Tuesday, July 31, 2012

Keperluan Untuk Buat Visa ke UK

Kalau korang baca dari website apa yang nak kena buat untuk dapatkan visa ke UK memang serabut sebab banyak giler info yang diberi. So, kat bawah ni aku nak share summary keperluannya. Info sharing di sini aku buat berdasarkan pengalaman kami beberapa minggu lepas. Ianya mungkin hanya terpakai untuk satu tempoh jangka waktu sehingga UKBA membuat perubahan lagi di masa akan datang.

Keperluan yang aku akan bincangkan di sini adalah based on Adult students - Tier 4 (General) visa category dan juga Visa for dependents for this visa category. Jenuh jugaklah kami mengisi borang2 dan menyediakan semua perkara yang diperlukan. Banyak jugaklah persoalan kami yang terjawab melalui sumber2 dari bloggers dan website tertentu. Ada jugak soalan2 kami yang tak terjawab dan kami main redah je. So, kat cni aku nak berkongsi apa yang korang perlu buat dan bawa masa ke ofis utk buat Visa di KL tu.


EXPLANATION A: Bagi yang sambung belajar dengan ada sponsor perlu bawa:
  1. Borang VAF9 yang telah siap diisi secara online - setelah siap isi online, print out dan make sure turunkan tanda tangan. Ada satu item dalam isi borang ni, dia akan suruh kita buat selection kategori, kalau korang ditaja (KPT, JPA, MARA, etc.) pilih Tier 4 General Sponsored.
  2. Borang POINTS BASED SYSTEM APPENDIX 8, TIER 4 (GENERAL) STUDENT, SELF-ASSESSMENT yang telah siap diisi tangan - print out dan make sure turunkan tanda tangan. Borang ni kalau korang nak isi tanpa panduan memang tak faham apa yang nak kena tulis. Mujur kami dapat satu link yang provide panduan macam mana nak isi. Panduan untuk isi boleh rujuk di sini dan juga sini. Info from these two links complement each other.
  3. Two recent passport photographs - dalam UKBA website ada mention photo measurement is 45mm x 35mm. Kalau korang berada di kedai-kedai yang dah biasa buat (aku rasa kalau kita berada dibandar besar takde masalah kot nak cari kedai yang biasa buat) dia memang dah tahu measurement tu yang mana saiznya a bit smaller than gambar passport biasa. Pastu dalam UKBA website juga ada mention photo must be taken against a light grey or cream background. Tapi di Kuantan ni memang takde background kaler yang disebut tu. Hanya ada kaler putih dan boleh aje rupanya.
  4. ATAS certificate (bagi yang telah dimaklumkan dalam offer letter universiti perlu ada this certificate) - print out
  5. CAS statement (ini dapat daripada universiti) - print out
  6. IELTS Test Report Form
  7. Passport
  8. Degree certificate - bawa yang bahasa melayu dan yang translation kalau korang belajar kat Malaysia
  9. Master certificate - bawa yang bahasa melayu dan yang translation kalau korang belajar kat Malaysia
  10. Degree transcript
  11. Master transcript
  12. Financial affidavit from sponsor (kalau ada) - Kalau takde sponsor kena semak dari UKBA website apa yang diperlukan. Tidak dibincangkan di sini.
  13. Surat Visa (bagi yang ditaja oleh KPT)
  14. Offer letter from university
  15. Fotokopi item nombor 8-14 utk serahan
  16. Bank draft Alliance Bank bernilai RM1416 (ini kos buat visa masa kami) . Rujuk sini utk info lanjut cara bayaran. Kalau buat bank draft Alliance Bank cakap je nak buat bank draft untuk buat visa ke UK. Kita akan diberi borang yang sepatutnya diisi.


EXPLANATION B: Bagi setiap anak perlu bawa:

  1. Borang VAF10 yang telah siap diisi secara online - setelah siap isi online, print out dan make sure parent yang sambung belajar turunkan tanda tangan (kalau dua-dua sambung belajar macam kami, parent yang induk akan tanda tangan). Kira macam tanda tangan bagi pihak anak.
  2. Two recent passport photographs
  3. Passport
  4. Surat beranak anak (tak perlu diterjemah sebab surat beranak sekarang sudah dwibahasa)
  5. Fotokopi item nombor 4 utk serahan
  6. Bank draft by Alliance Bank bernilai RM1416 bagi setiap dependent


Anak tak perlu bawa kalau bawah 5 tahun. Kalau lima tahun dan ke atas kena bawa sebab nak kena ambik biometric information.

Bagi student yang bawa isteri atau suami yang tak sambung belajar senarai semaknya sama dengan EXPLANATION B cuma kena tambah dua lagi dokumen iaitu sijil nikah original dan translation (perlu ditranslate oleh orang/agensi yang bertauliah). Fotokopi juga kedua-dua dokumen ni. Cuma aku tak pasti siapa yang nak kena turunkan tanda tangan bagi borang VAF10 tu, spouse yang belajar atau isteri/suami sebagai dependent itu sendiri. Yang ni kena cek info lain.

Untuk makluman, item 6-14 di EXPLANATION A dan item 3-4 di EXPLANATION B adalah dokumen-dokumen original. Masa di pejabat buat Visa nanti kita kena serahkan semua item 6-14 di EXPLANATION A dan item 3-4 di EXPLANATION B dan UKBA akan hold these original documents sehingga pada satu masa yang dia perlukan, maybe around 1 to 2 weeks. So, janganlah korang terkejut pulak. Pastu nanti masa urusan visa tu officer bertugas di kaunter visa tu dia akan tanya sama ada kita nak dia courier those original documents including the visa atau kita nak datang ambik sendiri. Untuk courier kena bayar RM20 for each applicant. Kami pilih untuk courier jadi total RM80 utk 4 applicants.

Kat pejabat tu nanti korang akan perasan ada kaunter utk buat visa ke UK dan Australia. Jangan salah kaunter. Orang kat luar office yang in charge bagi nombor giliran tu maybe tersilap bagi nombor ke kaunter Australia. Nanti letih je korang menunggu macam ada satu couple yang aku nampak masa tu. Sian depa...Dah le bawa baby n maknya tu nampak baru lepas pantang je...

Takyahlah gabra! Bukan korang akan diintebiu pon. Huhuhu...Suasana orang berurusan kat situ lebih kurang macam suasana kat pejabat pos je. Kami ingatkan nak kena mengadap mat salleh yang nak tanya macam-macam. Rupa-rupanya officer yang dok di kaunter yang menguruskan kutipan segala macam dokumen dan borang tu orang2 Malaysia je. Pak guard kat luar pejabat tu pon mamat Bangla yang berpakaian ala2 polis British dengan topi cowboy dan boleh cakap melayu lagi. Before boleh masuk ke pejabat untuk berurusan guard tu dia mintak kami tinggalkan barang-barang (including handbag) yang tak berkenaan. Pastu dia scan kami guna scanner macam yang kat airport tu.

Kami terpaksa tunggu lama untuk selesai urusan. Kami masuk situ kol 11 pagi dan selesai kol 1 tengah hari. Maybe sebab musim ramai budak undergrad pon nak gi study ke UK bulan september ni. Masuk situ korang tidak dibenarkan menjawab any phone call or texting. Kalau tak nanti akan ada orang tegur korang.

Bagi student yang ditaja oleh KPT macam kami, surat financial affidavit dan surat visa yang kita dapat dari KPT adalah yang kita print out dari link yang dia bagi. So, memang takde pihak dari KPT yang akan initial surat tu. Officer di kaunter tu nanti berkemungkinan akan menasihatkan korang supaya mendapatkan financial affidavit/surat visa yang ada initial (dia kata itu baru dikira original copy). Tak payah le korang sibuk nak tepon orang KPT sebab depa "selalu sibuk". Kata je kat officer tu korang nak proceed sebab kami buat macam tu, boleh je dapat visanya. Officer tu hanyalah pihak yang mengurus mengumpulkan dokumen dan borang, bukan pembuat keputusan sama ada permohonan visa berjaya atau tak.

Oh, lagi satu, before masuk pejabat urusan visa tu sebaiknya pegilah toilet membuang apa yang patut terlebih dulu sebab kalau korang keluar balik dari pejabat visa tu untuk gi toilet, nanti kena ambik smula nombor giliran. So, lagi lama le nak kena tunggu.

Pastu kat situ agak sejuk. Bagi mereka2 yang badannya meyerap haba sejuk dengan cepat adalah dinasihatkan untuk pakai pakaian yang sesuai.

Bagi yang tak tau, visa tu sbenarnya akan diprint dalam kita punya passport. Sebelum ni aku membayangkan dia akan bagi satu buku macam passport tu.

Untuk makluman, kami buat visa pada 17/07/2012 dan courier visa dan documents (as requested) selamat kami terima pada 31/07/2012. So, makan masa 2 minggu camtu. Sepatutnya kami dapat paket courier earlier than that date tapi sebab ada salah faham daripada pihak di KL yang mengurus visa kami tu menyebabkan ada sedikit delay. Dia ingat kami akan collect, dia tersalah tengok rekod. Ada kawan aku yang fly awal bulan 7 lepas dia cakap urusan visa dia selesai dalam tempoh sminggu camtu. Tempoh tu aku rasa bergantung kepada sama ada masa kita apply tu ramai jugak tak orang lain yang apply sama.

Smoga panduan ni sedikit sebanyak dapat membantu bagi rakan-rakan yang nak ke UK atau anda yang google dan terjumpa post aku ni.

59 comments:

Anonymous said...

GOOD INFO...

hudzhulfa said...

thanks for the info.. bagus la blogger ni, share info yg sangat berguna.. :)

Naflyna said...

Alhamdulillah, info ni dapat membantu hudzhulfa

Anonymous said...

thanks lyn for the info....

Naflyna said...

You're welcome :)

farysa said...

nak tnya form vaf9 tu download dkt ukba ke?

Naflyna said...

Farysa: ya, download dr ukba punya website

Zakuan Azizi said...

Salam kak,

Thanks for the information ! Insyaallah saya akan ke York dalam bulan 4. Cuma nak tanya sijil lahir ibu bapa yakni kita dan isteri tak perlu lah di translate kan sbb tak perlu kan? Cuma anak je kan?

Thanks,
Zakuan

Naflyna said...

Wslm. Sijil lahir parents tak diperlukan. Utk anak kalau surat beranak yang kaler hijau (versi sekarang) tak payah translate sbb dah siap dengan translation kat situ. Membazir je kalau translate jugak.

salma said...

salam hai,

thanks sangat for the info. i guna ejen, tp for dependants dia nak caj mahal sangat so i nak urus sendiri je tuk anak ngan husband. nak tanya, bayaran mmg boley pakai bank draft eh? sebabnya according to the agent, kena bayar by credit card je. TQ

rgds,salma

Naflyna said...

Salma > Wslm. Kalau ikut masa sy apply dulu kena bayar guna bank draft. Tapi kalau tgk dlm ukba punya website yang terkini dia tulis:

"You must pay your visa application fee online, in US dollars, using either a Visa card or MasterCard. In addition to credit cards, a debit card or pre-paid card bearing the Visa or MasterCard logos are also accepted. Other methods of payment will not be accepted."

Hm...dah ada perubahan dah nampaknya. Apa pon sy cadangkan salma refer pada ukba punya website utk maklumat lebih tepat.

Anonymous said...

Salam Puan,
saya nak buat visa ke UK. Kalau saya upah aje agen uruskan semuanya satu family berapa harga satu borang? Agen tu kat mana?
Terima kasih

Naflyna said...

Anonymous > Wslm. maaf, sangat saya tak pula berpengalaman tentang agen utk buat visa.

Anonymous said...

Saya nak tanya, mana lebih baik sama ada buat visa di malaysia atau di uk? kata la saya nak fly hjg bulan 9, tp baby sy lahir hjg bulan 8, ada masalah ke utk urusan buat visa ni?

Anonymous said...

sekiranya uni yg saya mohon boleh terima result SPM 1119, saya masih perlu buat IELTS ke utk mohon visa? result IELTS tu wajib ke utk permohonan visa.terima kasih ye kerana sudi membantu.

Naflyna said...

Saya tak pasti pulak yg mana lebih mudah. Tapi bukan ke kita kena buat visa di negara di mana kita lahir. Saya hanya pernah tahu ada org msia buat visa di UK utk anak yg lahir kat cni tapi x pernah plak dengar anak yg lahir kat msia pastu bw ke UK n then baru nak buat visa kat UK. Kalau lahir hujung bulan 8 takde masalah nak buat visa rasanya cuma kena buat ASAP. Yg menjadi masalah mungkin kesanggupan emaknya yg tgh dlm pantang utk ke pejabat wakil UKBA.

Naflyna said...

Berkenaan dgn Ielts tu tak pasti jugak saya sama ada masih perlu ambil atau x. Masa saya dulu UKBA nak tengok evidence IELTS result at least 5.5 for every sub score. Saya nasihatkan cek dekat laman web UKBA utk kepastian

Anonymous said...

Terima kasih banyak ye atas info yang diberikan.saya ada dpt info yg apply visa kat malaysia lg murah dr apply visa kat uk.ibu perlu pergi ke wakil UKBA jgk ke utk permohonan? xboleh ke kalau ayah saje yg menguruskan? maksud sy,sy mohon Visa sy n suami terlebih dahulu sblm bersalin..

Naflyna said...

Setahu saya, individu yang berumur lima tahun dan ke atas mesti hadir di pejabat wakil UKBA semasa permohonan untuk tujuan nak ambil biometric information (dia akan ambik gambar kita guna kamera dia n cap jari tangan). Walaubagaimanapun, saya rasa lebih baik semak dengan laman web UKBA sebab polisi/syarat UKBA selalu berubah-ubah.

Maaf, saya tak pasti sama ada boleh tak parents mohon dulu tanpa anak yang blom dilahirkan.

Maria said...

Assalamualaikum Naflyna,

Thanks for this informative blog post.

Kalau apply sebagai sponsored Tier 4 Student, memang tidak perlu mengemukakan financial requirements untuk setiap dependent? Sebab di UKBA, baca yang kami perlukan GBP450 per dependent untuk 9 bulan yang pertama. Agak risau lah macam tu. Boleh tolong advise? Suami saya sambung PHD, dengan scholarship dan juga semi-sponsor daripada MARA.

Terima kasih.

Naflyna said...

Maria > wslm. Masa kami dulu kalau tak silap dia cuma bgtau je bahawasanya itu adalah jumlah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk setiap dependent sebagai makluman saja untuk buat persediaan kewangan tapi ukba tak pulak mintak proof nak tengok duit tu kita dah ada. kalau mengikut apa yg diberitahu oleh seorang kenalan sy yang baru shj datang uk about 2 weeks ago, dia kata dia follow guideline yang sy beri disini dengan ada few few new requirements lain (sy tak ingat apa dia) tp dia tak sebut pulak pasal nak kena tunjuk proof saving utk setiap dependent tu. walaubagaimanapun, sy rasa eloklah maria refer pd kawan-kawan yang baru shj ke uk sbb ukba rules n policies kerap jugak berubah.

nadia said...

Salam. Soalan ni maybe lari topic sikit. Pasal PTPTN. Sy grad maybe bulan 1 tahun depan. So time tu maybe nak try apply master dekat UK. Tapii kalau ptptn tak habis bayar lagi, camne ye? Kalau suami ikut sekali boleh buat utk visa dependent tu kan.tapi.Suami tak belajar nt kat sane, just teman stay kat sane setahun. Tp suami pun ptptn dia xhabis bayar lg. Lepas ke utk ke luar negara? Terima masih :)

Naflyna said...

Nadia> wslm. Eh, nadia ni macam tau2 je sy ni pon dulu buat ptptn. Hahaha....Mak nujum yek? hahaha....It should be no problem. What you have to do, buat permohonan kepada PTPTN untuk tangguh bayaran(nak kena sertakan offer letter university). Saya dulu b4 wat master tulih surat rasmi kepada PTPTN tapi tak ingat plak kpd sape. Skang ni kan dah ada pejabat PTPTN kat setiap negeri. Jadi sy percaya blh tanya lanjut kat sana. Makluman kepada ptptn ni penting supaya ptptn tak hantar surat saman plak. However, harus diingat, penangguhan pembayaran diberikan tetapi bukan penangguhan interestnya. Haaa....yang ni sy sangat marah sbb sy tak dimaklumkan dengan jelas. So, dlm kes hasben pon samalah jugak rasanya. Kena mohon sama penangguhan sebab mengikut isteri dengan cuti tanpa gaji. Tapi kalau tak sempat nak dpt surat kebenaran penangguhan pon takpe kot sebab setahu saya tempoh efektif bayar balik tu berkuatkuasa 6 months after graduation. So, by the time u want to fly, ptptn blom lg blacklist kot.

Pasal visa tu, yes, ur hasben buat visa dependent.

Firul_Fandi said...

salam kak, kat mna nak buat visa ni? sy ni dr sarawak jd sy ke fly kl ke utk buat? terima kasih :)

Naflyna said...

Wslm. Maaf Firul Fandi. Saya tak tahu sama ada UKBA ada agen di Sarawak atau tak. Kami dulu kena gi KL, kat bangunan MCA, Jalan Ampang. Tapi seeloknya cek kat laman web UKBA untuk kepastian.

Naflyna said...

Wslm. Maaf Firul Fendi. Akak tak pasti sama ada UKBA ada agen di Sarawak atau tak. Tapi macam takde je berdasarkan link ni:

http://www.vfs-uk-my.com/applicationcentre.html

Kami dulu buat kat KL, Wisma MCA, Jalan Ampang.

Nad said...

Salam,
Nak Tanya kalau dapat waive IELTS,during buat VISA kena wajib ke IELTS?


TQ

Naflyna said...

Wslm. Masa kami dulu salah satu dokumen nak kena hantar adalah result ielts sbb syarat ukba adalah at least 5.5 for every sub score. Kalau kita dpt waive ielts sbb mengikut syarat universiti, yg sy faham tetap kena penuhi syarat ukba.

Anonymous said...

saya nak berkongsi sedikit info hasil pertanyaan saya pada pihak ukba mengenai IELTS sama ada diperlukan atau tidak utk permohonan visa, berikut adalah jawapan yg diberikan oleh pihak ukba:


With regards to your query, please note that you should submit the documents you used to obtain the CAS. You will need to know what evidence (English Language test) your Tier 4 sponsor has included on your CAS, so that you can include it with your application. You must get this information directly from your Tier 4 sponsor before you apply. If your sponsor is a Higher Education Institution, and has made its own assessment of your English language ability then you may not require submitting the test result for the visa application.

Students of designated low-risk nationalities attending courses with highly trusted sponsor status do not routinely have to present documents at the visa application stage in respect of their educational qualifications, although UKBA reserves the right to ask to see the evidence.
The current list of low risk nationalities is: Argentina; Australia; British National Overseas; Brunei; Canada; Chile; Croatia; Hong Kong; Japan; Malaysia; New Zealand; Singapore; South Korea; Taiwan; Trinidad and Tobago; and the USA.

s.c.h.u.l.t said...

Sis, boleh tahu tak harga VISA untuk baby? Agak-agak berapa ye?

Naflyna said...

Sy tak pasti kos terkini tapi dengar katanya dah naik berbanding ms saya dulu. Cuma rsnya harga visa baby ngan adult sama je.

Anonymous said...

kalau spouse sama2 sambung belajar jgk,perlu ke translate sijil nikah? lps tu dalam borang VAF 9 kita still kn isi bahagian utk soalan 'is your partner accompanying you?' dgn jawapan 'yes' or 'no' ye? confuse kat sini sbb spouse ikut kita bkn sebagai dependent.

Naflyna said...

Maaf, dah lama dah sy buat visa jd tak ingat apa sy jwb utk soalan tu. Tapi sijil nikah tu still kena translate sebagai bukti kita dah kawin n secara logiknya utk membuktikan anak yg kita bw tu memang anak kita :) Tp kalau takde anak tak pasti plak kena ke tak.

Anonymous said...

Salam Puan. Nak tumpang tanya, dokumen mcm degree dan transcript tu mmg dia nak yang original sahaja ke? sy punya fail berisi sijil2 dah misplaced. yg ada cuma soft copy utk sume degree. kalau tak bagi yg original bole tak? tq :)

Naflyna said...

Mesti nak kena bagi yg original copy. Kalau takde kena diadakan. Hehehe...Kalau sijil n transcript ori tu boleh request di pejabat pendaftar universiti tempat kita belajar dulu supaya keluarkan yang baru. Nanti bila datang mendaftar universiti pon nak kena tunjuk yang ori. kalau tak, tak boleh mendaftar.

Anonymous said...

salam. akak, appendix 8 tu masih sama kan skrg? last update nov 2012 kan? sy risau kalau salah download. hehe.
tq

Anonymous said...

yg university offer letter tu, mesti yg ori ke? sbb sy dpt offer letter through email. kalau saya bg yg print out je boleh?

satu lg, mcm mana kalau sy pergi xda scholarship,dokumen apa sy kena sediakan?

terima kasih

Naflyna said...

Wslm.

Soalan:
appendix 8 tu masih sama?

Jawapan:
Maaf, saya tak pasti sama ada appendix 8 tu masih sama atau tak. seeloknya semak ngan UKBA punya website.


Soalan:
university offer letter tu, mesti yg ori ke?

Jawapan:
Ya, mesti yang ori. Tak boleh yang print dr email. Jadi kena la tunggu sampai offer letter yang ori sampai ke tangan. Kalau tak, sia-sia je bayar visa application.


Soalan:
mcm mana kalau sy pergi xda scholarship,dokumen apa sy kena sediakan

Jawapan:
Yang ni saya tak pasti. Kena semak dr website UKBA. Tapi rsnya UKBA ada sebut pasal ni dalam website nya. Macam nak kena tunjuk bukti ada cash dalam bank dengan jumlah tertentu.

farysa said...

proses ntk appointmnt visa ni berapa jam?

Naflyna said...

Rsnya bergantung berapa ramai orang yang dah amik no giliran sebelum kita. Masa kami dulu x ingat berapa jam. Tapi lama jugak la n tak sesuai bawa budak kecik terutamanya baby

ilhammama said...

Slm.Katne boleh translate dgree certificate into English?

Naflyna said...

Wslm. Sepatutnya blh request universiti/institutsi tempat kita belajar dulu untuk keluarkan sijil @ transcript bahasa inggeris. Tapi kalau nak translate guna jurubahasa bertauliah boleh kot. Kami dulu translate dokumen (tp bukan utk transcript/sijil degree) guna servis jurubahasa mahkamah. Kena bayar dia ikut dia punya personal charge.

Raden said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya sket. Kalau suami dah sampai ke UK, dan isterinya baru nak buat visa macam mana ye? Kena isi semua yang di atas ni jugak ke?

Naflyna said...

Wslm. Maaf untuk kes Raden saya tak pasti macam mana.

Anonymous said...

Assalama kak, nk tnya berkenaan fee utk isteri yg ikt tp xsmbung blajar, brapa ye kne bayar masa 2?

Naflyna said...

Wslm. Setiap anak kami kena RM1416. Saya dan hasben pon kena RM1416 setiap sorang (sy ada tulis dalam post ni). Anak dan isteri kira dependent. Jadi sama saja fee nya.

Nash Shazrin Ahmad Salehin said...

Salam akak, akak tau x if nk bwk spouse skli ke UK, dlm akaun bank spouse kena brapa ya bru dia boleh ikut(xdapat sponsor utk spouse)?

Naflyna said...

Wslm. Nash, sori...tak pasti pulak berapa nak kena ada. Tp mcm pernah terdengar dr seseorang yang jumlahnya kalau tak silap RM20K or RM30K. Yang pastinya duit tu mesti dari akaun spouse (bukan akaun orang lain) utk satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Nash Shazrin Ahmad Salehin said...

Salam kak...katakanlah sy akn 'fly' bulan 9 ke UK,then bulan 8 bru sy apply visa boleh je kan?sbb ada yg ckp kena amek 3bulan b4 'fly'..so konpius cket..tq..=)

Naflyna said...

Nash > Wslm. Kami dulu apply visa 17/07/2012 dan kami fly 15/9/2012. Tak pulak tertakluk dgn rule 3 bulan b4 'fly'. Tp kalau x silap UKBA ada buat rule bila paling awal kita boleh apply visa sblm fly, bukan bila paling lewat. Tapi x tau lah plak kalau ada rule baru macam tu.

Azura Mohd Salleh said...

Assalam puan, permohonan visa buat sendiri atau mengguna nasihat agen.

Naflyna said...

Wslm. Kami buat sendiri

Muhammad Faisal Nizamuddin Mustffa Kamal said...

Assalam kak, boleh tak saya nak bawa isteri saya sedangkan saya sedang belajar peringkat ijazah?

Naflyna said...

Wslm. Rasanya takde masalah sbb takde plak dalam UKBA punya rule cakap hanya pelajar master/phd je yg boleh bw family. Kalau nak bw wife elok ada visa as dependent sbb kalau tak nanti kalau spouse sakit/pregnant/beranak nak kena bayar kos check up n hospital plak.

Yaya said...

salam akak, saya pelajar tajaan KPT. saya nak tanya, surat visa yg KPT bg tu apa ya? Yang saya ada cuma FA & Surat tuntutan Visa. Tp akak ckp dlm post akak ada surat visa, yg mana satu ya?

Naflyna said...

Wslm. Surat visa tu adalah surat tuntutan visa :)

Kistina said...

Salam kak. Saya baru go through gov.uk on visa application. Dia mention yang: You’ll need to:
register for an account.
fill in the application form in English,pay for the visa fee online (in most cases),print out your form
book and attend an appointment at a visa application centre.

Saya compare dgn your explanations...register account tu dkt mana ye? and pay visa fee online?

Thank u, kak..

Naflyna said...

Wslm. Kistina, masa kami dulu cara pembayarannya lain. Jadi akak suggest Kistina cek website. Mesti dia ada bg segala detail nya.

Puan Nur said...

Salam.
Kami menawarkan khidmat terjemahan bahasa melayu-inggeris bagi sijil lahir, sijil nikah dan dokumen2 rasmi. Terjemahan diiktiraf oleh pihak Wisma Putra dan badan/agensi kerajaan.
Hubungi saya di 01133332450
Sekian, terima kasih.