Wednesday, August 1, 2012

Online Shopping for T-Shirt

Baru-baru ni aku sibuk membeli baju t-shirt, jeans dan tudung utk kegunaan masa sambung belajar nanti. Aku ni tak banyak koleksi t-shirt, jeans dan tudung. Percaya atau tak, aku hanya ada 1 jeans dan 7 helai t-shirt yang diulang-ulang pakai untuk keluar jalan-jalan. 3 daripada 7 helai t-shirt tu plak dah nampak lusuh sebab yang itu je aku dok taram. Oleh kerana aku jangkakan yang aku takkan ada banyak masa dan rajin sangat untuk meng"iron" masa buat PhD nanti, aku decide utk bawa lebih t-shirt.

Malangnya tak mudah untuk mencari t-shirt yang LABUH, CANTIK dan BERKUALITI. T-shirt labuh yang selalu di jual di kedai-kedai biasanya takde ketiga-tiga ciri tu. Nak jadi cerita, masa aku gi tengok acara renang SUKMA 2012, ada gerai jualan yang jual t-shirt labuh. Aku beli 3 helai yang aku suka. Tu yang kalau korang perasan dalam recent post aku pasal bertajuk Cerita SUKMA 2012 Lagi ada satu gambar ni aku tengah pegang 2 plastik beg merah polkedot hitam. Pastu bila balik rumah, aku try2 le baju-baju tu dari 3 brand berbeza. Pastu salah satu brand ni aku suka sangat dan penjualnya ada bagi sekali brochure koleksi dari brand yang sama. Penjual tu sbenarnya suruh aku tengok dari FB dia kalau-kalau aku berminat nak beli design yang lain. Tapi bila aku cuba search FB yang diberi tak pulak aku jumpa, maybe dia salah eja nama atau pun aku ni tak reti nak baca tulisan dia sebab serius tulisannya berekor-ekor. Tetiba aku terfikir why not aku try google tengok kot2 ada jual secara online.

Memang ada tapi mostly website dari Indonesia. Kalau ada pon website Malaysia yang jual koleksi dari brand yang sama, mostly tak dapat warna, design, atau saiz yang aku nak. Jadi aku buat keputusan beli aja dari yang Indonesia. Aku beli dari 2 website berbeza dan jumlah t-shirt yang aku beli adalah.....jeng....jeng....jeng....Jangan terkejut....bukan 4, 5 atau 6 helai yang aku beli tapi 15 helai! Huhuhu.....Acilah sebab nanti 3 tahun aku takkan beli baju (ye ke....?)

Parcel post yang pertama diterima dari Denpasar Selatan, Bali. Dalam ni ada 7 helai.


Parcel post yang kedua pula dari Ciputat. Dalam ni ada 8 helai

Setelah terima baju-baju yang dibeli aku pon mencuba-cuba baju tu sambil berangan-angan. Hahaha.....Serius, sangat puas hati. Oh, lupa nak inform yang aku end up beli dari 3 jenama berbeza: Ukhti, Qirani dan Sik, semuanya made in Indonesia. Walaupun made in Indonesia baju-bajunya bagi aku takle nampak ciri-ciri Indonesia except few design dari Ukhti yang aku beli. Husband aku pon kata cantik.

Sebahagian daripada helaian yang aku beli


Ini pulak bil pembelian. Giler mahal...satu bil lebih 1 juta dan satu bil lagi 839 500,
rupiah.... :)

Maybe ada yang hairan kenapa aku beli banyak betul t-shirt. Apsal tak beli di UK nanti je? Untuk makluman, aku dah survey dan menurut sumber-sumber ilham yang aku perolehi, di UK memang susah nak cari t-shirt yang labuh. Inikan pula nak cari yang ada ketiga-tiga ciri yang aku nak: labuh, cantik dan berkualiti. Even kawan aku yang sedang berada di UK skang ni pon kirim dari aku untuk bawakan dia 5 t-shirt muslimah yang dia beli online dari Malaysia.

Post ni bukan berhajat untuk menunjuk-nunjuk. Jangan salah faham. Aku cuma nak bagi idea kepada korang, kalau nak beli sesuatu tu susah sangat nak dapat kat kedai bolehlah cuba beli online. Cuma kena teliti betul-betul dalam segenap aspek. T-shirt brand Ukhti dan Sik tu aku berani beli sebab aku ada contoh saiznya. Yang brand Qirani tu memang aku gamble je cuba. Mujur koleksi Qirani tu cun2 amat n in fact yang paling lawa designnya, yang paling tip top kualiti kainnya dan yang paling ngam saiznya dengan aku.

12 comments:

aliezzs said...

kak lyn, cantik sgt baju-baju tu. teringin gak nak beli. kat US ni lagi susah nk beli baju. Semua jarang2 n ketat2. kak lyn, baju2 tu memeri ikut bentuk badan x? kalau x, pls bagi link web tu.. hehe..

Naflyna said...

Kain dia yang kak lyn beli tu ada 2, 3 jenis.

Kalau brand Sik tu setakat koleksi yg K lyn ada semua kain dia memang tak memeri.

Yg brand Ukhti tu rasanya tak memeri kot sebab kualiti kain dia nak seakan-akan brand Sik tapi lebih baik lagi, n saiz M dia besar sikit (mayb dalam 1-3 cm) dari yang saiz M brand Qirani.

Yang Qirani tu jenis kain dia cotton spandex, tak berani nak konpem memeri ke tak brand Qirani ni sebab blom cuba basuh lagi. K lyn beli kat 2 website ni. Tapi K lyn ada 1 baju t-shirt brand Polite yang kain dia nak seakan-akan brand Qirani (tapi rasanya Qirani lebih baik lagi kualitinya). Dalam website Polite dia juga claim jenis kain cotton spandex. Tapi yang jenis Polite tu rasanya agak memeri.

http://www.muslimbusana.com/
http://koleksibunda.blogspot.com/

Naflyna said...

Kalau Nora nak confirmation lagi nanti hujung bulan 9 K lyn komen lagi sebab masa tu mesti dah cuba most baju tu. Hehehe.

Naflyna said...

oh, lupa nak mention, k lyn ada sebut dalam ayat last tu yg brand Qirani tu yang paling tip top kualiti kainnya sebab kalau nak compare dengan 2 brand lagi tu kain dia memang nampak benang dia sangat rapat. Macam mana nak explain ye...kan kalau kita beli cadar kat katalog biasanya dia ada mention bilangan thread. Haaa...bolehlah diandaikan yang utk brand Qirani tu bilangan thread dia tinggi, sampai tak berapa nak nampak urat thread gitu n cotton spandex dia takle setebal brand Polite. Apa pon bila dah cuba sume baru boleh konpemkan kualitinya :)

aliezzs said...

thanks kak. nnti huj bln 9 akak update lg psl tshirt mana yang bagus k.. selamat ye nnti ke UK. semoga sukses!!

nini said...

Kak,i silent reader..klu kak beli yg size m tu ngam2, boleh sy tau tinggi ngn berat akak x? Coz i guess our sizes dont have so much different..

Naflyna said...

Nini, berat akak 55kg n tinggi 158cm. Tima kasih sudi baca blog ni :)

ruha said...

salam akak, akak bayar pakai ape yer, TT ker , demand draft ker, sbb saya nak pakai online cimbcliks boleh ker. die kire pos macamana plak. dan saya tgk ade diskaun. sbb akak beli banyak ker. tq

ruha said...

lg satu kastam akak kena berapa

Naflyna said...

Ruha > Wslm.

Kalau beli banyak memang akan dapat diskaun. Boleh tanya dengan pembekal tu.

Tak sure plak blh pakai cimbclicks ke tak. Tapi akak dulu pakai Western Union Money Transfer. Leceh skit la sbb kena pegi bank/tempat yang boleh buat sahaja. Jumlah kos yang perlu dibayar maybe agak tinggi sikit dr jangkaan sbb ikut current money exchange n + kos perkhidmatan utk money transfer tu.

Kos pos akan diberitahu oleh pembekal tu berdasarkan berat baju. Tapi berdasarkan pengalaman saya beli baju lebih 10 helai, harga average satu baju masih murah lagi berbanding beli satu baju di pasaran malaysia + kita dapat design/size yang kita mahu.

Takde kena kos kastam plak. Kita akan terima bungkusan macam beli barang dari malaysia jugak cuma lama skit le sbb dr indonesia.

Boleh tanya lanjut dengan pembekal tu sendiri. Ini YM salah satu drpd pembekal yang akak beli: cs4_koleksibunda

ruha said...

terima kasih kak;)

Naflyna said...

Ruha >sama-sama :)