Monday, June 23, 2014

Apam Beras


Lama giler dah aku teringin nak makan apam beras, dah dekat 2 tahun tak makan. Dah lama nak cuba buat tapi masa awal-awal dok UK dulu takde kelengkapan. Bila dah ada kelengkapan tak berkesempatan plak nak buat (alasan....huhuhu....) Malam kelmarin bila rasa nak buat aku pon mula cari resepi kat internet. Bila baca cara buat rupanya kena perap bancuhan selama 3 jam. Aku mula rasa macam terbantut plak nak try sebab kalau nak makan masa breakfast aku kena bangun seawal kol 5 pagi supaya lebih kurang sebelum kol 8.30 pagi dah ready untuk dimakan. Ismael memang akan request nak breakfast setiap hari sebab dia dah biasa macam tu. Tapi mengenangkan betapa teringinnya nak makan apam beras aku pon kuatkan semangat cuba buat jugak.

Kengkonon nak bangun kol 5 pagi tapi hampeh....Hari Sabtu kan. Ooopss...jangan kata aku tak smayang. Skang ni summer jadi subuh masuk awal. Kol 3.30 pagi aku dah solat subuh. Pastu tido balik. Akhirnya aku jejak dapur kol 6.30 pagi. Dalam resepi kata perap 3 jam, aku just perap tak sampai 2 jam setengah sebab nak cepat siap. Bila Ismael turun nak breakfast aku bagi dia makan cereal dulu. Akhirnya dalam kol 9.30 pagi macam tu projek apam beras aku pon selesai. Alhamdulillah menjadi dan hasilnya adalah dalam gambar kat atas tu. 

Mujur Aisyah ada beli acuan silicon ni. Aku pakai acuan ni. Mudah nak basuh sebab finishing acuan dia kemas dan takde tajam-tajam macam acuan plastik.

Ini rupa before dikukus

Resepinya aku rujuk dari sini. Link lain pon aku tengok pakai resepi yang sama je. Sukatan yang diberi kira boleh dapat banyak bijik jugak. Kira cukuplah nak makan pagi petang. Cuma aku pernah dengar ada orang kata kalau nak buat apam beras elok bubuh skit Eno yang kaler biru tu tapi tak pasti apa tujuan sbenarnya. Walaupun yang aku buat ni takde bubuh Eno, aku rasa dah ok dah.

6 comments:

Ila Razali said...

wahhh... apam beras! ada nyok lagi sedap.

kakak, saya tutup fb. leh bagi email utk kita sambung sok sek info ok. tak pun wassup pun boleh. mana2 yang mudah bagi kak lyn la.

Naflyna said...

Laa.....patut la bila kak lyn try msg inbox x dpt. Pelik jugak mula2. Kak lyn xde whassup, memang outdated lah k lyn ni. Huhuhu....email: azlyna81@hotmail.com

Nora Jamil said...

kak lyn, bestnye buat kuih. gambar akak amik atas ni cantik ar. pakai kamera ape. haha.. sy ni jenis virtual kot. suke ngk gambo lawo.

Naflyna said...

Kak lyn pakai kamera Nikon D3100. Selama ni kak lyn pakai kamera yang sama je tapi belasah pakai auto mode atau mode yg dia bagi kat kamera tu je. Last week tetiba kuatkan azam nak buat experiment dgn manual mode. Kak lyn refer kat link ni sbb baru belajar:

http://clickitupanotch.com/

http://ejadfotopoyo.blogspot.com

NORYANTI MUHAMMAD said...

Salam,

Lyn, dah xperlulah dtg Durham utk makan apam beras nie...hehehe...Dtg visit and jenjalan jer...

Mak I buat apam nie mmg guna eno, tapi aritu I guna bicarbonate jer dia okey dah....

Naflyna said...

Wslm. Bila la kami ni nak p durham. Oleh sebab I tak reti buat apam beras, I nak kuih burger Malaysia lah plak kalau gi umah u. Huhuhu....blh ke?

Ooo....kalau u ganti eno dgn bicarbonate maksudnya tujuan eno tu untuk mengembangkan apam tu supaya dapat kembang pecah cantik mcm bunga tu lah ye?