Friday, June 20, 2014

Jelajah Spain - Part 3 - Cordoba

Cordoba antara destinasi yang dinanti masa jelajah kami di bumi Spain sebab di Cordoba terdapat dua tempat tarikan pelancong yang merupakan antara yang tersohor di dunia. Alhamdulillah, kami berpeluang melawat kedua-duanya: Madinat al-Zahra dan Cordoba Mosque.
 

MADINAT AL-ZAHRA

Madinat al-Zahra merupakan sebuah kota yang terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar Cordoba yang telah dibina pada zaman kegemilangan Islam di Spain. Di bina antara 936-940 Masihi, Madinat al-Zahra telah dijadikan pusat pemerintahan pada masa tu dan dianggap bandar yang maju serta canggih. Namun selepas kejatuhan Islam di Spain dan berlaku peperangan, banyak binaannya telah musnah. Tinggalan bangunan yang dapat dilihat hari ni dipercayai hanya 10% saja dari keseluruhan keluasan asal kota.

Nak masuk melawat kena bayar. Tapi kami tak perlu bayar sebab dah include dalam pakej melancong yang kami ambik. Masa sampai ke sana kami terlebih dulu masuk tengok tayangan video penerangan ringkas mengenai sejarah Medinat al-Zahra.

Ini bilik tayangan videonya. Aku sempat snap satu foto ni je kat sini sebab lepas tu ada orang tegur bagitau kata tak boleh ambik gambar kat sini.

Pastu kami melawat muzium yang menempatkan artifak yang dijumpai dari tapak tinggalan kotanya. Kat muzium tu tak dibenarkan ambik gambar dan kalau gi muzium ni jangan terkejut dengan pengawal-pengawal yang memerhati gerak-geri kita dalam muzium dengan riak muka yang sangatlah tidak friendly. Sangat susah nak senyum dan kalau sesapa yang ambik gambar akan ditegur dengan nada yang aku anggap sebagai kasar dengan muka garang. Aku agak depa sangat prejudis dengan orang Islam kerana sejarah. Masa di muzium tu anak kami pi pegang cermin dekat tangga. Dia marah dengan muka cengil. Budak....manalah dia tahu tak boleh pegang. Lagi pon kalau tak mau orang pegang cermin sebab akan nampak comot, jangan lah bubuh cermin kat situ. Pakai le material lain yang orang sentuh tak jadi apa. Bengong!

Lepas melawat muzium kami kena naik bas yang disediakan oleh pihak muzium untuk ke tapak tinggalan kota Medinat al-Zahra, tak boleh naik kenderaan sendiri. Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 minit dan kalau ada anak kecik tak payahlah rajin sangat nak bawa pushchair sebab tempat yang nak dilawat memang tak sesuai langsung nak bawa pushchair sebab bertingkat-tingkat. Jom tengok apa tinggalan sejarah Medinat al-Zahra.






Bergambar dengan sebahagian daripada ahli rombongan kami


CORDOBA MOSQUE

Selesai lawatan kami di Madinat al-Zahra, bas rombongan kami menuju plak ke pusat bandar Cordoba. Seperti yang aku sebut dalam entri Jelajah Spain - Part 2 sebelum ni, setiap bandar utama di Spain ada dua pusat bandar, lama dan baru. Dan sudah tentunya tempat sejarah terletak kat pusat bandar lama.  Oleh kerana bas secara umumnya tak boleh akses ke pusat bandar lama kerana jalan yang sempit jadi bas kami perlu drop kami jauh skit dari destinasi yang nak dituju. 

Masa bas kami berhenti untuk drop kami, hujan turun agak lebat. Masjid Cordoba yang kami nak gi tengok tu jauh jugaklah kalau jalan kaki. Kebetulan ada orang jual payung dekat tempat bas kami berhenti. Malangnya harga payung mahal giler. Lima euro untuk satu payung! Kalau kat Sheffield baru 99 pence je untuk payung dengan kualiti yang sama (1 pound tak jauh beza dengan satu euro). Kalau kami laki bini je yang nak redah hujan, kira biarlah basah pon tapi mengenangkan anak-anak, takut kalau demam payah plak jadi kami terpaksalah beli jugak. Beli dua payung ok....Itu pon depa tetap basah jugak sebab payung tak dapat diposisikan dalam keadaan betul. Mana taknya, kami laki bini masing-masing tolak sorang satu pushchair dan pada masa yg sama kena pegang payung.

Yang hasben aku berdiri amik gambat ni area kat mana bas kami berhenti. Dari sini kami kena jalan melalui Roman Bridge kat belakang tu untuk gi ke Cordoba Mosque (yang nampak ada 3 menara). Jauh jugak kan kami nak kena jalan? Elok-elok nak mula lalu bridge tu hujan turun boleh tahan lebat.

Oleh kerana hari dah melewati tengah hari kami ditunjukkan oleh tour guide kami kat mana nak cari makanan halal. Ada dua kedai halal je yang kami boleh pilih, terletak tak jauh dari Cordoba Mosque yang nak dilawati. Kami pilih restoren yang dikatakan harganya murah skit berbanding restoren yang satu lagi. Tapi serius, aku rasa masih mahal sebab kami masih perlu spend lebih 20 euro untuk 3 hidangan. Sekali lagi rasa ralat harga makan mahal tu di cover oleh budi baik tuan restoren yang telah membenarkan kami untuk tumpang solat di situ. 

Sebelum kami masuk Cordoba Mosque, kami dimaklumkan oleh tour guide kami yang kami akan sentiasa diperhatikan masa berada di dalamnya. Oh, lupa nak bagitau. Fungsi Cordoba Mosque sebagai sebuah masjid hanya tinggal sejarah je. Sekarang ni fungsinya ialah sebagai sebuah gereja Kristian Roman Katolik (untuk kawasan tertentu) selain sebagai tempat tumpuan pelancong. Jadi di kalangan penduduk tempatan Cordoba Mosque jugak dikenali sebagai Mosque-Cathedral of Cordoba. Memang sadis lah. Kami juga diingatkan oleh tour guide kami yang kami tak boleh duduk-duduk di dalam tu atau tunduk-tunduk sebab pengawal kat situ akan dekati kami dan kalau silap haribulan boleh dihalau keluar. Serius betul sebab masa kami kat dalam tu ada sekali anak kami meragam dan aku pon bertinggung nak pujuk. Pengawal dia datang dekat perhatikan aku dan suruh aku bangun. Kenapa? Sebab depa tak mau orang Islam cuba nak tunaikan solat dalam tu. Giler psiko!

Senibina bangunannya memang jelas sangat tinggalan sejarah Islam. Kalimah Alllah, nama nabi Muhammad dan ayat al-Quran terpahat di merata-rata dinding dan siling. Memang sedih lah sebab kat dalam tu jugak penuh dengan patung-patung.

Dalam Cordoba Mosque. Besar sangat sebenarnya masjid ni menggambarkan betapa ramainya orang Islam di Spain pada satu ketika dulu. Skarang memang sangat susah nak jumpa orang Islam di Spain.

Terdapat lebih 850 tiang yang menyokong struktur binaan masjid. Kalau dapat tengok dengan mata kepala sendiri memang pemandangan dalam masjid sangat mengagumkan bila memikirkan betapa hebatnya tamadun Islam pada zaman tu dari pelbagai segi. Yang korang tengok dalam gambar aku ni maybe korang rasa nampak macam biasa je sebab kamera aku tak cukup canggih selain teknik ambik gambar yang tak pro. Oooppss...bukan aku kutuk jurugambar bidan terjun kami tapi aku kutuk diri aku sendiri sebenarnya.

Gambar kiri: Struktur gerbang berbentuk ladam kuda yang memenuhi masjid dipercayai mampu memantulkan bunyi laungan azan dan bacaan imam tanpa teknologi microphone.  
Gambar kanan: Pemandangan di mimbar utama yang nyata terserlah ciri seni bina Islam. 







Dari dua gambar kat atas ni kita boleh nampak seni bina Kristian telah ditambah kepada seni bina Islam yang asal


Courtyard area of Cordoba Mosque which preserves its orange trees

Antara pemandangan struktur luar Cordoba Mosque

Lawatan kami ke Cordoba pada hari ketiga selesai selepas tengok Cordoba Mosque. Nantikan bahagian terakhir catatan siri Jelajah Spain kami. InshaaAllah aku akan cerita plak pasal lawatan kami ke Granada.

1 comment:

Unknown said...

Sedihnya tengok gambar2 kat masjid cordoba tu. Sayang sekali.