panjang kerana waktu siang yang panjang kat sini. Kami puasa secara anggarannya 18-19 jam. Buka puasa dalam pukul plus minus 9.30 malam dan dengan perut masih lagi kenyang kami bersahur pulak lebih kurang kol 2.00 pagi.  Dalam jam 2.30-3.00 pagi dah solat subuh. Terawikh paling mencabar sebab dah lewat malam tatkala mata dah mula mengantuk baru masuk waktu isyak.

Biasanya kami bukak puasa makan nasi dengan sejenis kuih. Kadang-kadang ada jiran Pakistan selang satu rumah dari rumah kami hantar juadah tambahan yang memeriahkan hidangan berbuka. Setakat dah hampir sebulan puasa kami ada dapat 3 kali juadah tambahan dari kawan Malaysia. Kira syukur sangat dah tu.


Majlis Iftar Darnall

Tapi berbuka puasa tahun ni tak semeriah tahun lepas. Tahun lepas, setiap Sabtu dan Ahad kami ada majlis iftar bersama-sama ahli keluarga Darnall. Tahun ni tak boleh buat macam tahun lepas sebab keluasan rumah sewa kami tak cukup luas untuk menampung bilangan keluarga Malaysia yang ramai di Darnall. Jadi, tahun ni majlis iftar bersama dibuat kat satu dewan komuniti yang disewa khas.


Darnall hot mumies bergambar kenangan selepas majlis iftar selesai

Aku buat kuih kecara lauk untuk majlis iftar Darnall


Tetamu Di Bulan Ramadhan

Minggu lepas kami menerima tetamu dari Malaysia. Dan oleh kerana tetamu tersebut adalah professor satu fakulti dengan hasben dan kawan kami Nafis yang buat PhD di Loughborough University, kami jemput Nafis n family iftar bersama di rumah kami. Lagi pon dia tak pernah lagi datang ke rumah kami. Sebelum dia nak balik for good (Alhamdulillah, dia dijangka habis PhD on time atau lebih awal) kami jemput dia mai rumah.

Prof datang dengan wife tapi aku lupa amik gambar ibu-ibu

Hidangan untuk tetamu


Majlis Iftar PMPMS

Acara tradisi majlis Iftar PMPMS jugak telah diadakan minggu lepas, hari Sabtu. Di samping majlis buka puasa diadakan juga bersekali majlis khatam Quran bagi aktiviti tadarus yang telah berjalan sepanjang Ramadhan.



Nota kaki: Post ni terlewat dipublish kerana aku hanya mampu siapkan post ni di saat kurang sejam lagi Ramadhan akan berakhir dek sibuk bebenor. By the way, SELAMAT HARI RAYA kepada semua, MAAF ZAHIR BATIN dipinta.

2 comments:

Mister Bobo said...

Salam. Boleh saya tahu, siapa nama prof dalam gambar tersebut? Dia visiting prof di sheffield? Jika x silap, dia ex lecturer saya

Naflyna said...

Wslm. Itu prof zahari. Dia dulu prof di um. Skang di ump. Dia datang sheffiled aritu sbb datang conference