Monday, August 6, 2012

Ofis Aku di Pekan

Last semester aku telah ditugaskan untuk mengajar di Pekan. So, secara automatiknya aku ada 2 workstation, 1 di Pekan dan satu di Gambang. Dan juga bermakna aku ada 2 ofis (bilik pensyarah) aku sendiri, sama level dengan bilangan ofis yang dekan ada. Hehehe....

Namun, ofis aku di Pekan adalah ofis sementara saja iaitu menumpang fakulti hasben aku. Oleh kerana masa kami diberikan kunci untuk ofis di Pekan adalah di waktu bangunan fakulti hasben yang baru buat pertama kalinya digunakan (bangunan dan fakulti baru), aku n kawan-kawan yang menumpang ni turut bertuah merasmikan ofis baru, first time user. Condition bilik sangat tip top. Siap bercarpet yang carpetnya sama taraf dengan bilik professor@professor madya.


Keadaan dalam bilik but from these photos maybe tak nampak gempak sebab sepah2 kerana aku sedang berkemas. Ruang kosong tepi tu agak luas, nak tambah sofa atau rak buku pon masih boleh.


Belakang bilik dari pandangan luar


Koridor

Pihak fakulti hasben turut memastikan kami yang menumpang ni mendapat kemudahan yang sama dengan ahli fakulti tu sendiri. Kami dapat telefon yang lebih canggih berbanding di Gambang yg siap dilengkapi dengan caller ID n missed call message. Malah bilik kami turut diberikan kemudahan door message yang telah ditempah khas untuk bilik2 pensyarah. Untuk pengetahuan, bilik pensyarah di fakulti hasben aku adalah yang paling hebat yang ada di universiti setakat ni di mana tempat aku berkhidmat. Luas dan kondusif. Bukan aku saja yang cakap. Ramai staf fakulti2 lain pon cakap menda yang sama.

Dan yang lebih significant lagi, ofis aku sbelah ngan ofis hasben. Jangan marah no....Kami puposely request untuk dok sbelah menyebelah sebab nak mudahkan perbincangan hal2 sambung blajar. Hehehe....alasan....But seriously it helped us a lot to solve many things dalam masa yang singkat that most probably cannot be solved faster kalau ofis kami berjauhan.

The room next door is my husband's room


Bilik depan bilik aku. Bilik profesor adjung yang datang kelas naik helikopter....giler hebat kenderaan datang kerja!


Inilah bangunan di mana bilik aku terletak, Blok D



Pemandangan dari hujung koridor depan Blok D


Pemandangan dari tingkap bilik aku. Kalau petang2 + suasana redup dengan angin sepoi2 bahasa, pergh....sangat mendamaikan

Walau apa pon, aku tetap bersyukur dengan ofis aku di Gambang. Ofis situ pon ada kelebihannya. Nanti aku buat satu post tentang ofis aku di Gambang pulak.

2 comments:

aliezzs said...

wow bestnye.. nnti blk ump nk keje kt pekan ar.. :)

Naflyna said...

Kak lyn dah cop nak ngajar kat Pekan nanti ^_^