Monday, June 30, 2014

Kembang Selaman

Kami sungguh bertuah bila berpindah ke umah sewa baru sebab di laman belakang umah tak berhenti-henti macam-macam bunga berkembang sepanjang spring n summer. Itu blom masuk yang kami dapat nikmati dari umah jiran-jiran lagi. Jom tengok bunga apa yang kami dapat nikmati dari laman belakang umah untuk summer kali ni.

Ini salah satu spesis bunga ros. Warnanya sangat terang tapi tak wangi.

Inilah bunga camomile. Sbenarnya bunga ni banyak tumbuh meliar di UK

Bunga ni terdiri daripada dua warna utaman, merah dan ungu. Ini blom kembang sepenuhnya lagi.

Bunga putih ni pokoknya tinggi dan berbau harum. Yang aku dapat amik gambar ni sebab ada dahan dia yang berjuntai ke bawah. Oleh kerana pokoknya besar, bunganya ada beribu-ribu tak terkira. Bila kelopak bunganya jatuh bertaburan ke tanah dan kita berdiri kat situ rasa macam berada di fairytale garden.

Bunga ros ni baunya harum semerbak dan bila berkembang kebanyakan bunganya mencecah sebesar tapak tangan yang dibuka.

Yang pastinya kami takkan dapat nikmati lagi bunga-bunga kat atas di laman umah di Kuantan. Alhamdulillah di atas peluang yang diberikanNya.

4 comments:

Unknown said...

Selamat berpuasa lyn sekeluarga

Naflyna said...

Selamat berpuasa Zana. Nanti bila sume2 dah balik PhD nanti kita boleh buat iftar+potluck ramai-ramai. Rindu kat korang sume :)

Nora Jamil said...

cantik gambar munge tu.. melting tengok masya Allah. selamat berpuasa kak lyn

Naflyna said...

Slamat berpuasa Nora :)