Thursday, August 2, 2012

Karipap Paling Best

Seumur hidup aku, ada 4 karipap yang aku rasa paling Best.

Yang pertama, karipap Makcik Maznah. Yang ni tak boleh nak cari lagi sebab penjualnya pon entah dok mana. Dulu masa aku sekolah menengah, parents aku jual nasi lemak. Makcik Maznah ni ada tumpang letak kuih kat gerai nasi lemak parents aku. Masa tu harganya 20 sen seketul. Ada orang kata mahal sebab masa tu mostly kuih 10 sen seketul. Tapi karipap Cik Maznah ni besar dan intinya padat jadi sesuailah dengan harganya. Rasa karipap Makcik Maznah ni lain dari yang lain sebab intinya dibuat daripada ubi kentang, bukan keledek macam orang lain selalu buat.

Yang kedua, karipap masa aku undergrad di UTM dulu. Yang ni saiznya lebih kecil daripada Makcik Maznah buat. Harganya 50 sen sebijik. Kalau masa zaman tu kira mahallah pada aku jika nak dibandingkan dengan saiznya. Kawan-kawan aku pon cakap macam tu. Tapi oleh kerana sedap ramai yang sanggup beli. Budak penjual karipap tu (aku rasa budak tu ambik komisen menjual) akan jerit-jerit di koridor asrama kuat-kuat perkataan "Karipap! Karipap!" waktu petang-petang, dok kat satu tempat. Pastu student pakat ramai-ramai keluar dari bilik dan beli. Apa yang spesel? Inti dia rasanya sedang-sedang elok dan padat. Yang membuatkan karipap tu best kerana intinya ada daging ayam+belahan telur rebus. Yummy.....terliur plak tengah bulan puasa ni. Takyah lah mimpi nak cari karipap ni sebab tak tau nak cari kat mana.

Yang ketiga, karipap IKEA. Setiap kali kami gi IKEA biasanya aku atau husband takkan lupa beli. Karipap ni rasanya macam karipap masa aku di UTM tu. Kira karipap nostalgia bagi aku. Yang ni masih boleh nak dibeli tapi jauh bebenor dari Kuantan ni.

Yang keempat, karipap ROSARIFIN ENTERPRISE. Karipap ni ada di Indera Sempurna, taman perumahan kami duduk skarang. Yang ni pon rasanya ada mirip-mirip rasa karipap masa di UTM dan juga karipap di IKEA. Yang lagi spesel, karipapnya GIANT size. Kalau karipap telur tu dalamnya ada sebiji telur goreng. Sedap...Cuma lagi sedap kalau bersekali dengan inti keledek+kari. Barulah the real "kari"pap. Aku dah suggest pon kat penjual tu. Dia kata dulu dia ada buat macam yang aku suggest tu tapi sebab dah tak sempat nak buat macam-macam jenis dia dah tak buat jenis tu. Aku jugak sempat tanya kat akak n abang yang jual karipap tu, sebelum ni dia jual kat mana. Sebab dia baru saja meniaga di kawasan perumahan kami tu. Kata dia before this dia meniaga kat Shah Alam. Tapi sebab parent abang tu yang dok di Kuantan ni dah uzur, dia pon baliklah ke Kuantan dan meniaga kat situ. Cuma bulan puasa ni dia tak meniaga kat situ. Dia ada cakap bulan puasa ni dia meniaga kat bazar ramadhan di masjid negeri. Nak gi sana macam tak sanggup sebab kena meredah jem. Aku harap before kami fly kami boleh merasa lagi karipap dia.


Rupa sebenar Karipap Giant. Gambar ni diambil sebelum bulan puasa. Rindu nak merasa lagi karipap ni.

4 comments:

enche abang said...

nanti kita redah jem... pi cari...

Naflyna said...

hahaha......mari kita pi

aliezzs said...

wohoo.. terliur!! dh 2 thn x makan karipap.

Naflyna said...

kena buat tu. kak lyn pon dok tengah cari acuan karipap nak bawak gi UK. Hahaha...