Monday, June 13, 2011

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

30 May lepas hasben bawa kami sekeluarga gi melawat gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Pusat pemuliharaan gajah ni terletak di Lanchang, Pahang. Kebetulan, hasben ada bengkel di Genting Hinglands few days before. Aku ikut sama dan kami amik peluang sambil tu jalan-jalan. Walaupun lawatan kami taklah dirancang properly, tapi kami rs best sangat dapat melawat pusat pemuliharaan gajah ni. Kebetulan masa kami gi tu cuti sekolah, visitors agak ramai including foreign tourists.

Mama, jaga-jaga! Gajah tu nak mai kat kita la!

Kalau korang nak gi sini make sure timing kena betul. Sbb kalau salah timing tak dapat le nak join aktiviti-aktiviti bersama gajah yang sepatutnya. Kami pon tak tahu kena pergi pada masa yang betul. Main redah je. Fortunately, kami sangat bernasib baik kerana datang at the right time. Aktiviti2 bersama gajah hanya sekali saja bagi setiap hari bermula pukul 2.00 petang. Walaubagaimanapun korang patut datang 2 jam atau 1 jam setengah lebih awal pada musim cuti sekolah atau public holiday. Takut tak dapat pass eksklusif aktiviti bersama gajah. Ada dua jenis pass masuk yang aku perasan. Pass eksklusif ni dalam bentuk sticker batch berwarna kuning. Bukan semua visitor akan dapat pass eksklusif ni. Sticker batch yang lagi satu berwarna merah. Visitors yang dapat batch kuning boleh menunggang gajah. Yang warna merah tak boleh tunggang gajah. Batch kuning limited to 150 visitors only per day. Ini kerana pihak pengurusan tak mau gajah-gajah rasa letih. Takut gajah naik minyak pulak kot. So, apa aktivitinya yang best?

Tengok gajah mandi
Gajah-gajah terpilih sahaja yang mandi. Gajah-gajah dewasa akan dimandikan di sungai yang ada kat situ. Setiap gajah yang dimandikan diiringi penjaga masing-masing. Ada gajah yang nampak cool je masa dimandikan dan ada jugak yang nampak excited. Gajah excited sebab seronok ramai orang tengok dia mandi kot.

Gajah dibawa ke sungai untuk mandi-manda

Ismael kusyuk tengok gajah mandi

Gajah mandi-manda

Tengok persembahan gajah
Ada simple short performance dari gajah-gajah. Gajah amik duit syiling, gajah senyum, cara gajah ucap terima kasih dan macam-macam lagi. Setiap gajah akan diperkenalkan before buat performance. Setiap gajah ada nama dia sendiri dan datang dari negeri/negara berbeza.

Gajah-gajah bersedia nak buat persembahan

Memberi gajah makan

Kita tak payah bawa atau beli makanan untuk gajah ni. Semuanya disediakan. Kita cuma suap je makanan kat gajah. Masa kami pegi tu antara makanan yang disediakan untuk gajah antaranya pisang dan tembikai. Masa bagi makan tu pastikan buah yang nak diberi tak jatuh ke tanah. Well, gajah tak makan makanan yang dah melekat pasir/tanah. Tapi kalau yang jatuh tu pisang, bolehlah tiup-tiup pasir/tanah yang melekat kat kulit pisang tu, gajah akan makan. Pembersih rupanya gajah ni. Surprisingly, masa hasben cuba bagi pisang yang gajah tahu dah terlekat pasir/tanah, dia tiup sendiri dulu pisang tu and then baru dia makan. Kelakar! Oh, ye. Ada juga orang menjual makanan untuk gajah kalau terasa nak bagi lebih pada gajah. Gajah makan kacang jugak. Tapi makanan yang disediakan free tu memang banyak. Puas jugaklah kita dapat bagi gajah makan.


Aku sibuk bagi gajah makan

Ismael pon sibuk nak pegang belalai gajah

Ismael tengok papa bagi gajah makan pisang

Menunggang gajah
Macam yang aku cakap tadi, hanya visitor ada yellow batch je boleh tunggang gajah. Visitor yang dapat tunggang gajah akan naik gajah tanpa pelantar. Kita akan merasai pengalaman naik gajah macam tarzan. Hahaha....Setiap turn seekor gajah yang ditunggang akan bawa 2 dewasa dan satu kanak-kanak pada satu masa. Tak boleh lebih. Dinasihatkan jangan pegi pusat pemuliharaan ni dengan kawan-kawan pompuan saja atau pegi dengan bukan muhrim. Nanti kena peluk abang bawak gajah atau orang bukan muhrim.

Sian Ismael tak fully enter frame sbb pakcik yang tolong amik gambar pegang banyak sangat kamera

Memandikan gajah
Visitor berpeluang memandikan anak gajah. Kalau nak mandi sekali pon boleh.

Kami tengok saja orang lain mandikan anak gajah

Tayangan video
Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar. Tapi kami tak join aktiviti ni sebab masa tayangan video tu kami terlebih excited nak join aktiviti live dengan gajah n sibuk nak lunch.


Yang best lagi, masuk adalah free! Kalau dah naik gajah paham-paham jelah bau gajah. So, bagi yang tak tahan, eloklah bawa baju persalinan. Yang nak bagi mandi gajah konpem kena bawa baju spare. Ada bilik persalinan disediakan kat cni. Dinasihatkan bawa payung sbb kalau cuaca panas takle rasa perit sangat terutamanya yang ada bawa anak kecik macam kami. Aktiviti bersama gajah kan start awal petang.

Tengok gajah kat cni tak macam tengok kat zoo. Kalau di zoo kita dapat tengok gajah dari luar kandang je. Kat cni kita berpeluang merasai pengalaman lebih dekat dengan gajah. Aku bagi two thumbs up for this tourist attraction. Next post aku akan citer pasal our next destination selepas melawat pusat pemuliharaan gajah ni. Daa.....

5 comments:

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

bestnyer..nak g jugak tempat ni..sbb budak2 mesti suka..anak2 sy mmg suka ngan binatang..;) balik msia nanti boleh lah bwk pegi..;) thanks kak lyn memperkenalkan tempat2 yg tak diketahui oleh sy ..;)

lyn said...

bolehlah gi nanti. next entry kak lyn citer lg satu tempat, x jauh dr tempat tengok gajah tu. mesti anak2 sherry suka jugak tempat lagi satu tu

Kisah Qaseh said...

Salam perkenalan...

boleh saya tahu kalau nk pegi sana exit highway mana.. ?
i'm one of your hubbys fren from USM...
Thanks...

lyn said...

salam. ikut exit Lanchang. kalau tak silap, dalam 12km lepas exit Lanchang kita akan jumpa tempat tu. akan lalu jalan kampung tp jangan risau, jalan bertar dan ada penunjuk arah. Kalau dah pergi tgk gajah, bolehlah ke Deerland plak. Tak jauh dari tempat tgk gajah.

Kisah Qaseh said...

thanks...