Thursday, September 8, 2011

Deerland

Entry ni sepatutnya dah lama dah aku publish tapi tak sempat nak buat sebab kami suami isteri balik kampung + kursus hampir seminggu + kesibukan kerja-kerja lain. Lepas visit Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, on the same day kami pergi pulak ke Deerland yang terletak beberapa kilometer dari Pusat Konservasi Gajah tu. Walaupun nama tempatnya Deerland, bukan deer saja yang ada. Macam-macam binatang ada. Antaranya beruang, pelbagai jenis burung, ular, ferret, dan banyak lagi. Tapi kepelbagaian tu taklah sebanyak yang kita boleh tengok macam kat zoo Melaka atau Zoo Taiping tu. Binatang paling besar yang ada kat sini pun deer n bear. Cuma apa yang aku suka pasal mini zoo ni is the way visitors have the chance to get close with those animals.

Papa Ismael bergambar dengan deer. Sayang Ismael tak join sbb dia tengah tido keletihan dalam stroller (stroller kaler oren) selepas tengok gajah.

Aku pon nak bergambar dengan deer.

Bagi makan burung merak. Species apa aku tak pasti lak.

Semasa lawatan kita akan ditemani oleh tour guide. Dia akan bagi maklumat pasal binatang-binatang kat situ. Tour guide tu akan bagi chance utk kita beri makan pada binatang dan jugak pegang binatang tertentu. Sayangnya, baru separuh tour di Deerland tetiba tetiba hujan turun dengan lebatnya. Kelam kabut kami sebab Ismael tengah tido di stroller. Basah jugak la Ismael. Sian dia kesejukan. Mujur ada gazebo di dalam Deerland tu. Pihak Deerland siap hantar kerusi utk visitor yang berteduh kat situ sementara tunggu hujan reda.

Ni tak ingat binatang apa. Species landak rasanya.

Berpeluang pegang ferret. Binatang ni bau busuk sikit. Lepas pegang kena basuh tangan.

Menurut kata tour guide tu, pengunjung akan berpeluang bergambar dengan beruang (boleh peluk-peluk beruang tu) kalau datang sebelah pagi. So, pandailah-pandailah korang plan kalau nak gi Deerland n Pusat Konservasi Gajah pada hari yang sama kalau nak merasa ke'best'an optimum melawat Deerland n beraktiviti bersama gajah.

Kira ok la pergi tengok gajah dan pada hari yang sama boleh tengok binatang lain pulak sekali harung. Tengok gajah dah le free. Cuma nak masuk ke Deerland je kena bayar. Kalu tak silap tiket dewasa RM6. Kanak-kanak tak pasti berapa fee. Tapi ok jugaklah bayar RM6 sebab itu kira sedekah utk kos makanan binatang-binatang yang kita dapat bagi makan kat situ.

No comments: