Wednesday, September 28, 2011

Jalan-Jalan Cameron Highlands

1st time aku n hasben gi Cameron Highlands masa kami honeymoon. Masa tu awal tahun 2007. Baru-baru ni (29/7/2011 - 31/7/2011) kami berpeluang lagi ke sana sbb kebetulan hasben ada bengkel di Hotel Equatorial Cameron Highlands. Bezanya kali ni kami gi dengan anak. Tapi takdelah jalan sakan macam dulu-dulu tu sbb masa agak terhad memandangkan papa Ismael sedang berbengkel. Besides, aku pon tengah pregnant, tak daya nak jalan banyak.

Kali ni di Cameron Highlands kami ambik peluang jalan-jalan ke tempat yang kami tak pernah gi sblm ni. Kalau dulu masa honeymoon kami gi kebun bunga ros, cactus valley, ladang Teh BOH, kebun strawberry, Kea Farm, pasar petang/pagi Cameron (masa tu hanya ada hari Jumaat petang dan Sabtu pagi saja kalau tak silap) n buterfly farm. Kali ni kami gi pulak tempat lain: Ladang Teh Cameron Bharat, The Smoke House dan Agro Technology Park MARDI. Tapi kami tetap pergi sekali lagi ke pasar petang/pagi Cameron dan jugak Kea Farm. Pasar petang/pagi tu skarang nampak lebih meriah berbanding yang kami gi dulu. Kat pasar tu kami beli topi utk Ismael dan adik Ismael nanti, sepasang baju utk Ismael dan jugak strawberry sebagai cenderahati utk pengasuh Ismael dan jiran skeliling umah. Kea Farm adalah destinasi wajib sebab sayur/buah/teh jual kat sini aku rasa lebih murah. Tapi ada kedai-kedai tertentu je yang jual sayur/buah/teh murah. Kena survey dulu. Kebetulan hari terakhir kami kat Cameron adalah sehari sebelum Ramadhan. Jadi aku beli sayur agak banyak utk masak.

Singgah minum teh di Ladang Teh Cameron Bharat before check in hotel.


Minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang indah dan nyaman.


Terung bulat yang nampak sangat segar dijual di Kea Farm.


Di Kea Farm jugak ada jual banyak souvenir yang kebanyakannya bertemakan strawberry.


The Smoke House. Kami bergambar kat luar je sbb hanya penginap shj boleh masuk ke kawasan halaman dan bangunannya. Bangunannya design rumah Inggeris.


Kebun kobis di Agro Technology Park MARDI. Sayang Ismael tido. Kalau tak boleh snap lagi banyak gambar.


Kebun tomato - Agro Technology Park MARDI


Kebun kekwa - Agro Technology Park MARDI


Lagi foto di Agro Technology Park MARDI. Tak sure plak apa nama bunga ni. Tapi pengunjung boleh beli dengan harga 80 sen sebatang kalau tak silap.


Taman Herba - Agro Technology Park MARDI


Lagi foto pemandangan di Agro Technology Park MARDI.


Berhenti rehat lepas habis tour Agro Technology Park MARDI. Ismael masih nyenyak tido.


Ismael dapat sepasang baju papa beli sebagai tanda pernah menjejakkan kaki di Cameron Highlands.

Kalau korang nak gi berjalan sambil berhibur aku rasa ni bukan tempatnya. Tapi kalau berjalan nak menikmati pemandangan, Cameron memang sesuai. Yang bercadang nak further study ke 4 seasons country bolehlah testing daya tahan kesejukan di Cameron dulu. Kalau rasa tak boleh tahan tak payah le berangan nak dok negara bersalji sebab Cameron belum capai suhu tahap beku lagi. Ismael nampaknya dah berjaya menunjukkan daya tahan setakat suasana cuaca di Cameron. Boleh le kot nanti gi belajar oversea kalau ada rezki. Mama Ismael berangan ni. Huhuhu....

No comments: